ini bLoG saya puNya....

Jumaat, 21 November 2014

Kejam kah aku....?

Assalamualaikum,

Entry kali ni masih lagi berkisar tentang anak2...huhuhu...

Adik tiHa dok tanya....mak kata nak bawak shifa wafiy gi gambang resort...rasa2 ok tak?

errr....ni dari diorang kecik sampai la diorang dah 4,5 tahun ni...mmg pesen tiHa tak kasi shifa wafiy gi mana2 tanpa mama n papa...tetambah wafiy tu sme dah SANGAT MAKLUM kehyperan dia.... errr....tiHa sangat ragui kemampuan mak untuk jaga shifa wafiy....dulu xpe le mak tenaga muda...skrg bukan zaman mak bela budak....

Atau tiHa yg tak cukup kuat nak dgr komplen pasal shifa wafiy???

Selasa, 11 November 2014

Program Cuti Sekolah untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah....ada tak?

Salam Ceria para sahabat,

Mama tiHa sekarang dalam sebuk2 kerja pun, runsing juga nak buat pengisian aktiviti untuk anak2.  Alhamdulillah, Wafiy menunjukkan perubahan yang baik...mama suka!mama suka!

Buat masa ini, mama tiHa hantar shifa wafiy kelas silat setiap  sabtu petang.  Sekadar memberi ruang pada anak untuk melepaskan tenaga.  Shifa memang nampak kekok tp selain mengisi masa lapang dan ruang melepaskan tenaga, mama tiHa mempunyai satu kerisauan yang amat tinggi berkenaan kes-kes buli di sekolah.  Errr....yup shifa baru 5 tahun tp anggaplah ini satu persediaan awal untuk shifa menghadapi pelbagai kemungkinan pada masa akan dtg.

Wafiy pula nampaknya sangat sangat sangat menonjol dalam aktiviti seperti ini.  Gerak langkahnya seolah-olah pendekar hang tuah lagaknya. Hihihihi.....Cikgu Silat pun xsangka umurnya baru 4 tahun. Tp biasalah, dia bukannya nak fokus sangat, banyak main dari belajar...ya lah...baru 4 tahun kan??

Untuk cuti sekolah ni pulak, jenuh juga mama surf dan cari program untuk shifa wafiy selain daripada tadika yang mereka belajar ni sekarang.  Saja nak bagi tukar suasana untuk buka minda anak-anak.  melabur untuk masa depan gitu.

Korang ada cadangan tak??

Selasa, 14 Oktober 2014

MY NEW PHASE OF LIFE....

Assalamualaikum,

Didoakan anda yang sudi menyinggah ke blog sy yang tak seberapa ni dimurahkan rezeki dan dikurniakan bahagia tiada berpenghujung.

Alhamdulillah, hari ini genap 14hari saya bergelar pegawai tadbir N41 di RISDA bertugas di bahagian paling sibuk iaitu Bahagian Komunikasi Korporat.  Sy masih baru belajar dan terlalu banyak yang perlu dipelajari sehinggakan masa berdetik menjadi terlalu pantas.

Dalam masa 14hari ini, baru semalam dan hari ini saya berada di pejabat mengadap pc. Eh eh jap...siapa kata keje gomen asek goyang kaki je??? huihuhhuhuhuhu.....lagi 12 hari tolak cuti 5 hari berbaki 7hari, sy banyak ke lapangan bertugas menjadi Pegawai Perhubungan Awam gitu... Tapi saya happy walau pun susah sbb baru pada saya nanti lama2 okay la tu....dari segi kerja Insya-Allah bukan masalah besar pada saya untuk belajar, dan dah tentu2 masalah utamanya ialah untuk menghadapi masalah daripada faktor manusia....SIKAP....

**Ya Allah, ko tabahkan lah hatiku dan kuatkan lah imanku.  Semoga urusan Hidup & Matiku dipermudahkan olehMu Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Lagi Maha Mengetahui.  Amin.

Khamis, 18 September 2014

Anak Hiperaktif...cane nak handle??

Assalamualaikum,

Entry kali ni adalah untuk mengingatkan diri sendiri.  Jika ianya berguna untuk anda dialu2kan untuk diamalkan. Jika tidak, pelisssssss jangan berfikiran prejudis pd saya...huhuhuhu...!!!

entry lepas, tiHa cuba kesan ciri-ciri anak hiperaktif adakah ianya sepadan dengan tingkah laku wafiy pada ketika ini. dan........kebanyakkannya ada pada wafiy...uhuk!! patut la, ticer dia komplen memacam, dan dia pun xreti diam walau sesaat, baru lepas nangis kena rotan pun lepas tu akan buat perangai lagi.

Maka, tiHa pun mulakan misi meneroka segala laman sesawang untuk mencari penyelesaian bagi mengawal kanak2 hiperaktif. (tiHa tak bawa jupe doktor pun...sendiri jadi doktor...hahaha..!!)

Cara2 atasi kanak2 hiperaktif :

Sudah pasti ibu bapa dan guru sama2 memainkan peranan yang sangat besar dalam menangani anak2 hiperaktif ini. Jadi antara perkara yang perlu dilakukan ialah :-

1.  Mengumpul/membaca seberapa banyak yang mungkin info berkenaan kanak2 hiperaktif untuk pengetahuan ibu/bapa/guru itu sendiri.

2.  Mengenal pasti kelebihan anak

3.  Memantau dan membantu anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya

4.  Menyediakan ruang yang bersesuaian dgn energinya

5.  Ajak anak bermain supaya dia dapat melepaskan energinya

6.  Ajak anak melakukan kerja-kerja rumah supaya energinya tersalur di tempat yang betul.  contohnya, menyapu rumah/ mengelap tingkap/ basuh kereta/ basuh pinggan.

7.  Pastikan ibu/bapa/guru sentiasa berkomunikasi dengan anak.  Sentiasa mendengar dan ambil peduli dengan apa jua cerita yang disampaikan.  Betulkan mana yang tidak kena.

Oh...banyak lagi sebenarnya...tp 'keyword' sebenar adalah pada ibu bapa/guru.  baca macam senang tp percayalah ianya tak semudah itu.  di pihak guru pula, ianya sudah pasti satu cabaran besar kerana perlu mengawal dan memantau bukan seorang murid tapi lebih 10 orang.

Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga, moga2 kami dapat menjalani ujian Allah ini sehabis baik, amin ya rabbal alamin.

Rabu, 17 September 2014

Anak Hiperaktif....musibah atau hikmah?

Assalamualaikum,

Sejak dua tiga menjak ni, guru tadika wafiy meluahkan perasaan betapa sukarnya mengawal wafiy yang semakin terserlah kenakalannya. *sigh.

Wafiy nakalnya ketika bermain. Main kasar : jenis tengah syok main tetiba sepak la, tumbuk la, terajang la.... *aduhaiii la anak bertuah.

ticer takut kalau2 ada anak2 tadika yang lain mengadu kat ibubapa mereka disebabkan 'kenakalan' wafiy.  kata ticer, ticer taknak ada aduan daripada ibu bapa, ya, secara logiknya memburukkan imej tadika sbb guru xdapat kawal anak2 muridnya.

tiHa cuba surf utk dapatkan info berkenaan anak2 hiperaktif.  Dan, tanda2 kanak2 hiperaktif ada pulak pada si wafiy...hiperaktif kah dia???

Tanda2 kanak2 hiperaktif boleh dilihat dalam 3ciri utama.

1. HIPERAKTIVITI
- susah duduk diam
- suka menggerakkan kaki/tangan di tempat duduk
- berlari  / memanjat ke sana-sini
- banyak bercakap

2. TEMPOH TUMPUAN YG KEJAP
- susah bagi tumpuan dlm kelas/ arahan
- gagal mematuhi arahan/ menyiapkan tugas/kerja sekolah
- selalu kehilangan barang (pensil/pemadam/pembaris/pensil warna)
- cepat jemu bila buat sesuatu (buat kerja sekolah/menonton tv/bermain basikal)

3.  BERTINDAK IMPULSIF (luar jangka)
- menjawab soalan yg belum lengkap diajukan
- kurang sabar menunggu giliran
- kerap mencelah ketika orang lain bercakap
- suka berbuat sesuatu tanpa memikirkan akibat

Kanak2 hiperaktif ini biasanya dihidapi oleh kanak2 lelaki dan memerlukan kesabaran bagi menangani kanak2 sebegini.  Kita sebagai ibu bapa, tidak boleh memandang negatif terhadap anak2 sebegini kerana anak2 ini sebenarnya adalah anak2 yang bijak.  Kitalah yang perlu mencorakkan anak2 ini supaya ianya menjadi sesuatu yang membanggakan.  Dalam entry akan datang, tiHa nak kongsi cara2 atasi, (bukan niat mengajar, tp peringatan utk diri sendiri).

Isnin, 15 September 2014

Kejayaan BerganDa...syukur Alhamdulillah....

Assalamualaikum,

lama tak bersiaran.  Memang jelas penyakit 'm' nya. hahahha...

So, tiHa belanja gambar detik2 kejayaan berganda....hehehe...

Daripada bulan syawal retu sampai la ni, kenmain lagi ahkak berpesta.  MC Raya puspanita ahkak jugak...pastu raya RISDA, akak jugak bolot sebagai pengacara, then, pada 20 - 24hb Ogos hari tu sebuk dengan Sukan RISDA kat kelantan.  Balik sebuk pulak dengan latihan Sketsa Merdeka utk lawan Antara Agensi di KKLW.  Berkat kesungguhan pasukan, menang pulak jadi juara antara agensi...11 pasukan yg bertanding tau....Kemudiannya, bz plak latihan bicara berirama antara RISDA negeri....dan alhamdulillah, rezeki lagi menang jadi juara lagi.

ni la barisan pelakon sketsa gema patriotik antara agensi

sementara menanti giliran....giliran terakhir plak tu...seb bek dpt no.1

mengabadikan gambar kejayaan dengan dato' sri kp RISDA

Yang ni plak sementara menunggu giliran utk choral speaking...
turn yang kedua akhir...

selfie bagi menghilangkan gemuruh

baru lepas bersiap2....make up lum lagi tu...

hokey...selfie lagi
Gambar masa choral xjupe plak...hahahha...ada dalam fb.  Kalu korang rajin, terjah le fb ahkak ek...hehehe...Syukur alhamdulillah, 2014 ni banyak kenangan manis...moga2 kemanisan ini berterusan walau saat2 akhir kehidupan. amin.

Rabu, 10 September 2014

Jawatan tinggi...gaji tinggi...amanah pun tinggi...

Assalamualaikum,

Menyepi tak bererti benci....
Tak juga bermakna bz..
hanya malas melanda diri...

hahaha..!!!

Ye, tiHa mmg berbunga2 bergembira 2, 3 menjak ni.  Almaklumlah, impian sementelah 7 tahun memohon akhirnya berjaya juga.  Rata2 sahabat2 di RISDA mengucapkan tahniah, dan mana yang tahu betapa lama tiHa memohon juga bergembira dengan khabar ini.  Sampaikan, kawan2 yang update status di pesbuk sedangkan tuan punya badan mengambil langkah tutup mulut...hahaha...
Bukan xmau berkongsi berita gembira ini, tetapi tiHa telah mula memikirkan betapa banyak perkara yang perlu dikorbankan dalam menjalankan tugas ini.

Uhuk!!! i am family person.  Mampu kah?  Baru tadi, jupe dengan staff bahagian yang bakal tiHa keje sok, diorang dah warning awal2 senario keje di situ.  benda2 ni la yang tiHa kena bincang dengan papa joe...moga2 papa joe memahami....dan yang penting...anak2 juga memahami. bole faham kah? shifa wafiy jannah masing2 baru 5,4 dan 1 1/2 tahun.

..........

Rabu, 3 September 2014

Syukur pada-Mu Ya Allah.....

Assalamualaikum,

syukur pada mu ya allah dgn limpah kurniaMu pada 1 Oktober 2014 nnt tiHa akan bertukar jawatan daripada Setiausaha Pejabat N27 kepada Pegawai Tadbir N41 di RISDA juga. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. Sementelah 7 tahun mencuba, akhirnya berbaloi juga.

Terima kasih Ya Allah.

Selasa, 5 Ogos 2014

ilal liqa' ya Ramadhan.....

Salam Syawal,

Sakankah beraya?? Alhamdulillah, raya kali ini kami sambut di Beruas, Perak tanpa stress di jalan raya...dan sebenarnya tiHa telah membuat persediaan mental n fizikal gitu untuk menghadapi jem semasa balik kampung. Syukur jem tersebut tidak berjaya mengganggu gugat mental sayer kerana tak le jem sangat. hihihihi.....

Syawal kali ni pun tiHa tak amek cuti.  Means, raya ke3 dah mula bekerja.  walaupun tak le banyakkkkk kerja tp sekurang2nya boleh surfing but..still not updating my blog. (ops!) Jari jemari dah tak selembut dulu, dan otak pun dah tak seligat dulu untuk mencipta karangan2 indah. dah banyak kali tiHa taip...padam...taip padam....simpan draft....tp rasa macam tak semenggah untuk dibaca orang. last2 delete.!!!

Dulu, sejak2 ada fesbuk, mula la malas nak mengarang di sini, tp skrg di fesbuk pun tak diupdate.  macam serba tak kena....rasa macam tak perlu update....tp sayang blog ni dah banyak menyimpan kenangan.....

terima kasih kpd yg sudi menyinggah ya...Insya-Allah ada lagi info2 menarik tiha akan kongsikan.

##p/s : sekadar mengemaskini status..!! (sigh)

Khamis, 17 Julai 2014

Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41

Salam Kasih Sayang untuk semua,

Tup tap tup tap dah 18 hari ek puasa.....begitu pantas masa berlalu...
Di bulan yang penuh barakah ini, tiHa bermohon kepada Allah s.w.t semoga diperluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan bukan sekadar sepanjang ramadhan, tetapi sepanjang hayat...amin.

Intipati sebenarnya, di bulan mulia ni pada 16 Julai 2014 iaitu semalam, tiHa dapat panggilan temuduga untuk jawatan N41. a'ah ni dah kali ke 6@7 tiHa try nak jadi pegawai kat sini sementelah 9 tahun bekerja di RISDA, tp Allah Maha Mengetahui, ada sebab musabab tiHa belum dikurniakan jawatan tu. Dan tiHa belum pulak berputus asa untuk terus mencuba, mana lah tahu ramadhan 1435 ini membawa satu berita baik, bukankah rezeki juga rahsia Allah??

Suka untuk tiHa berkongsi (sharing is caring, right?) di sini, beberapa soalan yang ditanya semasa temuduga.  Senarionya, kami dipanggil 6 orang sekali gus.  Temuduga secara berkumpulan.  Stress juga, huhuhuhu..!!

Sesi Pertama :
Sesi perkenalan - sila perkenalkan diri anda, nama dan jawatan, pengalaman bekerja dan jurusan yang diambil.

Sesi Kedua :
Perbincangan - memandangkan tiHa tergolong dalam staf yang memohon, soalan ini ditanya berkaitan RISDA : Menuju Wawasan 2020, mampukah pekebun kecil (penoreh getah) mencapai pendapatan Rm4k sebulan? Ya atau tidak, huraikan.

Sesi Ketiga :
Soalan yang ditanya oleh panel kementerian : NKRA telah diperkenalkan oleh YB Perdana Menteri sebanyak 6+1. Apakah ia? huraikan dan adakah RISDA menjayakannya?

Sesi Keempat :
English session : How to create team work? Describe.

Sesi Kelima :
Soalan terakhir : Berikan tiga kelebihan masing2 yang boleh menjadi penyebab untuk anda dipilih sebagai Pegawai Tadbir.

Alhamdulillah, soalan2 tersebut tiHa boleh la jawab, cumanya kurang keyakinan sbb tiHa akui tiHa sangat lemah untuk 'menggoreng' bab-bab fakta ni. cumanya, dipermudahkan kebetulan tiHa ada la study sikit2 pasal GTP, NKRA and NKEA tu. Even, tiHa study bab GST, Palestine, Hak2 keistimewaan Melayu juz untuk preparation.

Sekarang, terpulang lah pada rezeki, ada lah tu kalau Allah nak bagi.  TiHa mmg tak meletakkan harapan yang tinggi sbb kekosongan hanyalah 2, tetapi permohonan ada lebih kurang 11ribu orang, dan yang dipanggil interview sebanyak dekat 1ribu orang gak ler....

berdoalah moga ada rezeki tiHa tahun ni, insya-allah.amin.

Rabu, 9 Julai 2014

Ragam anak xpernah menjemukan.....hihihi

Salam ramadhan,

Untuk minggu ke-2 berpuasa ni....beberapa perkara yang menggelikan hati berlaku.  Anak-anak memang pelawak no.1, ada saja karenah yang menggeramkan hati tp menjadi lawak pulak....

Senario 1
Wafiy   : Mama, abang nanti nak jadi bomba.
Shifa    : Kakak lak nak jadi polis
Wafiy   : Jannah nanti jadi ticer siti (cikgu di taska anak)
Mama  : Aik..? nape pulak?
Wafiy   : sbb jannah garang...suke marah abang...

Mama ketawa.  Dah la jannah baru setahun 3 bulan....mmg diakui dia sangat garang....tp mcm cikgu kat sekolah?? itu maknanya wafiy memang selalu kena marah dgn ticer kat sekolah....hahaha...

Senario 2
Kami baru balik dari terawih.  Masa dalam perjalanan balik....
Wafiy   : Mama, abang dah tau dah macamane nak baca doa..
Mama  : Bagusss...ce abang baca sket mama nak dengar
Wafiy   : (hanya mengumatngamit kan mulut) haaa...macam tu la...

Mama ketawa lagi.... Anak2 memang memerhati.  Anak2 dalam proses belajar dengan memerhati sekeliling mereka.  Macam jannah...masa mak adik(panggilan utk adik saya) tengah buat cookies, dia menggayakan semula cara2 buat cookies tu.  Kemudian dia tahu sikat utk apa, cotton bud utk apa dan berus gigi untuk apa.  Walau pun belum pandai bercakap tp dia tahu kegunaan barang2 tersebut.

Hari ini merupakan hari ke12 kita berpuasa dan shifa berjaya berpuasa 7hari penuh. Kejam sangat kah mama? Tp tiHa xpaksa, cuma perlu dilatih daripada sekarang, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Kesanggupan shifa yang membuatkan mama terharu.  Dia mahu bangun sahur, dia dapat tahan lapar sehingga berbuka. Dia bersabar bila wafiy makan di depan dia, oh....shifa memang anak yang hebat walaupun usia baru 5 tahun.

Tips tiHa untuk melatih anak berpuasa :
1. sentiasa memuji anak xkira apa jua kebaikan yang dia lakukan.
2. jangan terlalu tegas, pujuk baik2 bila dia meragam nak berbuka sebelum waktu.
3. masak kegemaran anak utk berbuka.
4. terangkan pd anak secara bercerita, kenapa perlu berpuasa, apa faedahnya, dan tiha gunakan
gambar2 dan peristiwa2 dalam facebook untuk menyokong pembelajaran.
Cth : gambar2 geladangan/serangan gaza dsb - xmakan minum utk memahami kesusahan
tiHa buat hari2 tau...setiap petang sebelum mula bersilat kat dapor...
5. ajak solat bersama, biasanya kalu dah solat, secara automatik kita akan buat mende2 baik.
lagi pun ustaz dah cakap...nak ajar anak ajarlah solat dulu, biasanya orang yang solat akan berpuasa.
InsyaAllah boleh.  Tiha pun cuba berhijrah ke arah kebaikan ni. Moga ramadhan kali ini membawa berjuta rahmat kepada kami sekeluarga. amin.



Khamis, 3 Julai 2014

Berakalkah manusia bl meracun kucing

Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Alhamdulillah dipertemukan dalam Ramadhan yg penuh barakah ini.

Sungguh pun begitu, terlahir rasa kesal dan sedih di atas tindakan manusia yang xberperikemanusiaan yg meracun kucing2 saya kerana kebencian mereka terhadap binatang.  Kalu benar kucing saya mengganggu hidup mereka, kenapa tak diserang tuannya tetapi diserang binatang yg sah-sah tak berakal itu.  Di saat saya menaip entry ini, memang sy sangat beremosi.  

Sy doakan moga pelaku itu sedar kesilapannya dan tidak mengulangi perkara2 spt ini pada binatang2 lain.

ibu diracun, anak menyusu pun terkena
sy tak sempat menyelamatkan mereka...uhuk!!

Tiha ada melayari beberapa blog yg memberi info2 berkaitan rawatan kucing keracunan, namun sayang tiHa sangat terlambat untuk menyelamatkan mereka, Ada yang kata :-

1. beri minum air garam (bancuhan sendiri@yg doktor bagi bila kena cirit birit tu) untuk membantu sistem badan kucing supaya tidak dehydrate.
2. beri ubat charcoal yg hitam tu (biasanye doktor bagi kita utk buang angin kalu kita kena cirit birit) ditumbuk dah dilarutkan dalam air dan bagi kucing minum. ubat ini akan menyebabkan kucing muntah mengeluarkan racun yg dimakan dan membantu menyerap racun2 dalam darah.
3. segera bawa berjumpa doktor haiwan.

Tanda2 kucing keracunan ialah :

1. kucing kite melepek je (xaktif)
2. air kencing mereka bercampur darah
3. mulut kucing mengeluarkan buih2
4. kucing xnak makan/minum
5. muntah

Kita kena bertindak segera, kalu tidak jadi macam tiHa la, dah terlambat.......huhuhuhu...!!!

Selasa, 24 Jun 2014

Luangkanlah masa dengan insan tersayang









 Meluangkan masa dengan anak2 merupakan satu aktiviti yang sentiasa mengukirkan senyuman di bibir.  Automatik kita tersenyum melihat kegembiraan yang jelas terbit di wajah mereka. Ikatan kasih sayang ini bukan sahaja di antara ibu bapa dan anak2 tetapi sesama adik beradik mereka juga.  Perebutan Kakak dan Abang untuk bermain gelongsor dengan adik sedikit pun tidak mengundang kemarahan atau kejengkelan tetapi satu keseronokkan.  Kakak dan Abang sayang adik mereka. Alhamdulillah.

Karekter shifa sebagai seorang kakak sangat jelas.  Ini lah peluang kita sebagai ibu bapa membaca dan melihat karekter anak2 untuk kita perbaiki kelemahan mereka dan untuk kita tambah baik kelebihan mereka. Meluangkan masa dengan anak2 bukan sahaja bermakna menggembirakan hati anak2 tetapi juga merupakan salah satu cara untuk kita melihat dan mengenali anak2 kita dengan lebih mendalam.  Dengan cara ini, kita akan dapat tahu pendekatan yang sesuai terhadap anak2 kita untuk memperbaiki kelemahan yang mungkin mencalarkan masa depan mereka.  Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?? Lagi pun, siapa lah yang tahu apa akan terjadi masa hadapan....ianya rahsia Allah.

Jika ditakdirkan, dia seorang yg mengecewakan juga, sekurang2nya kita telah bertindak untuk membentuk mereka daripada sekarang....dan jika ditakdirkan mereka seorang yang menyejukkan hati ibu bapa, berbaloi lah kita luangkan masa dengan mereka.  Anak2kan amanah Allah....kita tunjukkan sehabis baik...

Semoga Ramadhan yang bakal menjelang ini membawa berjuta kerahmatan. Insya'Allah.

p/s : Lokasi di atas xjauh pun...kat Taman Tasik Ampang jer...

Khamis, 19 Jun 2014

Bantu selagi mampu....

Assalamualaikum,

Semoga sahabat sekalian di dalam keadaan yang dirahmati dan diberkati, amin.

Dua tiga menjak ni tiHa banyak berfikir bagaimana nak bantu mak mertua yang tengah hidup susah di kampung.  Pekerjaan tetapnya sebagai penoreh getah juga tak mampu menanggung kehidupannya kerana kejatuhan harga getah dan juga keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Maka, si tua itu cuba-cuba berniaga meletakkan rempeyek di kedai2 dan ianya hanya lah sekadar untuk mendapatkan sesuap nasi. tiHa berdoa pada Allah, supaya anak2 tiHa nanti tidak menjadi seperti pakcik2 dan makcik mereka yang kurang prihatin terhadap kesusahan ibunda mereka di kampung, apatah pula, bapa mertua pada bulan ini genaplah 6 bulan dia meninggalkan kami.

Oleh kerana tiHa sendiri, tidak mempunyai kemampuan untuk membantu dari segi kewangan, tiHa cadangkan untuk mengkomersialkan rempeyek ibu mertua di pejabat supaya si tua ini mempunyai 'duit raya' untuk beraya.

Moga kesusahan orang tua ini bersifat sementara dan dipermudahkan kehidupannya kelak, insya-allah.

tiHa jualkan rempeyek mak....kalu ada yang teringin merasa kehebatan rempeyek che som kg.tualang, beruas, perak....jemput lah membeli, sila lah pm ye....

sebalang 50kpg = RM17
              100kpg = RM30

p/s : nnt tiHa upload gambar rempeyek...

Rabu, 18 Jun 2014

Tips Pendidikan Awal Kanak-Kanak...

Assalamualaikum,

Tajuk entry hari ni macam 'gempak' je kan....ye tiHa belum layak untuk memberi tips, tp tak salah kalu tiHa nak kongsikan dengan sahabat2 sekalian apa yang tiHa cuba amalkan dan apa yang tiHa dengar....tips2 ni datangnya daripada nasihat kawan2 yang prihatin.

Mendidik anak pada zaman/era ini merupakan satu zaman yang sangat2 mencabar.  lagi maju negara kita, maka lagi besarlah cabarannya. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu mengambil berat dalam semua perkara.  Antara amalan yang boleh kita lakukan ialah....

1. Menzahirkan rasa sayang
Kita perlu beritahu anak2 kita bahawa kita sayang mereka...apabila kita mengucapkan sayang kepada mereka, dengan secara automatik akan terbina satu keyakinan diri bahawa kita sentiasa ada untuk mereka.
cth : "Kakak, mama sayangggg kakak."
       " I love U, abang.... I Love U kakak!!"

2. Memeluk anak tanpa perlu sebab
Kita tidak memerlukan sebarang sebab untuk memeluk anak.  Kita peluk anak2 kita bila-bila yang kita suka tak kira masa dan tempat. Ini merupakan salah satu cara bahasa badan untuk memberitahu bahawa kita sayang mereka.
cth : a. memeluk anak sebelum tidur
       b. memeluk anak ketika mereka sedang bermain
       c. memeluk anak ketika menonton tv
       d. memeluk ketika berselisih (mak nak ke dapur, anak bermain anak patung contohnya....)

3. Bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur
Ini selalu tiHa buat..hik hik hik...tp yang menariknya, walaupun mereka dah tidur, mereka bertindak balas spt menjawab 'hmmm..' atau pun mengangguk.  Cara ini dikatakan, bercakap terus dengan roh mereka dan percakapan kita pada waktu ini hendaklah perkara yang baik2 sahaja.
cth : "Mama nak abang jadi anak yang soleh"
       "abang kena dengar dan taat pada mama dan papa"
        "abang jadilah anak yang baik"
Kalau boleh, elakkan daripada menyebut "jangan" cthnya "abang Jangan nakal tau" sebabnya, kita perlu menggunakan ayat-ayat positif dan mengelakkan perkataan negatif dalam memberikan nasihat.

4. mengadakan musyawarah bersama keluarga
Kaedah ini tiHa 'sedang' usahakan.  Susah juga nak kumpulkan anak2 kecil dan suruh mereka duduk diam..huhuhu. Akan tetapi kaedah ini merupakan kaedah terbaik untuk kita menyampaikan pesanan, dan mendengar laporan/rintihan/aduan daripada anak2. Masing2 berpeluang untuk bercerita/mengadu hal masing-masing. Yang penting musyawarah ini hendaklah berkonsepkan komunikasi dua hala, kita bercakap mereka mendengar dan bila mereka bercakap kita mendengar. Mula2 akan susah untuk membiasakan diri, akan tetapi lama kelamaan mereka akan mula berseronok dan akan bertanya bila lagi nak bermusyawarah.  Tetapi, musyawarah ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap kerana mereka akan menjadi cepat jemu dan mula untuk tidak bercerita. Dicadangkan untuk bermusyawarah seminggu sekali, sebulan 2x...terpulang kepada masa dan keadaan.

5. Meluangkan masa berkualiti bersama setiap hari.
Oleh kerana zaman sekarang ini merupakan zaman kekurangan masa, ramai ibu bapa mengambil remeh berkenaan kualiti masa bersama anak-anak.  tiHa sedaya upaya untuk mengambil masa yg berkualiti, 'bonding time' dengan anak2 sekurang2nya 1/2 jam sehari.  Dalam masa 1/2jam itu tiHa main bersama mereka, tiHa ajak belajar bersama2, tiHa bercerita kisah sang kancil, tiha bacakan buku kisah2 nabi, tiHa ajak tengok facebook bersama-sama sbb dalam facebook ada gambar dan berita macam2 untuk dijadikan pengajaran. 1/2jam tu macam tak cukup sebenarnya, kalau dapat lagi lama lagi bagus kan.  Tp tugas sebagai ibu dan isteri pada masa yang sama bukan satu tugas yg mudah.  Maka, tiHa cuba juga untuk meluangkan masa yang berkualiti untuk anak2.

Ada lagi beberapa tips lain yang akan tiHa kongsikan bersama nanti.....kalu ada yang sudi tambah tiHa alu2kan.

Tadika Bintang Pintar, Taman Kosas

Salam Sya'aban,

Semoga sahabat2 sekalian dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya. Amin.

Rini tiHa nak 'throwback' susah payah mencari tadika/taska buat anak2.  Alhamdulillah, sementelah setahun lebih shifa wafiy di taska/ Tadika Bintang Pintar, ianya bukan satu sesalan.

Kebiasaannya, kebanyakan owner taska/tadika mempunyai 'business oriented' yang mengutamakan 'kuantiti' pelajar daripada 'kualiti' pelajar.  tiHa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan taska ini yang setakat ini sangat2 mementingkan 'kualiti' pelajar daripada 'kuantiti'.

Tahun lepas, shifa dapat kedudukan keseluruhan no.4 daripada 10 kalau tak salah...tp markah shifa sangat2 mengkagumkan and its mean budak yang dapat no.1 mesti dapat full marks. Dan tahun ini, shifa menunjukkan kesungguhannya dengan mendapat no.1 bagi peperiksaan awal tahun retu. semua full marks kecuali satu 98%.

Wafiy pulak baru tahun ni bertadika....budak buas macam wafiy ni mama sangat tidak meletakkan harapan yang tinggi.  Tp no.4 keseluruhan...?? not bad kan...? cumanya markah wafiy tidak lah secantik markah kakak dia tp sy tidak lah kecewa kerana memikirkan berapa pulak markah budak2 lain sbb markah macam wafiy pun boleh dapat no.4........hehehe...

Apa pun, sy mengucapkan terima kasih banyak2 pada Teacher Siti di atas kemuliaan hati dan jiwa anda mendidik anak2 saya.  Bukan dari segi akademik sahaja yang meningkat, alhamdulillah, sikap dan karekter anak2 saya juga menyejukkan perut yg mengandung.  Wafiy yang dulu sangat buas (walaupun masih buas sekarang) tp sekurang2nya mahu juga mendengar kata.  Shifa yg kuat merajuk dan keras kepala (dulu) pun ada perubahan yang sangat2 baik.

tiHa berpendapat, parents and ticer perlu kerap berkomunikasi kerana anak2 kita meluangkan masa sedarnya lebih di taska/sekolah/tadika berbanding masa dengan parents.  Dan tiHa berasa sangat beruntung walaupun tiHa tak mampu nak hantar anak2 ke sekolah berjenama (little caliph, brainy bunch, smartreader etc) tp hasilnya sangat2 memuaskan.

Oleh kerana anak2 kita berada lebih lama di taska/sekolah/tadika, itu tidak bermakna kita boleh lepaskan tanggungjawab kepada guru, kita sbg ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak2....lagi pun bukan anak orang lain....anak kita jugak....kan?

p/s ::: kalau osman baku baca entry-entry tiHa mesti migrain sbb tengok bahasa bercampur2...aduss...!!!

Selasa, 17 Jun 2014

Cadbury oh! Cadbury

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, tiHa berpeluang mencoretkan pengalaman dan pandangan kat laman sesawang sendiri, so dalam tahun ni takde le bersawang sangat yek...!!

tiHa terpanggil utk memberi pandangan iSu Cadbury ni, kalu dalam facebook cadbury ni dah jadi satu isu hangat sampai menggantikan makian b*b* tu kepada cadbury...alahaiiii.....

tiHa xde le merujuk mana2 blog or mana website, tp pada tiHa iSu cadbury ini sanggggaattt basic.  Kalu dah terdetik di hati "eh eh...betul ke cadbury ni ada dna babi" makanya very straight forward hukumnya Haram di makan...sebab telah timbul rasa was-was.

Akan tetapi, jika kita sangat yakin dgn berita yang diwar-warkan bahawasanya Cadbury itu sebenarnya halal dimakan, disahkan oleh JAKIM or percaya dgn menjamah cadbury beramai2 tu...atau pun yakin bahawasanya terdapat kesilapan masa KKM buat kajian tu....halal lah si cadbury itu tadiii.....

So, apa lagi nak kecoh2...?? tepuk dada tanya iman lah.....

**p/s : betapa banyak nya pilihan dalam hidup kita, kenapa pada yg itu juga kita nak nak??

Isnin, 16 Jun 2014

Menggembirakan hati anak2...

Salam sya'aban...

Akhirnya cubaan menggembirakan anak2 berjaya wpun jauh di sudut hati mereka belum puas menikmati percutian yg panjang itu.......

Syukurlah doa mama dimakbulkan agar wujud keriangan di hati anak2 walaupun perjalanan tak sampai pun sejam...Berbasikal di Taman Botani, Putrajaya sahaja sudah cukup memberi ruang mengukuhkan kasih sayang kami anak beranak..."bonding time" gitu....

Peluh yang keluar pada pagi tersebut bukan halangan untuk pergi kenduri pulak lepas tu..hahahah..!!!
yang penting anak2 gembira..mak bapak suka!!

Letih la Jannah ni mama....seb bek papa ada tolong dukung...hihihi..!!
Jannah bersungguh-sungguh memanfaatkan kakinya...hahaha
letih....jelas kelihatan...
Papa setia memegang tangan anak daranya....
Perlumbaan dua beradik...siapa menang dapat 'letih' hahahha..!!!

Jumaat, 13 Jun 2014

Cuti Sekolah Yang Membosankan....

Salam Sya'aban sahabat....

hari ni merupakan jumaat terakhir cuti sekolah....kesian kat anak2 sebab cuti sekolah ni takde kemana2 pun...sedih kan? walau pun sedang cuti sekolah....anak2 akan tanya bila nak cuti? sebabnya....diorang tetap ke taska walaupun tadika tutup...huhuhuhu

jadi sempena hujung minggu cuti sekolah yang terakhir ni, mama pun google ler tempat2 yang menarik untuk diorang rasa betul2 bercuti......dan kebetulan ada kenduri kat putrajaya..makanya....putrajaya la destinasi bagi percutian yang memerlukan penjimatan besar ini....(oh!sedihnya....)

Mama plan nak bawa anak2 pegi main basikal mula2nya...tp kang letih berpeluh2 mana plak nak cari tempat nak bersiap2 nak pegi kenduri? or kalu pegi lepas kenduri tak ke masalah juga....kul bpe nak naik basikal, dibuatnya terik...or worst..hujan??

 So, mama plan nak bawa anak2 pegi kolam renang kat Putrajaya...Yeyyy...!!! tapi...........

2nd thought plak dah....23hb...dengan sengaja nak cuti sbb tadika shifa wafiy buat lawatan ke taman burung...kena bayar sorang RM45...dua orang dah RM90...mama dengan penuh berhemah pujuk anak2 lawatan kali ni xboleh ikut...huhuhu....tadika diorang setahun 2x lawatan...ni dah dua tahun mama kasi pegi lawatan awal tahun je...tengah tahun punya tak payah....isk..! so mama cakap..mama amek cuti tarikh diorang gi lawatan tu..mama bawak anak2 mama gi jenjalan....yey!! KLCC katanya...nak mandi sana..tp masalahnya 23hb tu hari isnin...kolam KLCC tutup setiap hari isnin...uWaa....!!!

Terpaksa la change of plan.....kena main basikal juge le nampak gayanye...pastu 23hb tu baru gi kolam renang putrajaya tu...sebab sana tutup setiap hari jumaat.....huhuhu..moga2 dipermudahkan...moga2 ada keriangan di hati anak2....

Khamis, 12 Jun 2014

Luahan hati...

Salam Sya'aban

Aura Ramadhan dah terasa bahangnya....syukur alhamdulillah Ramadhan yang lepas tiHa berkesempatan berpuasa penuh...Ramadhan kali ni belum tau lagi keadaannya....semoga tiHa dapat berpuasa penuh juge...dan dapat berpuasa syawal....

Orang kata, xpayah nak bagitau orang mende2 baik yg kita buat...jadi mcm tak ikhlas pulak...betoii juga tu...tp tiHa bagitau juga kat sini bukan nak berlagak buat perkara baik...tp nak jadikan blog ni satu peringatan pada diri sendiri....sebelum2 ni payah nak puasa rejab dan puasa syawal...moga2 entry kali ni menjadi satu azam baru utk tiHa meneruskan perkara2 yg memberi manfaat dunia wal akhirah ni...insya'allah.

Tiha juga mendoakan yg baik2 buat sahabat2 sekalian, moga ramadhan yg bakal menjelang ini membawa berjuta kerahmatan hendaknya...amin ya rabbal a'lamin.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!!

Jumaat, 25 April 2014

CHICKEN CHOP???

Assalamualaikum,

Nampak gayanya, memang hati dah tersangat tawar untuk mula menaip kisah2 benar, xbenar, rekaan mahupun berinformasi segala......kesibukan yang melanda membataskan masa untuk mengetuk papan keyboard neh...huh!!!

Tp sayang pulak...mende yang dah dimulakan ditinggalkan terbengkalai...jadi berbekalkan masa yang ada neh...sudi2kan le membaca ek....

Terkini dugaan tiHa dalam membesarkan anak2 ialah......CHICKEN CHOP!! bak kata wafiy...hahahha..!!
balik je dari sekolah terus dia mengadu kata kat belakang dia ada chicken chop....mula2 mama heran gak...tp disebabkan ticer kat sekolah cakap Jannah dah ada tanda2...so mama cuba la tengok badan wafiy....ha terbeliak bijik mata....rupa2nya wafiy nye pox lagi cepat naik dari Jannah....melecop2 belakang dia kesian mama tengok.....

Apa mama buat ek.....so ada petua2 lama yang tiHa try bila anak kena chicken pox neh...

1.  Bagi minum air kelapa :::::: tujuannya untuk mempercepatkan proses pox tu keluar...
2.  Sapu bedak sejuk :::::: tujuannya untuk mengurangkan panas badan dan rasa gatal. (tiHa campOrkan dgn calamine yg doktor bagi)
3.  Bagi mandi air daun semambu ::::: bagi kurangkan rasa gatal/miang ( yang ni tiHa advance beli sabun HAMAM je, hahaha....payah nak carik daun semambu kat KL neh wehhh... )
4.  Kawal pemakanan ::::: tiHa bagi anak2 makan lauk pauk yg orang dalam pantang makan...cth : siakap steam, talapia masak lemak (ayam dan telur dan ikan2 yg boleh menyebabkan gatal memang tak kasik), talapia bakar, ikan bilis goreng tempe....

so, alhamdulillah, kurang dari 10hari pox diorang dah kering....tp biasanya pox ni senang berjangkit masa pox tu kering....tp takkan plak nak cuti sampai 2minggu?? huhuhuhu....apa pun tiha sangat bersyukur anak2 kena pox sekali harung tiga beradik.....tak gaduh cuti lagi nanti....

tiga beradik ni kena pox macam xde apa...dalam masa 7hari cuti tu...hanya sehari je yg diorang betul2 melepek xlarat...hari2 lain memang memang SAKIT PLAK ATI KITE tengok kenakalan masing2...ades...tp itulah yang mama timang2kan...hahahha....jom layan DUTA BEDAK SEJUK.... :D :D :D







::: kemBali berSiaraN :::

Assalamualaikum,

Nama pun laman sesawang...makanya memang bersawanglah laman sesawang saya... 
Muahahah..!!!

Semangat untuk mula mengaktifkan blog ini kian pudar sementelah mendapat tugasan yg menjadi kekangan untuk terus menghidupkan blog ini.  Tetapi sayang pula nak terus meninggalkan blog ini menyepi....

Jadi, hari ini....sekadar mengkhabarkan sekalian yg mengenali....sy masih lagi wujud dan hidup di muka bumi ini...alhamdulillah....

Saja mengabadikan gambar buat kenangan.......

Perwira & perwirawatiku.....

sengihan sempena xkena cucuk umo 1tahun....

ni le 'kepandaian' terbaru dia sebenarnya...tunjuk gigi...hehehe

ahli syurga....senyuman dia je buat automatik kita pun tersenyum...

Rabu, 5 Februari 2014

Jakarta - Bandung (episoD akhir)

Salam frenzaa....

layan gambO dulu ek... :D :D :D

posing kat LCCT...masih segar spt masa yg tercatat di gambar...hehehe

mengabadikan memek muka tergedik yg buat mama gerrrrammmm nau...!

setibanya di stesen ketapi bandung....

ruang mamam hotel yg kitorang duduk tu....

bergambar kenangan dgn pak supir......pak ayie dari hayuka bandoeng...

satu2nya gambar kami berlima sepanjang di bumi indon....huhuhu

superhero wafiy.....ske banget..!!!

peramugari dan peramugara keretapi bandung menghala ke jakarta....hihihihihi

sakit pinggang...muahahaha...xlarat dah nak ke MONAS...

setia menanti di airport jakarta.....macam pelarian jek ek...ekekkeke

so seperti yang dijanjikan.....untuk episod akhir ni tiHa nak kongsikan dgn korang bajet kitorang ke sinun...

JAKARTA-BANDUNG
BIL
XPENSES
RM
CATATAN
1
FLIGHT - 2 DEWASA 3 KANAK2
1,040.00
AIRASIA
2
HOTEL DI BANDUNG - 2MALAM
220.00
AGODA
(FAMILY ROOM) 2X DOUBLE BED
3
SUPIR - 2HARI x RM116/day
232.00
390K/DAY
4
TAMBANG BAS - 3 seats
25.00
90K
5
TAMBANG KERETAPI
2 DEWASA - 90K/PAX
100.00
PEGI BALIK
2 KANAK2 - 60K/PAX
67.00
PEGI BALIK
1 INFANT - 40% HARGA DEWASA
20.00
PEGI BALIK
6
TAMBANG ANGKOTAN KOTA
4K/pax x 2 (kanak2 free)
2.00
sekali naik
7
MAKAN2 + air + jajan
250.00
5x makan (lunch n dinner)
8
SHOPPING
1,000.00
3JUTA
9
HOTEL DI JAKARTA - 1MLM
120.00
10
TAMBANG TEKSI
30.00
120K

JUMLAH
3,106.00


tu anggaran agak2 lebih kurang ler...belanja dari KL campur makan2 masa kat airport or ada yang tercicir yang tiha lupa catit...anggap ler lebih kurang RM3500 all-in selama 4hari 3malam seramai 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.

nak tanya apa2 ke? no prob....komen je or....leh pm je... :D

***
note : nilai matawang semasa pada november 2013 = rp1juta = RM288