ini bLoG saya puNya....

Rabu, 9 Julai 2014

Ragam anak xpernah menjemukan.....hihihi

Salam ramadhan,

Untuk minggu ke-2 berpuasa ni....beberapa perkara yang menggelikan hati berlaku.  Anak-anak memang pelawak no.1, ada saja karenah yang menggeramkan hati tp menjadi lawak pulak....

Senario 1
Wafiy   : Mama, abang nanti nak jadi bomba.
Shifa    : Kakak lak nak jadi polis
Wafiy   : Jannah nanti jadi ticer siti (cikgu di taska anak)
Mama  : Aik..? nape pulak?
Wafiy   : sbb jannah garang...suke marah abang...

Mama ketawa.  Dah la jannah baru setahun 3 bulan....mmg diakui dia sangat garang....tp mcm cikgu kat sekolah?? itu maknanya wafiy memang selalu kena marah dgn ticer kat sekolah....hahaha...

Senario 2
Kami baru balik dari terawih.  Masa dalam perjalanan balik....
Wafiy   : Mama, abang dah tau dah macamane nak baca doa..
Mama  : Bagusss...ce abang baca sket mama nak dengar
Wafiy   : (hanya mengumatngamit kan mulut) haaa...macam tu la...

Mama ketawa lagi.... Anak2 memang memerhati.  Anak2 dalam proses belajar dengan memerhati sekeliling mereka.  Macam jannah...masa mak adik(panggilan utk adik saya) tengah buat cookies, dia menggayakan semula cara2 buat cookies tu.  Kemudian dia tahu sikat utk apa, cotton bud utk apa dan berus gigi untuk apa.  Walau pun belum pandai bercakap tp dia tahu kegunaan barang2 tersebut.

Hari ini merupakan hari ke12 kita berpuasa dan shifa berjaya berpuasa 7hari penuh. Kejam sangat kah mama? Tp tiHa xpaksa, cuma perlu dilatih daripada sekarang, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Kesanggupan shifa yang membuatkan mama terharu.  Dia mahu bangun sahur, dia dapat tahan lapar sehingga berbuka. Dia bersabar bila wafiy makan di depan dia, oh....shifa memang anak yang hebat walaupun usia baru 5 tahun.

Tips tiHa untuk melatih anak berpuasa :
1. sentiasa memuji anak xkira apa jua kebaikan yang dia lakukan.
2. jangan terlalu tegas, pujuk baik2 bila dia meragam nak berbuka sebelum waktu.
3. masak kegemaran anak utk berbuka.
4. terangkan pd anak secara bercerita, kenapa perlu berpuasa, apa faedahnya, dan tiha gunakan
gambar2 dan peristiwa2 dalam facebook untuk menyokong pembelajaran.
Cth : gambar2 geladangan/serangan gaza dsb - xmakan minum utk memahami kesusahan
tiHa buat hari2 tau...setiap petang sebelum mula bersilat kat dapor...
5. ajak solat bersama, biasanya kalu dah solat, secara automatik kita akan buat mende2 baik.
lagi pun ustaz dah cakap...nak ajar anak ajarlah solat dulu, biasanya orang yang solat akan berpuasa.
InsyaAllah boleh.  Tiha pun cuba berhijrah ke arah kebaikan ni. Moga ramadhan kali ini membawa berjuta rahmat kepada kami sekeluarga. amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan