ini bLoG saya puNya....

Khamis, 3 Julai 2014

Berakalkah manusia bl meracun kucing

Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Alhamdulillah dipertemukan dalam Ramadhan yg penuh barakah ini.

Sungguh pun begitu, terlahir rasa kesal dan sedih di atas tindakan manusia yang xberperikemanusiaan yg meracun kucing2 saya kerana kebencian mereka terhadap binatang.  Kalu benar kucing saya mengganggu hidup mereka, kenapa tak diserang tuannya tetapi diserang binatang yg sah-sah tak berakal itu.  Di saat saya menaip entry ini, memang sy sangat beremosi.  

Sy doakan moga pelaku itu sedar kesilapannya dan tidak mengulangi perkara2 spt ini pada binatang2 lain.

ibu diracun, anak menyusu pun terkena
sy tak sempat menyelamatkan mereka...uhuk!!

Tiha ada melayari beberapa blog yg memberi info2 berkaitan rawatan kucing keracunan, namun sayang tiHa sangat terlambat untuk menyelamatkan mereka, Ada yang kata :-

1. beri minum air garam (bancuhan sendiri@yg doktor bagi bila kena cirit birit tu) untuk membantu sistem badan kucing supaya tidak dehydrate.
2. beri ubat charcoal yg hitam tu (biasanye doktor bagi kita utk buang angin kalu kita kena cirit birit) ditumbuk dah dilarutkan dalam air dan bagi kucing minum. ubat ini akan menyebabkan kucing muntah mengeluarkan racun yg dimakan dan membantu menyerap racun2 dalam darah.
3. segera bawa berjumpa doktor haiwan.

Tanda2 kucing keracunan ialah :

1. kucing kite melepek je (xaktif)
2. air kencing mereka bercampur darah
3. mulut kucing mengeluarkan buih2
4. kucing xnak makan/minum
5. muntah

Kita kena bertindak segera, kalu tidak jadi macam tiHa la, dah terlambat.......huhuhuhu...!!!

1 ulasan: