Salam Ceria para sahabat,
Mama tiHa sekarang dalam sebuk2 kerja pun, runsing juga nak buat pengisian aktiviti untuk anak2. Alhamdulillah, Wafiy menunjukkan perubahan yang baik...mama suka!mama suka!
Buat masa ini, mama tiHa hantar shifa wafiy kelas silat setiap sabtu petang. Sekadar memberi ruang pada anak untuk melepaskan tenaga. Shifa memang nampak kekok tp selain mengisi masa lapang dan ruang melepaskan tenaga, mama tiHa mempunyai satu kerisauan yang amat tinggi berkenaan kes-kes buli di sekolah. Errr....yup shifa baru 5 tahun tp anggaplah ini satu persediaan awal untuk shifa menghadapi pelbagai kemungkinan pada masa akan dtg.
Wafiy pula nampaknya sangat sangat sangat menonjol dalam aktiviti seperti ini. Gerak langkahnya seolah-olah pendekar hang tuah lagaknya. Hihihihi.....Cikgu Silat pun xsangka umurnya baru 4 tahun. Tp biasalah, dia bukannya nak fokus sangat, banyak main dari belajar...ya lah...baru 4 tahun kan??
Untuk cuti sekolah ni pulak, jenuh juga mama surf dan cari program untuk shifa wafiy selain daripada tadika yang mereka belajar ni sekarang. Saja nak bagi tukar suasana untuk buka minda anak-anak. melabur untuk masa depan gitu.
Korang ada cadangan tak??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan