ini bLoG saya puNya....

Selasa, 24 Jun 2014

Luangkanlah masa dengan insan tersayang









 Meluangkan masa dengan anak2 merupakan satu aktiviti yang sentiasa mengukirkan senyuman di bibir.  Automatik kita tersenyum melihat kegembiraan yang jelas terbit di wajah mereka. Ikatan kasih sayang ini bukan sahaja di antara ibu bapa dan anak2 tetapi sesama adik beradik mereka juga.  Perebutan Kakak dan Abang untuk bermain gelongsor dengan adik sedikit pun tidak mengundang kemarahan atau kejengkelan tetapi satu keseronokkan.  Kakak dan Abang sayang adik mereka. Alhamdulillah.

Karekter shifa sebagai seorang kakak sangat jelas.  Ini lah peluang kita sebagai ibu bapa membaca dan melihat karekter anak2 untuk kita perbaiki kelemahan mereka dan untuk kita tambah baik kelebihan mereka. Meluangkan masa dengan anak2 bukan sahaja bermakna menggembirakan hati anak2 tetapi juga merupakan salah satu cara untuk kita melihat dan mengenali anak2 kita dengan lebih mendalam.  Dengan cara ini, kita akan dapat tahu pendekatan yang sesuai terhadap anak2 kita untuk memperbaiki kelemahan yang mungkin mencalarkan masa depan mereka.  Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?? Lagi pun, siapa lah yang tahu apa akan terjadi masa hadapan....ianya rahsia Allah.

Jika ditakdirkan, dia seorang yg mengecewakan juga, sekurang2nya kita telah bertindak untuk membentuk mereka daripada sekarang....dan jika ditakdirkan mereka seorang yang menyejukkan hati ibu bapa, berbaloi lah kita luangkan masa dengan mereka.  Anak2kan amanah Allah....kita tunjukkan sehabis baik...

Semoga Ramadhan yang bakal menjelang ini membawa berjuta kerahmatan. Insya'Allah.

p/s : Lokasi di atas xjauh pun...kat Taman Tasik Ampang jer...

2 ulasan: