Assalamualaikum,
Wow...siyes je bunyi tajuk post kali ni kan....biaq betuiii....dah la lama xupdate pastu tajuk macam nak berdebat/berpidato plak kan? kan? hihihi....
Kalau baca di FB nampak 'trending' plak pasal budak2 gadoh kat sekolah tu. Sekali rupa2nya kes ejek-mengejek ni masih lagi berleluasa dari zaman ahkak sekolah dulu nim. Yang dalam fb dok maki2 budak yang memukul tu, mula berator mintak maaf. si mangsa plak daripada kesian terus menerus orang mengata pulak. Alahaiiii......
Tapi part yang paling best yang membuatkan tiHa terbuka hati nak taip kat sini......ada plak 'cendiakawan' negara keluarkan statement GURU PUNCA MASALAH DISIPLIN...really?????? Tu yang tetiba laju tangan nak menaip, berkobar2 jiwa nak berdebat....dah kenapa nak salah cikgu pulak??? sebelum tu nak komfemkan kat korang....SAYA BUKAN CIKGU...sapa yg baca blog ni dari dulu, tau dah apa keje saya dan di mana saya keje....so post saya ni bukan kerana saya ni cikgu tp saya sangat tidak bersetuju untuk menyalahkan cikgu di atas kesilapan ibu bapa.
Anak-anak yang dilahirkan dari benih dan rahim siapa? Dia lah yang pertama sekali perlu memikul tanggungjawab untuk mendidik anak2. Fikir logik la sket, kita ni ada anak paling ramai secara purata pun 4-6 orang anak. Tu pun dah buat kita pening, hangin, serabai dan sewaktu dengannya. Kat sekolah, satu kelas 40 orang, mampukah seorang guru nak didik kesemuanya?
Dan yang pentingnya, PENDIDIKAN BERMULA DARI RUMAH...sapa ada kat rumah? setiap rumah ada cikgu ke? aiseh.....emo betullah..........hahaha!!
Kita sebagai ibu bapa adalah model kepada anak-anak. Jadi, kita lah perlu tunjuk cara yang betul. Betul kita pernah buat salah masa kita umur seperti mereka, so, takkan kita nak anak2 kita ulang perkara yang sama. Anak-anak nakal bukan kerana itu perangai gurunya tp itulah perangai ibu bapanya masa dulu. eh eh...takkan itu pun tak tahu? saya pun bukannya pandai sangat, saya sendiri ada 4 orang anak yang perlu dididik, tp tidak sekelumit rasa untuk menolak tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Bila dah jadi ibu bapa ni, pleeeeeeeaaaseeeee lah berani pikul tanggungjawab. Jangan asek nak tuding jari kat orang, macam awak tu ma'sum plak...adoiilah....pastu mengharapkan cikgu plak yang perbetulkan anak kita....ish..xkena macam tu....anak2 kita, kita sepatutnya lagi kenal...anak2 kita dapat gen xy dari kita pe...so, kita la patutnya yang didik anak kita ke arah yg sepatutnya.......
Siyes memang saya emo.....kalau bukan kerana gen sekali pun, contohnya ambil anak angkat untuk kita bela....pastu hantar pi sekolah kata tanggungjawab cikgu plak? yang kita amek bela dia jadi anak angkat tu buat apa?
Kesian kat Guru2 ni sebenarnya, bila diorg nak didik...jentik pun xboleh, sikit2 report polis...saman bagai....bila anak jadi syaitonnirojim nak salah kan cikgu jugak...dah tu korang nak cikgu buat cemana? yg korang sebagai ibu bapa ni buat apa sebenarnya?
*****saya beri izin guru anak2 saya rotan anak saya dengan tujuan mendidik....asalkan tidak memudaratkan rotanlah asalkan anak saya jadi Manusia Yang Beriman...Manusia Yang Soleh/Solehah....tanggungjawab guru besarrrrr....BESAR lagi tanggungjawab sebagai Ibu Bapa...Guru dan Ibu Bapa patutnya kena ada chemistry yang kuat untuk sama2 pikul tanggungjawab mendidik umat Rasulullah.....pada mereka2 yang tersinggah di laman ini, jom la kita sama2 beringat dan saling mengingati bahawasanya tanggungjawab mendidik anak ini adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul dengan penuh amanah. wallahua'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan