ini bLoG saya puNya....

Jumaat, 21 November 2014

Kejam kah aku....?

Assalamualaikum,

Entry kali ni masih lagi berkisar tentang anak2...huhuhu...

Adik tiHa dok tanya....mak kata nak bawak shifa wafiy gi gambang resort...rasa2 ok tak?

errr....ni dari diorang kecik sampai la diorang dah 4,5 tahun ni...mmg pesen tiHa tak kasi shifa wafiy gi mana2 tanpa mama n papa...tetambah wafiy tu sme dah SANGAT MAKLUM kehyperan dia.... errr....tiHa sangat ragui kemampuan mak untuk jaga shifa wafiy....dulu xpe le mak tenaga muda...skrg bukan zaman mak bela budak....

Atau tiHa yg tak cukup kuat nak dgr komplen pasal shifa wafiy???

Selasa, 11 November 2014

Program Cuti Sekolah untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah....ada tak?

Salam Ceria para sahabat,

Mama tiHa sekarang dalam sebuk2 kerja pun, runsing juga nak buat pengisian aktiviti untuk anak2.  Alhamdulillah, Wafiy menunjukkan perubahan yang baik...mama suka!mama suka!

Buat masa ini, mama tiHa hantar shifa wafiy kelas silat setiap  sabtu petang.  Sekadar memberi ruang pada anak untuk melepaskan tenaga.  Shifa memang nampak kekok tp selain mengisi masa lapang dan ruang melepaskan tenaga, mama tiHa mempunyai satu kerisauan yang amat tinggi berkenaan kes-kes buli di sekolah.  Errr....yup shifa baru 5 tahun tp anggaplah ini satu persediaan awal untuk shifa menghadapi pelbagai kemungkinan pada masa akan dtg.

Wafiy pula nampaknya sangat sangat sangat menonjol dalam aktiviti seperti ini.  Gerak langkahnya seolah-olah pendekar hang tuah lagaknya. Hihihihi.....Cikgu Silat pun xsangka umurnya baru 4 tahun. Tp biasalah, dia bukannya nak fokus sangat, banyak main dari belajar...ya lah...baru 4 tahun kan??

Untuk cuti sekolah ni pulak, jenuh juga mama surf dan cari program untuk shifa wafiy selain daripada tadika yang mereka belajar ni sekarang.  Saja nak bagi tukar suasana untuk buka minda anak-anak.  melabur untuk masa depan gitu.

Korang ada cadangan tak??