ini bLoG saya puNya....

Foto saya

GuMbiRa seMeNjaK meNjadiK maMa...dan sedia untuK menjaDiK maMa...lagiK...hehe...

Khamis, 18 September 2014

Anak Hiperaktif...cane nak handle??

Assalamualaikum,

Entry kali ni adalah untuk mengingatkan diri sendiri.  Jika ianya berguna untuk anda dialu2kan untuk diamalkan. Jika tidak, pelisssssss jangan berfikiran prejudis pd saya...huhuhuhu...!!!

entry lepas, tiHa cuba kesan ciri-ciri anak hiperaktif adakah ianya sepadan dengan tingkah laku wafiy pada ketika ini. dan........kebanyakkannya ada pada wafiy...uhuk!! patut la, ticer dia komplen memacam, dan dia pun xreti diam walau sesaat, baru lepas nangis kena rotan pun lepas tu akan buat perangai lagi.

Maka, tiHa pun mulakan misi meneroka segala laman sesawang untuk mencari penyelesaian bagi mengawal kanak2 hiperaktif. (tiHa tak bawa jupe doktor pun...sendiri jadi doktor...hahaha..!!)

Cara2 atasi kanak2 hiperaktif :

Sudah pasti ibu bapa dan guru sama2 memainkan peranan yang sangat besar dalam menangani anak2 hiperaktif ini. Jadi antara perkara yang perlu dilakukan ialah :-

1.  Mengumpul/membaca seberapa banyak yang mungkin info berkenaan kanak2 hiperaktif untuk pengetahuan ibu/bapa/guru itu sendiri.

2.  Mengenal pasti kelebihan anak

3.  Memantau dan membantu anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya

4.  Menyediakan ruang yang bersesuaian dgn energinya

5.  Ajak anak bermain supaya dia dapat melepaskan energinya

6.  Ajak anak melakukan kerja-kerja rumah supaya energinya tersalur di tempat yang betul.  contohnya, menyapu rumah/ mengelap tingkap/ basuh kereta/ basuh pinggan.

7.  Pastikan ibu/bapa/guru sentiasa berkomunikasi dengan anak.  Sentiasa mendengar dan ambil peduli dengan apa jua cerita yang disampaikan.  Betulkan mana yang tidak kena.

Oh...banyak lagi sebenarnya...tp 'keyword' sebenar adalah pada ibu bapa/guru.  baca macam senang tp percayalah ianya tak semudah itu.  di pihak guru pula, ianya sudah pasti satu cabaran besar kerana perlu mengawal dan memantau bukan seorang murid tapi lebih 10 orang.

Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga, moga2 kami dapat menjalani ujian Allah ini sehabis baik, amin ya rabbal alamin.

Rabu, 17 September 2014

Anak Hiperaktif....musibah atau hikmah?

Assalamualaikum,

Sejak dua tiga menjak ni, guru tadika wafiy meluahkan perasaan betapa sukarnya mengawal wafiy yang semakin terserlah kenakalannya. *sigh.

Wafiy nakalnya ketika bermain. Main kasar : jenis tengah syok main tetiba sepak la, tumbuk la, terajang la.... *aduhaiii la anak bertuah.

ticer takut kalau2 ada anak2 tadika yang lain mengadu kat ibubapa mereka disebabkan 'kenakalan' wafiy.  kata ticer, ticer taknak ada aduan daripada ibu bapa, ya, secara logiknya memburukkan imej tadika sbb guru xdapat kawal anak2 muridnya.

tiHa cuba surf utk dapatkan info berkenaan anak2 hiperaktif.  Dan, tanda2 kanak2 hiperaktif ada pulak pada si wafiy...hiperaktif kah dia???

Tanda2 kanak2 hiperaktif boleh dilihat dalam 3ciri utama.

1. HIPERAKTIVITI
- susah duduk diam
- suka menggerakkan kaki/tangan di tempat duduk
- berlari  / memanjat ke sana-sini
- banyak bercakap

2. TEMPOH TUMPUAN YG KEJAP
- susah bagi tumpuan dlm kelas/ arahan
- gagal mematuhi arahan/ menyiapkan tugas/kerja sekolah
- selalu kehilangan barang (pensil/pemadam/pembaris/pensil warna)
- cepat jemu bila buat sesuatu (buat kerja sekolah/menonton tv/bermain basikal)

3.  BERTINDAK IMPULSIF (luar jangka)
- menjawab soalan yg belum lengkap diajukan
- kurang sabar menunggu giliran
- kerap mencelah ketika orang lain bercakap
- suka berbuat sesuatu tanpa memikirkan akibat

Kanak2 hiperaktif ini biasanya dihidapi oleh kanak2 lelaki dan memerlukan kesabaran bagi menangani kanak2 sebegini.  Kita sebagai ibu bapa, tidak boleh memandang negatif terhadap anak2 sebegini kerana anak2 ini sebenarnya adalah anak2 yang bijak.  Kitalah yang perlu mencorakkan anak2 ini supaya ianya menjadi sesuatu yang membanggakan.  Dalam entry akan datang, tiHa nak kongsi cara2 atasi, (bukan niat mengajar, tp peringatan utk diri sendiri).

Isnin, 15 September 2014

Kejayaan BerganDa...syukur Alhamdulillah....

Assalamualaikum,

lama tak bersiaran.  Memang jelas penyakit 'm' nya. hahahha...

So, tiHa belanja gambar detik2 kejayaan berganda....hehehe...

Daripada bulan syawal retu sampai la ni, kenmain lagi ahkak berpesta.  MC Raya puspanita ahkak jugak...pastu raya RISDA, akak jugak bolot sebagai pengacara, then, pada 20 - 24hb Ogos hari tu sebuk dengan Sukan RISDA kat kelantan.  Balik sebuk pulak dengan latihan Sketsa Merdeka utk lawan Antara Agensi di KKLW.  Berkat kesungguhan pasukan, menang pulak jadi juara antara agensi...11 pasukan yg bertanding tau....Kemudiannya, bz plak latihan bicara berirama antara RISDA negeri....dan alhamdulillah, rezeki lagi menang jadi juara lagi.

ni la barisan pelakon sketsa gema patriotik antara agensi

sementara menanti giliran....giliran terakhir plak tu...seb bek dpt no.1

mengabadikan gambar kejayaan dengan dato' sri kp RISDA

Yang ni plak sementara menunggu giliran utk choral speaking...
turn yang kedua akhir...

selfie bagi menghilangkan gemuruh

baru lepas bersiap2....make up lum lagi tu...

hokey...selfie lagi
Gambar masa choral xjupe plak...hahahha...ada dalam fb.  Kalu korang rajin, terjah le fb ahkak ek...hehehe...Syukur alhamdulillah, 2014 ni banyak kenangan manis...moga2 kemanisan ini berterusan walau saat2 akhir kehidupan. amin.

Rabu, 10 September 2014

Jawatan tinggi...gaji tinggi...amanah pun tinggi...

Assalamualaikum,

Menyepi tak bererti benci....
Tak juga bermakna bz..
hanya malas melanda diri...

hahaha..!!!

Ye, tiHa mmg berbunga2 bergembira 2, 3 menjak ni.  Almaklumlah, impian sementelah 7 tahun memohon akhirnya berjaya juga.  Rata2 sahabat2 di RISDA mengucapkan tahniah, dan mana yang tahu betapa lama tiHa memohon juga bergembira dengan khabar ini.  Sampaikan, kawan2 yang update status di pesbuk sedangkan tuan punya badan mengambil langkah tutup mulut...hahaha...
Bukan xmau berkongsi berita gembira ini, tetapi tiHa telah mula memikirkan betapa banyak perkara yang perlu dikorbankan dalam menjalankan tugas ini.

Uhuk!!! i am family person.  Mampu kah?  Baru tadi, jupe dengan staff bahagian yang bakal tiHa keje sok, diorang dah warning awal2 senario keje di situ.  benda2 ni la yang tiHa kena bincang dengan papa joe...moga2 papa joe memahami....dan yang penting...anak2 juga memahami. bole faham kah? shifa wafiy jannah masing2 baru 5,4 dan 1 1/2 tahun.

..........

Rabu, 3 September 2014

Syukur pada-Mu Ya Allah.....

Assalamualaikum,

syukur pada mu ya allah dgn limpah kurniaMu pada 1 Oktober 2014 nnt tiHa akan bertukar jawatan daripada Setiausaha Pejabat N27 kepada Pegawai Tadbir N41 di RISDA juga. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. Sementelah 7 tahun mencuba, akhirnya berbaloi juga.

Terima kasih Ya Allah.