ini bLoG saya puNya....

Khamis, 16 Julai 2015

Esok rayaaaa....??

Assalamualaikum,

Ya Allahu Akbar, tau-tau je esok dah nak raya?? Betapa masa mencemburui kehidupan kita kan..... diam xdiam Ramadhan sekali lagi meninggalkan kita dan apakah peluang kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang....huhuhu.....

Doa terbaik tiHa pada Ramadhan kali ini, moga2 setiap kali bertemu Ramadhan ada peningkatan amalan Insya-Allah untuk tiHa buat bekalan akhirat nanti.  tiHa sedang cuba untuk membudayakan amalan sepanjang Ramadhan ini untuk tidak hanya di bulan Ramadhan tetapi juga sepanjang tahun.  Marilah aminkan doa tiHa ini agar mati kita besok adalah matinya dalam iman.  amin.

Bagaimanakah persiapan raya korang?  Alhamdulillah, tahun ini, kami sekeluarga bersederhana dalam segala benda.  Baju baru pun hanya untuk anak2 Papa sponsor baju melayu/kurung, mama belikan yang kasual dan kasut.  Mama papa dapatla sorang sepasang, jadilah buat nak beraya di kampung emak di Pahang.

Tahun ni, raya pertama turn keluarga tiHa di Sentul.  Raya ketiga nanti baru balik ke Beruas, Perak kampung Papa Joe.  Tu pun xambil cuti lama...mmg xnak ambil lama sbb nak simpan cuti sempena nak beranak ni.  Cuti tahun ni boleh di bawa ke hadapan, manalah tahu dah ada anak kecik nanti, macam2 dugaan yang kita tak jangka.

Puasa tahun ni, tiHa xmampu berpuasa selama 2hari....sebab...senak perot...dugaan ibu mengandung berpuasa....huhuhu....xpe le, nanti cari  masa sesuai ganti puasa.....sbb lepas ni akan jadi dugaan ibu menyusu berpuasa pulak.....kena get ready mental & fizikal kan.....

So, kawan2, tiHa doakan yang terbaik buat semua.  Semoga kita semua dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya dan diharapkan kita dapat lagi bersua dengan Ramadhan akan datang, Insya-Allah.

Ilal liqa' Ya Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan