ini bLoG saya puNya....

Khamis, 17 Julai 2014

Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41

Salam Kasih Sayang untuk semua,

Tup tap tup tap dah 18 hari ek puasa.....begitu pantas masa berlalu...
Di bulan yang penuh barakah ini, tiHa bermohon kepada Allah s.w.t semoga diperluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan bukan sekadar sepanjang ramadhan, tetapi sepanjang hayat...amin.

Intipati sebenarnya, di bulan mulia ni pada 16 Julai 2014 iaitu semalam, tiHa dapat panggilan temuduga untuk jawatan N41. a'ah ni dah kali ke 6@7 tiHa try nak jadi pegawai kat sini sementelah 9 tahun bekerja di RISDA, tp Allah Maha Mengetahui, ada sebab musabab tiHa belum dikurniakan jawatan tu. Dan tiHa belum pulak berputus asa untuk terus mencuba, mana lah tahu ramadhan 1435 ini membawa satu berita baik, bukankah rezeki juga rahsia Allah??

Suka untuk tiHa berkongsi (sharing is caring, right?) di sini, beberapa soalan yang ditanya semasa temuduga.  Senarionya, kami dipanggil 6 orang sekali gus.  Temuduga secara berkumpulan.  Stress juga, huhuhuhu..!!

Sesi Pertama :
Sesi perkenalan - sila perkenalkan diri anda, nama dan jawatan, pengalaman bekerja dan jurusan yang diambil.

Sesi Kedua :
Perbincangan - memandangkan tiHa tergolong dalam staf yang memohon, soalan ini ditanya berkaitan RISDA : Menuju Wawasan 2020, mampukah pekebun kecil (penoreh getah) mencapai pendapatan Rm4k sebulan? Ya atau tidak, huraikan.

Sesi Ketiga :
Soalan yang ditanya oleh panel kementerian : NKRA telah diperkenalkan oleh YB Perdana Menteri sebanyak 6+1. Apakah ia? huraikan dan adakah RISDA menjayakannya?

Sesi Keempat :
English session : How to create team work? Describe.

Sesi Kelima :
Soalan terakhir : Berikan tiga kelebihan masing2 yang boleh menjadi penyebab untuk anda dipilih sebagai Pegawai Tadbir.

Alhamdulillah, soalan2 tersebut tiHa boleh la jawab, cumanya kurang keyakinan sbb tiHa akui tiHa sangat lemah untuk 'menggoreng' bab-bab fakta ni. cumanya, dipermudahkan kebetulan tiHa ada la study sikit2 pasal GTP, NKRA and NKEA tu. Even, tiHa study bab GST, Palestine, Hak2 keistimewaan Melayu juz untuk preparation.

Sekarang, terpulang lah pada rezeki, ada lah tu kalau Allah nak bagi.  TiHa mmg tak meletakkan harapan yang tinggi sbb kekosongan hanyalah 2, tetapi permohonan ada lebih kurang 11ribu orang, dan yang dipanggil interview sebanyak dekat 1ribu orang gak ler....

berdoalah moga ada rezeki tiHa tahun ni, insya-allah.amin.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum..semoga brjaya dlm tmuduga. Saya jg dpt pnggilan tmudga peg tadbir bln ogos ni.. nak tanya bole, peg tadbir kat risda bidang tugas dia mcmana ya..
    Emmm..ramainya yg dpt panggilan tmuduga, sy rasa mcm rendah diri je n tak la brharap sgt sbb pengalaman krja pn xde ni huhu...dgn kekosongn jwtn 2 je..apapun sy try je la drpd xde usaha lngsungkan.
    Harap dpt tips lg dr sis ya...dan sy doakan smoga sis jg brjaya dlm tmuduga tu.. wslm. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam & Terima Kasih Dik Tanpa Nama,
      Sis doakan anda juga berjaya dalam temuduga anda.
      Secara amnya, tugas peg tadbir di RISDA sama je mcm tempat lain, secara khususnya pula, ada yang ditugaskan mengikut department tertentu mengikut bidang dlm department tersebut.
      Sis harap jangan rasa rendah diri sbb kita sekadar mencuba nasib. Sis sendiri telah mencuba nasib di RISDA sudah 7x, xkira cubaan lain2 badan kerajaan. Rezeki itu rahsia Allah. Semoga berjaya dan terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

      Padam
  2. BAGAIMANA SEKARANG? MASIH DI RISDA LAGI KE

    BalasPadam