ini bLoG saya puNya....

Memaparkan catatan dengan label menjadi kawan anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menjadi kawan anak. Papar semua catatan

Isnin, 1 Oktober 2012

Ku petik Dosa....

perghhhhhhhh....gila tol ah citer tu..!!!

err..assalamualaikum,

korang tengok tak citer tu? tiHa......................tak tengok...hehehe...tp dgr kawan2 seopis dok cerita je hati dah panas...seb bek tiHa tak tengok...hehehe

kalau la itu senario yang berlaku dalam masyarakat kita...tidakkah cerita itu sebenarnya terlalu banyak pengajaran???? memang sakit ati...geram...tp adakah kita menganggap itu sekadar cerita yang akan bertanding untuk anugerah skrin je atau banyak moral of the story yang boleh kita amek...???

tiHa SANGAT SENSITIF bila bincang hal anak2....dari zaman tiHa kecik..sekolah...remaja...universiti.. kerja...kawin..beranak pinak...baru 33 tahun tp kiranya dah boleh tengok peredaran zaman, perubahan negatif zaman tu...isk! tiHa sendiri pun dah banyak melakukan perkara2 jahat masa remaja dulu, dah tentu2 tiHa taknak anak2 pun jadi mcm tu.....bak kata bapak tiHa, setiap kali lepas solat dia akan berdoa, agar dosa2 masa lampau dia tidak dibebankan pada anak2....uhuk! walau pun begitu, kita takkan dapat lari dari balasan Allah, apa yang dah kita buat pada mak bapak kita akan berbalik balik pada kita suatu hari nanti...

sbb tu tiHa berazam untuk mendidik anak2 ni bukannya sambil lewa. ambil berat dalam segala benda. dan pernah tiHa stOrykan dulu, tiHa nak jaDi kawan pada anak2 tiHa walaupun masa tiHa dengan anak2 tak lama mana...asalkan masa itu adalah masa yang berkualiti.

pada zaman tiHa kanak2 dulu, mak dan bapak selalu membiasakan tiHa tinggal dengan mak sedara yang sekampung (masa tu tinggal kat kg. chubadak umah setinggan) supaya tiHa lebih berdikari tambah2 pulak tiHa xdek adik beradik lain sampailah umur tiHa 6 tahun. bila ada adik, layanan pada yang 'tua' ni akan berkurangan sebab mestilah beri perhatian lebih pada yang kecik ye tak? so, konsep kawan dengan anak tu tak wujud antara tiHa ngan mak. dah tu pulak, umur 13tahun tiHa dihantar sekolah asrama, yang menjauhkan lagi hubungan mak dan anak tu.  tp tidak plak tiHa kata hantar anak ke asrama tu tak bagus plak eh.....maka sebab itu lah, tiHa tak rapat ngan mak bapak dan tak pernah cerita2 perihal diri kat mak bapak termasuklah ada boifren ke, nak kawin dulu pun terketar nak bgtau bapak...hahahhaha...!!!

so, tiHa rasa tiHa xmO anak2 tiHa melalui zaman macam tu......tak ramai kawan kat luar pun xpe janji mama sentiasa jadi kawan anak2 mama....(sebak plak)

kaitannya dengan cerita "ku petik dosa" tadi nih....sbg parents kita perlu lebih prihatin kenapa anak kita taknak sekolah/ke rumah pengasuh or ada pekara2 yang dia xnak buat tu. ye kita sebuk cari duit untuk menyara kehidupan tp harta sebenar kita adalah anak2.

anak2 tiHa baru 3 dan 2 tahun, so belum nampak lagi hasil didikan tu, tp dari sekarang lah tiHa mencuba untuk apa saja yang terbaik supaya mereka tidak melalui detik2 hitam dalam kehidupan...(pergh ayatttt...) ada orang kata, selagi tak kena, kita takkan faham.....tp xkan tiHa nak biarkan dah terkena baru nak beria..selagi tak kena ni lah nak mengelak...dah kena sok serupa "nasi dah jadi bubur"................


p/s : cerita zaman kanak2 tiHa bukannya bermaksud memburukkan mak dan bapak tiHa, mana ada mak bapak yang tak sayang anak cuma expresi sahaja yang berbeza...tiHa dah tua cani baru sedar kasih sayang mak bapak tu, tp tiha tak anggap itu dah terlambat, selagi hidup ni tiHa cuba untuk tidak menyusahkan mereka.  tiHa tak pernah luahkan rasa sayang pada mak bapak tp tak bermakna tiHa tak sayang, tiHa faham sbb mak & bapak dulu pun xpernah cakap sayang pada anak2, marah lagi ada lah...tp marah tu lah sbnrnya luahan kasih sayang mereka!


Rabu, 26 September 2012

Malam pertama tanpa ketiak papa.....

salam frenza...

as i told before, papa joe gi outstation ke kuantan...so, malam tadi anak dara tiHa tidOq tanpa ketiak papa nya....syukur alhamdulillah, xlah masalah besar sangat....ajak main rimau2, cerita sangkangcil dan buaya lah..monyet dan cili lah...kerbau dan buaya la....akhirnya terlelap gak.....TANPA GANGGUAN.....fuh!

bangun pagi ni pun, tanpa sebarang masalah melainkan mama nya lama benOr gosok baju buat kelam kabut nak mandikan anak la...nak pack baju anak2 la....last2 gi punch card dulu baru gi taska...hehehe..!!

pada kebiasaannya.....belum kul9 kitorang dah lepak atas katil...tu dah siap sme dah tu...dah makan dah mandi dah kemas apa yg patut...kalu basuh baju dah siap sidai dah pun....cumenya kadang2 tak basuh pinggan...err kadang2 ke? hahahhahah...!!! tu kalu u ollz dok cerita pasal runtun qalbu ke, adam dan hawa ke or apa2 drama memang tiHa angkat tangan surender tak tau...hihihihi...tiHa buat drama sendiri dengan anak2 kul9 mesti atas katil tak semestinya tidor tau...time tu le nak beramah mesra/berkomunikasi/interview and ekceli time dia belajar gak tu....sbb mama akan tanya apa yg dia belajar kat sekolah siang tadi, andai dia jawab belajar baca doa, mama soh la dia baca doa tu balik....and...apa yang dia belajar semalam yang mama dah tanya semalam, mama soh ulang balik......err..boring eh mama camni? isk!

tu je le time masa dgn anak2....dalam masa sejam tu le kalu buleh tiHa nk jadikan masa yang berkualiti. masa untuk mendengar dan memahami anak2....dia dah luangkan masa lebih di taSka...so dia akan ramai KAWAN di taSka...tp pada masa yang sama, masa yang sedikit dengan mama ni pun, mama nak jadi KAWAN anak2...boleh? tiHa memanG kedekut dengan anak2...nak beli maCam2 itu ini memanG xleh laaaa...tp tiHa cover cara lain...bawak anak berpOya2 gi taman ke, gi funfair ke, gi mandi sungai ke, mandi laut ke..cuti2 mesia ke...janji masa tu kitorang luangkan bersama...ewah...!

pastu sembang ngan adik tiHa berkenaan mak tiHa nak sekolahkan shifa kat sentul. dia nak 'tolong' tiHa xmo anak2 susah. entah cane tiHa ada pendapat lain pasal tu.  pada tiHa skrg ni dah bukan masa mak membela cucu plak...zaman mak bela anak2 kecik ni dah lepas. dia dah rasa kenakalan anak2 masa kecik. jadi tiHa nak bagi mak peluang rehat setelah penat lelah dulu. tkpe tiHa susah...memang itu lah sepatutnya seorang ibu bapa tu rasa penat lelah bela anak. kalu tiHa lepaskan tanggungjawab tu semua kat mak, buat apa tiHa beranak pulak? skrg mungkin tiHa cakap camni, akan datang belum tau lagi kot berubah pendapat pulak....tp kalu panjang umur, andai tiHa bercucu pulak esok, biar tanggungjawab ibu bapa tu dipegang oleh anak2 tiHa.  tiHa sayang mak dan tiHa ucap terima kasih banyak2 dan tak terbalas pun jasa mak tu, tp tak bermakna tiHa tak bagi mak bela cucu maksudnya tiHa nak melawan mak....atau pun dengan memberi mak bela cucu antara cara membalas jasa mak....yang penting tiHa nak mak paham...tiHa tak nak menyusahkan mak lagi setelah akak dulu dah banyak pun menyusahkan mak. (isk..sebak plak)