ini bLoG saya puNya....

Rabu, 10 September 2014

Jawatan tinggi...gaji tinggi...amanah pun tinggi...

Assalamualaikum,

Menyepi tak bererti benci....
Tak juga bermakna bz..
hanya malas melanda diri...

hahaha..!!!

Ye, tiHa mmg berbunga2 bergembira 2, 3 menjak ni.  Almaklumlah, impian sementelah 7 tahun memohon akhirnya berjaya juga.  Rata2 sahabat2 di RISDA mengucapkan tahniah, dan mana yang tahu betapa lama tiHa memohon juga bergembira dengan khabar ini.  Sampaikan, kawan2 yang update status di pesbuk sedangkan tuan punya badan mengambil langkah tutup mulut...hahaha...
Bukan xmau berkongsi berita gembira ini, tetapi tiHa telah mula memikirkan betapa banyak perkara yang perlu dikorbankan dalam menjalankan tugas ini.

Uhuk!!! i am family person.  Mampu kah?  Baru tadi, jupe dengan staff bahagian yang bakal tiHa keje sok, diorang dah warning awal2 senario keje di situ.  benda2 ni la yang tiHa kena bincang dengan papa joe...moga2 papa joe memahami....dan yang penting...anak2 juga memahami. bole faham kah? shifa wafiy jannah masing2 baru 5,4 dan 1 1/2 tahun.

..........

Rabu, 3 September 2014

Syukur pada-Mu Ya Allah.....

Assalamualaikum,

syukur pada mu ya allah dgn limpah kurniaMu pada 1 Oktober 2014 nnt tiHa akan bertukar jawatan daripada Setiausaha Pejabat N27 kepada Pegawai Tadbir N41 di RISDA juga. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. Sementelah 7 tahun mencuba, akhirnya berbaloi juga.

Terima kasih Ya Allah.

Selasa, 5 Ogos 2014

ilal liqa' ya Ramadhan.....

Salam Syawal,

Sakankah beraya?? Alhamdulillah, raya kali ini kami sambut di Beruas, Perak tanpa stress di jalan raya...dan sebenarnya tiHa telah membuat persediaan mental n fizikal gitu untuk menghadapi jem semasa balik kampung. Syukur jem tersebut tidak berjaya mengganggu gugat mental sayer kerana tak le jem sangat. hihihihi.....

Syawal kali ni pun tiHa tak amek cuti.  Means, raya ke3 dah mula bekerja.  walaupun tak le banyakkkkk kerja tp sekurang2nya boleh surfing but..still not updating my blog. (ops!) Jari jemari dah tak selembut dulu, dan otak pun dah tak seligat dulu untuk mencipta karangan2 indah. dah banyak kali tiHa taip...padam...taip padam....simpan draft....tp rasa macam tak semenggah untuk dibaca orang. last2 delete.!!!

Dulu, sejak2 ada fesbuk, mula la malas nak mengarang di sini, tp skrg di fesbuk pun tak diupdate.  macam serba tak kena....rasa macam tak perlu update....tp sayang blog ni dah banyak menyimpan kenangan.....

terima kasih kpd yg sudi menyinggah ya...Insya-Allah ada lagi info2 menarik tiha akan kongsikan.

##p/s : sekadar mengemaskini status..!! (sigh)