Assalamualaikum,
Rasanya macam baru semalam tiHa post pasal kejappp je dah seminggu puasa. Hari ni bila tiHa login balik....Allahu Rabbi....lagi seminggu je puasa pastu dah raya.....betapa cepatnya masa berlalu.
Alhamdulillah, shifa wafiy dapat berpuasa dengan jayanya....tiHa kasi gak cuti hari sabtu ahad untuk tak berpuasa...tp alhamdulillah, anak-anak kental mama ni, kalu sabtu diorang xpuasa, ahad diorang puasa. Kalu sabtu berpuasa, ahad diorang cuti.
Selain puasa, tiHa ajak juga diorang solat, macam wafiy tu...nak bagi semangat sket....papa joe belikan jubah khas untuk solat.....memang 'ada mari' semangatnya tu.....mama doakan anak-anak mama jadi anak yang soleh dan solehah. Semoga langkah kecil ini menjadi satu langkah besar anak-anak untuk menjejaki pintu syurga, Insya-Allah.
Tiha ada baca buku mendidik anak tulisan Dr. Hasan Hj. Mohd Ali. Memandangkan wafiy ni agak hiperaktif, bermacam perkara yang tiHa cuba apply kat dia supaya dapat mengawal kehiperaktifannya itu. Salah satu caranya ialah menyediakan kemudahan terhadap anak-anak.
Contoh, jubah tadi.....papa dia sanggup belikan asalkan si anak tahu apa kegunaannya.
Contoh lain - beli almari khas untuk pakaiannya. Izinkan dia untuk mengemas dan mengatur pakaian mengikut kehendaknya. Atau pun, pembelian buku. Jika dia ingin menulis/belajar atau sebagainya, tanggungjawab ibubapa menyediakan samada beli baru atau ambil majalah/buku lama untuk anak terokai.
Tiha tak pula hebat, tp dalam proses mencuba untuk didik anak-anak sebaiknya. tiHa sayang anak-anak dan memang mengharapkan doa mereka lah yang akan menjadi penerang kubur andai tiHa mati nanti. Memang benar kata orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya....jadi ini lah masanya untuk didik anak-anak kita. Tahap kesabaran perlu dipertingkatkan sehari-hari kerana anak-anak hebat ini bermacam ragamnya. Apatah lah lagi dalam era millanium ini.
Penggunaan ayat 'siapa tak sayang anak......' macam kurang relevan sementelah pelbagai berita penderaan terpapar di facebook dan kaca tv. Sentap..!!! makin dekat kita dengan akhirat sbb manusia sendiri dah hilang keperimanusiaannya.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan