Assalamualaikum,
Didoakan anda yang sudi menyinggah ke blog sy yang tak seberapa ni dimurahkan rezeki dan dikurniakan bahagia tiada berpenghujung.
Alhamdulillah, hari ini genap 14hari saya bergelar pegawai tadbir N41 di RISDA bertugas di bahagian paling sibuk iaitu Bahagian Komunikasi Korporat. Sy masih baru belajar dan terlalu banyak yang perlu dipelajari sehinggakan masa berdetik menjadi terlalu pantas.
Dalam masa 14hari ini, baru semalam dan hari ini saya berada di pejabat mengadap pc. Eh eh jap...siapa kata keje gomen asek goyang kaki je??? huihuhhuhuhuhu.....lagi 12 hari tolak cuti 5 hari berbaki 7hari, sy banyak ke lapangan bertugas menjadi Pegawai Perhubungan Awam gitu... Tapi saya happy walau pun susah sbb baru pada saya nanti lama2 okay la tu....dari segi kerja Insya-Allah bukan masalah besar pada saya untuk belajar, dan dah tentu2 masalah utamanya ialah untuk menghadapi masalah daripada faktor manusia....SIKAP....
**Ya Allah, ko tabahkan lah hatiku dan kuatkan lah imanku. Semoga urusan Hidup & Matiku dipermudahkan olehMu Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Lagi Maha Mengetahui. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan