ini bLoG saya puNya....

Khamis, 19 Jun 2014

Bantu selagi mampu....

Assalamualaikum,

Semoga sahabat sekalian di dalam keadaan yang dirahmati dan diberkati, amin.

Dua tiga menjak ni tiHa banyak berfikir bagaimana nak bantu mak mertua yang tengah hidup susah di kampung.  Pekerjaan tetapnya sebagai penoreh getah juga tak mampu menanggung kehidupannya kerana kejatuhan harga getah dan juga keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Maka, si tua itu cuba-cuba berniaga meletakkan rempeyek di kedai2 dan ianya hanya lah sekadar untuk mendapatkan sesuap nasi. tiHa berdoa pada Allah, supaya anak2 tiHa nanti tidak menjadi seperti pakcik2 dan makcik mereka yang kurang prihatin terhadap kesusahan ibunda mereka di kampung, apatah pula, bapa mertua pada bulan ini genaplah 6 bulan dia meninggalkan kami.

Oleh kerana tiHa sendiri, tidak mempunyai kemampuan untuk membantu dari segi kewangan, tiHa cadangkan untuk mengkomersialkan rempeyek ibu mertua di pejabat supaya si tua ini mempunyai 'duit raya' untuk beraya.

Moga kesusahan orang tua ini bersifat sementara dan dipermudahkan kehidupannya kelak, insya-allah.

tiHa jualkan rempeyek mak....kalu ada yang teringin merasa kehebatan rempeyek che som kg.tualang, beruas, perak....jemput lah membeli, sila lah pm ye....

sebalang 50kpg = RM17
              100kpg = RM30

p/s : nnt tiHa upload gambar rempeyek...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan