Selasa, 24 Jun 2014
Luangkanlah masa dengan insan tersayang
Meluangkan masa dengan anak2 merupakan satu aktiviti yang sentiasa mengukirkan senyuman di bibir. Automatik kita tersenyum melihat kegembiraan yang jelas terbit di wajah mereka. Ikatan kasih sayang ini bukan sahaja di antara ibu bapa dan anak2 tetapi sesama adik beradik mereka juga. Perebutan Kakak dan Abang untuk bermain gelongsor dengan adik sedikit pun tidak mengundang kemarahan atau kejengkelan tetapi satu keseronokkan. Kakak dan Abang sayang adik mereka. Alhamdulillah.
Karekter shifa sebagai seorang kakak sangat jelas. Ini lah peluang kita sebagai ibu bapa membaca dan melihat karekter anak2 untuk kita perbaiki kelemahan mereka dan untuk kita tambah baik kelebihan mereka. Meluangkan masa dengan anak2 bukan sahaja bermakna menggembirakan hati anak2 tetapi juga merupakan salah satu cara untuk kita melihat dan mengenali anak2 kita dengan lebih mendalam. Dengan cara ini, kita akan dapat tahu pendekatan yang sesuai terhadap anak2 kita untuk memperbaiki kelemahan yang mungkin mencalarkan masa depan mereka. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?? Lagi pun, siapa lah yang tahu apa akan terjadi masa hadapan....ianya rahsia Allah.
Jika ditakdirkan, dia seorang yg mengecewakan juga, sekurang2nya kita telah bertindak untuk membentuk mereka daripada sekarang....dan jika ditakdirkan mereka seorang yang menyejukkan hati ibu bapa, berbaloi lah kita luangkan masa dengan mereka. Anak2kan amanah Allah....kita tunjukkan sehabis baik...
Semoga Ramadhan yang bakal menjelang ini membawa berjuta kerahmatan. Insya'Allah.
p/s : Lokasi di atas xjauh pun...kat Taman Tasik Ampang jer...
Khamis, 19 Jun 2014
Bantu selagi mampu....
Assalamualaikum,
Semoga sahabat sekalian di dalam keadaan yang dirahmati dan diberkati, amin.
Dua tiga menjak ni tiHa banyak berfikir bagaimana nak bantu mak mertua yang tengah hidup susah di kampung. Pekerjaan tetapnya sebagai penoreh getah juga tak mampu menanggung kehidupannya kerana kejatuhan harga getah dan juga keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Maka, si tua itu cuba-cuba berniaga meletakkan rempeyek di kedai2 dan ianya hanya lah sekadar untuk mendapatkan sesuap nasi. tiHa berdoa pada Allah, supaya anak2 tiHa nanti tidak menjadi seperti pakcik2 dan makcik mereka yang kurang prihatin terhadap kesusahan ibunda mereka di kampung, apatah pula, bapa mertua pada bulan ini genaplah 6 bulan dia meninggalkan kami.
Oleh kerana tiHa sendiri, tidak mempunyai kemampuan untuk membantu dari segi kewangan, tiHa cadangkan untuk mengkomersialkan rempeyek ibu mertua di pejabat supaya si tua ini mempunyai 'duit raya' untuk beraya.
Moga kesusahan orang tua ini bersifat sementara dan dipermudahkan kehidupannya kelak, insya-allah.
tiHa jualkan rempeyek mak....kalu ada yang teringin merasa kehebatan rempeyek che som kg.tualang, beruas, perak....jemput lah membeli, sila lah pm ye....
sebalang 50kpg = RM17
100kpg = RM30
p/s : nnt tiHa upload gambar rempeyek...

Rabu, 18 Jun 2014
Tips Pendidikan Awal Kanak-Kanak...
Assalamualaikum,
Tajuk entry hari ni macam 'gempak' je kan....ye tiHa belum layak untuk memberi tips, tp tak salah kalu tiHa nak kongsikan dengan sahabat2 sekalian apa yang tiHa cuba amalkan dan apa yang tiHa dengar....tips2 ni datangnya daripada nasihat kawan2 yang prihatin.
Mendidik anak pada zaman/era ini merupakan satu zaman yang sangat2 mencabar. lagi maju negara kita, maka lagi besarlah cabarannya. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu mengambil berat dalam semua perkara. Antara amalan yang boleh kita lakukan ialah....
1. Menzahirkan rasa sayang
Kita perlu beritahu anak2 kita bahawa kita sayang mereka...apabila kita mengucapkan sayang kepada mereka, dengan secara automatik akan terbina satu keyakinan diri bahawa kita sentiasa ada untuk mereka.
cth : "Kakak, mama sayangggg kakak."
" I love U, abang.... I Love U kakak!!"
2. Memeluk anak tanpa perlu sebab
Kita tidak memerlukan sebarang sebab untuk memeluk anak. Kita peluk anak2 kita bila-bila yang kita suka tak kira masa dan tempat. Ini merupakan salah satu cara bahasa badan untuk memberitahu bahawa kita sayang mereka.
cth : a. memeluk anak sebelum tidur
b. memeluk anak ketika mereka sedang bermain
c. memeluk anak ketika menonton tv
d. memeluk ketika berselisih (mak nak ke dapur, anak bermain anak patung contohnya....)
3. Bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur
Ini selalu tiHa buat..hik hik hik...tp yang menariknya, walaupun mereka dah tidur, mereka bertindak balas spt menjawab 'hmmm..' atau pun mengangguk. Cara ini dikatakan, bercakap terus dengan roh mereka dan percakapan kita pada waktu ini hendaklah perkara yang baik2 sahaja.
cth : "Mama nak abang jadi anak yang soleh"
"abang kena dengar dan taat pada mama dan papa"
"abang jadilah anak yang baik"
Kalau boleh, elakkan daripada menyebut "jangan" cthnya "abang Jangan nakal tau" sebabnya, kita perlu menggunakan ayat-ayat positif dan mengelakkan perkataan negatif dalam memberikan nasihat.
4. mengadakan musyawarah bersama keluarga
Kaedah ini tiHa 'sedang' usahakan. Susah juga nak kumpulkan anak2 kecil dan suruh mereka duduk diam..huhuhu. Akan tetapi kaedah ini merupakan kaedah terbaik untuk kita menyampaikan pesanan, dan mendengar laporan/rintihan/aduan daripada anak2. Masing2 berpeluang untuk bercerita/mengadu hal masing-masing. Yang penting musyawarah ini hendaklah berkonsepkan komunikasi dua hala, kita bercakap mereka mendengar dan bila mereka bercakap kita mendengar. Mula2 akan susah untuk membiasakan diri, akan tetapi lama kelamaan mereka akan mula berseronok dan akan bertanya bila lagi nak bermusyawarah. Tetapi, musyawarah ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap kerana mereka akan menjadi cepat jemu dan mula untuk tidak bercerita. Dicadangkan untuk bermusyawarah seminggu sekali, sebulan 2x...terpulang kepada masa dan keadaan.
5. Meluangkan masa berkualiti bersama setiap hari.
Oleh kerana zaman sekarang ini merupakan zaman kekurangan masa, ramai ibu bapa mengambil remeh berkenaan kualiti masa bersama anak-anak. tiHa sedaya upaya untuk mengambil masa yg berkualiti, 'bonding time' dengan anak2 sekurang2nya 1/2 jam sehari. Dalam masa 1/2jam itu tiHa main bersama mereka, tiHa ajak belajar bersama2, tiHa bercerita kisah sang kancil, tiha bacakan buku kisah2 nabi, tiHa ajak tengok facebook bersama-sama sbb dalam facebook ada gambar dan berita macam2 untuk dijadikan pengajaran. 1/2jam tu macam tak cukup sebenarnya, kalau dapat lagi lama lagi bagus kan. Tp tugas sebagai ibu dan isteri pada masa yang sama bukan satu tugas yg mudah. Maka, tiHa cuba juga untuk meluangkan masa yang berkualiti untuk anak2.
Ada lagi beberapa tips lain yang akan tiHa kongsikan bersama nanti.....kalu ada yang sudi tambah tiHa alu2kan.

Langgan:
Catatan (Atom)