ini bLoG saya puNya....

Selasa, 13 Disember 2016

Integriti - Syamsul Debat

Assalamualaikum

Semoga pembaca yang menyinggah di laman sesawang ini dirahmati dan berada di bawah Lindungan Allah SWT.  Terima kasih kerana sudi membaca waima laman ini sekejap aktif se'lama' pasif.  Huhuhu....

Apa pun, tertarik yang amat untuk tiHa kongsikan bersama pengalaman menarik berseminar di Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) hari ini 1 Disember 2016.  

Wuhuuuuuuu......dapat bersemuka dgn Syamsul Debat uoLLLLLLS.....waaaaaaaaaa.... !!!!

Tau tak, tiHa punya ketawa dalam Seminar INTEGRITI sampai sakit2 kepala...melampau kan??
Biasanya bila sebut pasal INTEGRITI mmg bosan de very ye tak? Alhamdulillah, Syamsul Debat berjaya menawan hati pesertanya dgn gelak tawa tetapi padat dgn ilmu, sarat dengan mesej yang hendak disampaikan.

TiHa suka bab bila dia sebut kebahagiaan bukan berpunca dari apa yang kita ada, tetapi ianya adalah sikap kepada apa yg kita ada.  Dari ayat macam keliru, tp penerangan yang diberi memang jelas, terang lagi bersuluh....perghh...!! Mensyukuri nikmat membawa ke arah kebahagiaan.  Tak semestinya duit berlambak itu adalah kebahagiaan.  Tak semestinya naik pangkat itu kebahagiaan.  Begitu juga kalau dapat berkahwin dgn pilihan hati itu kebahagiaan tetapi cara kita mensyukuri, melayani apa yang kita ada itu adalah kebahagiaan.  Dapat isteri pilihan ibu, jika bersikap optimis, redha dan bersyukur, natijah nya adalah kebahagiaan hati.  Tak dapat naik pangkat, tapi dikurniakan masa yang berkualiti dengan anak2 dan isteri...itu juga digelar kebahagiaan.  Tapi...apa kaitan integriti dan kebahagiaan ni ek????

Integriti adalah salah satu komponen menjurus ke arah kebahagiaan.  Integriti juga sikap untuk kita bertindak ke arah kebahagiaan.....perghhh...korang kena sesekali berpeluang...pergi dengar ceramah Ust. Syamsul Debat ni....puas mendengar nya...terpulang pulak pada korang nak beramal macamana...

Kesimpulan dari Syamsul Debat tadi.... DOWNLOAD LAH SOFTWARE SYUKUR DALAM HATI, insya Allah INTEGRITI jadi sebahagian dari kehidupan. sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan mencetuskan integriti yang tinggi dan keberkatan dalam menjalani kehidupan. Wallahu Alam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan