Assalamualaikum,
Entry kali ni adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Jika ianya berguna untuk anda dialu2kan untuk diamalkan. Jika tidak, pelisssssss jangan berfikiran prejudis pd saya...huhuhuhu...!!!
entry lepas, tiHa cuba kesan ciri-ciri anak hiperaktif adakah ianya sepadan dengan tingkah laku wafiy pada ketika ini. dan........kebanyakkannya ada pada wafiy...uhuk!! patut la, ticer dia komplen memacam, dan dia pun xreti diam walau sesaat, baru lepas nangis kena rotan pun lepas tu akan buat perangai lagi.
Maka, tiHa pun mulakan misi meneroka segala laman sesawang untuk mencari penyelesaian bagi mengawal kanak2 hiperaktif. (tiHa tak bawa jupe doktor pun...sendiri jadi doktor...hahaha..!!)
Cara2 atasi kanak2 hiperaktif :
Sudah pasti ibu bapa dan guru sama2 memainkan peranan yang sangat besar dalam menangani anak2 hiperaktif ini. Jadi antara perkara yang perlu dilakukan ialah :-
1. Mengumpul/membaca seberapa banyak yang mungkin info berkenaan kanak2 hiperaktif untuk pengetahuan ibu/bapa/guru itu sendiri.
2. Mengenal pasti kelebihan anak
3. Memantau dan membantu anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya
4. Menyediakan ruang yang bersesuaian dgn energinya
5. Ajak anak bermain supaya dia dapat melepaskan energinya
6. Ajak anak melakukan kerja-kerja rumah supaya energinya tersalur di tempat yang betul. contohnya, menyapu rumah/ mengelap tingkap/ basuh kereta/ basuh pinggan.
7. Pastikan ibu/bapa/guru sentiasa berkomunikasi dengan anak. Sentiasa mendengar dan ambil peduli dengan apa jua cerita yang disampaikan. Betulkan mana yang tidak kena.
Oh...banyak lagi sebenarnya...tp 'keyword' sebenar adalah pada ibu bapa/guru. baca macam senang tp percayalah ianya tak semudah itu. di pihak guru pula, ianya sudah pasti satu cabaran besar kerana perlu mengawal dan memantau bukan seorang murid tapi lebih 10 orang.
Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga, moga2 kami dapat menjalani ujian Allah ini sehabis baik, amin ya rabbal alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan