ini bLoG saya puNya....

Khamis, 16 Julai 2015

Esok rayaaaa....??

Assalamualaikum,

Ya Allahu Akbar, tau-tau je esok dah nak raya?? Betapa masa mencemburui kehidupan kita kan..... diam xdiam Ramadhan sekali lagi meninggalkan kita dan apakah peluang kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang....huhuhu.....

Doa terbaik tiHa pada Ramadhan kali ini, moga2 setiap kali bertemu Ramadhan ada peningkatan amalan Insya-Allah untuk tiHa buat bekalan akhirat nanti.  tiHa sedang cuba untuk membudayakan amalan sepanjang Ramadhan ini untuk tidak hanya di bulan Ramadhan tetapi juga sepanjang tahun.  Marilah aminkan doa tiHa ini agar mati kita besok adalah matinya dalam iman.  amin.

Bagaimanakah persiapan raya korang?  Alhamdulillah, tahun ini, kami sekeluarga bersederhana dalam segala benda.  Baju baru pun hanya untuk anak2 Papa sponsor baju melayu/kurung, mama belikan yang kasual dan kasut.  Mama papa dapatla sorang sepasang, jadilah buat nak beraya di kampung emak di Pahang.

Tahun ni, raya pertama turn keluarga tiHa di Sentul.  Raya ketiga nanti baru balik ke Beruas, Perak kampung Papa Joe.  Tu pun xambil cuti lama...mmg xnak ambil lama sbb nak simpan cuti sempena nak beranak ni.  Cuti tahun ni boleh di bawa ke hadapan, manalah tahu dah ada anak kecik nanti, macam2 dugaan yang kita tak jangka.

Puasa tahun ni, tiHa xmampu berpuasa selama 2hari....sebab...senak perot...dugaan ibu mengandung berpuasa....huhuhu....xpe le, nanti cari  masa sesuai ganti puasa.....sbb lepas ni akan jadi dugaan ibu menyusu berpuasa pulak.....kena get ready mental & fizikal kan.....

So, kawan2, tiHa doakan yang terbaik buat semua.  Semoga kita semua dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya dan diharapkan kita dapat lagi bersua dengan Ramadhan akan datang, Insya-Allah.

Ilal liqa' Ya Ramadhan.

Rabu, 8 Julai 2015

err...seminggu lagi raya???

Assalamualaikum,

Rasanya macam baru semalam tiHa  post pasal kejappp je dah seminggu puasa.  Hari ni bila tiHa login balik....Allahu Rabbi....lagi seminggu je puasa pastu dah raya.....betapa cepatnya masa berlalu.

Alhamdulillah, shifa wafiy dapat berpuasa dengan jayanya....tiHa kasi gak cuti hari sabtu ahad untuk tak berpuasa...tp alhamdulillah, anak-anak kental mama ni, kalu sabtu diorang xpuasa, ahad diorang puasa. Kalu sabtu berpuasa, ahad diorang cuti.

Selain puasa, tiHa ajak juga diorang solat, macam wafiy tu...nak bagi semangat sket....papa joe belikan jubah khas untuk solat.....memang 'ada mari' semangatnya tu.....mama doakan anak-anak mama jadi anak yang soleh dan solehah.  Semoga langkah kecil ini menjadi satu langkah besar anak-anak untuk menjejaki pintu syurga, Insya-Allah.

Tiha ada baca buku mendidik anak tulisan Dr. Hasan Hj. Mohd Ali.  Memandangkan wafiy ni agak hiperaktif, bermacam perkara yang tiHa cuba apply kat dia supaya dapat mengawal kehiperaktifannya itu.  Salah satu caranya ialah menyediakan kemudahan terhadap anak-anak.

Contoh, jubah tadi.....papa dia sanggup belikan asalkan si anak tahu apa kegunaannya.

Contoh lain - beli almari khas untuk pakaiannya.  Izinkan dia untuk mengemas dan mengatur pakaian mengikut kehendaknya.  Atau pun, pembelian buku.  Jika dia ingin menulis/belajar atau sebagainya, tanggungjawab ibubapa menyediakan samada beli baru atau ambil majalah/buku lama untuk anak terokai.

Tiha tak pula hebat, tp dalam proses mencuba untuk didik anak-anak sebaiknya.  tiHa sayang anak-anak dan memang mengharapkan doa mereka lah yang akan menjadi penerang kubur andai tiHa mati nanti.  Memang benar kata orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya....jadi ini lah masanya untuk didik anak-anak kita.  Tahap kesabaran perlu dipertingkatkan sehari-hari kerana anak-anak hebat ini bermacam ragamnya.  Apatah lah lagi dalam era millanium ini.

Penggunaan ayat 'siapa tak sayang anak......' macam kurang relevan sementelah pelbagai berita penderaan terpapar di facebook dan kaca tv.  Sentap..!!! makin dekat kita dengan akhirat sbb manusia sendiri dah hilang keperimanusiaannya.............