ini bLoG saya puNya....

Isnin, 1 Oktober 2012

Ku petik Dosa....

perghhhhhhhh....gila tol ah citer tu..!!!

err..assalamualaikum,

korang tengok tak citer tu? tiHa......................tak tengok...hehehe...tp dgr kawan2 seopis dok cerita je hati dah panas...seb bek tiHa tak tengok...hehehe

kalau la itu senario yang berlaku dalam masyarakat kita...tidakkah cerita itu sebenarnya terlalu banyak pengajaran???? memang sakit ati...geram...tp adakah kita menganggap itu sekadar cerita yang akan bertanding untuk anugerah skrin je atau banyak moral of the story yang boleh kita amek...???

tiHa SANGAT SENSITIF bila bincang hal anak2....dari zaman tiHa kecik..sekolah...remaja...universiti.. kerja...kawin..beranak pinak...baru 33 tahun tp kiranya dah boleh tengok peredaran zaman, perubahan negatif zaman tu...isk! tiHa sendiri pun dah banyak melakukan perkara2 jahat masa remaja dulu, dah tentu2 tiHa taknak anak2 pun jadi mcm tu.....bak kata bapak tiHa, setiap kali lepas solat dia akan berdoa, agar dosa2 masa lampau dia tidak dibebankan pada anak2....uhuk! walau pun begitu, kita takkan dapat lari dari balasan Allah, apa yang dah kita buat pada mak bapak kita akan berbalik balik pada kita suatu hari nanti...

sbb tu tiHa berazam untuk mendidik anak2 ni bukannya sambil lewa. ambil berat dalam segala benda. dan pernah tiHa stOrykan dulu, tiHa nak jaDi kawan pada anak2 tiHa walaupun masa tiHa dengan anak2 tak lama mana...asalkan masa itu adalah masa yang berkualiti.

pada zaman tiHa kanak2 dulu, mak dan bapak selalu membiasakan tiHa tinggal dengan mak sedara yang sekampung (masa tu tinggal kat kg. chubadak umah setinggan) supaya tiHa lebih berdikari tambah2 pulak tiHa xdek adik beradik lain sampailah umur tiHa 6 tahun. bila ada adik, layanan pada yang 'tua' ni akan berkurangan sebab mestilah beri perhatian lebih pada yang kecik ye tak? so, konsep kawan dengan anak tu tak wujud antara tiHa ngan mak. dah tu pulak, umur 13tahun tiHa dihantar sekolah asrama, yang menjauhkan lagi hubungan mak dan anak tu.  tp tidak plak tiHa kata hantar anak ke asrama tu tak bagus plak eh.....maka sebab itu lah, tiHa tak rapat ngan mak bapak dan tak pernah cerita2 perihal diri kat mak bapak termasuklah ada boifren ke, nak kawin dulu pun terketar nak bgtau bapak...hahahhaha...!!!

so, tiHa rasa tiHa xmO anak2 tiHa melalui zaman macam tu......tak ramai kawan kat luar pun xpe janji mama sentiasa jadi kawan anak2 mama....(sebak plak)

kaitannya dengan cerita "ku petik dosa" tadi nih....sbg parents kita perlu lebih prihatin kenapa anak kita taknak sekolah/ke rumah pengasuh or ada pekara2 yang dia xnak buat tu. ye kita sebuk cari duit untuk menyara kehidupan tp harta sebenar kita adalah anak2.

anak2 tiHa baru 3 dan 2 tahun, so belum nampak lagi hasil didikan tu, tp dari sekarang lah tiHa mencuba untuk apa saja yang terbaik supaya mereka tidak melalui detik2 hitam dalam kehidupan...(pergh ayatttt...) ada orang kata, selagi tak kena, kita takkan faham.....tp xkan tiHa nak biarkan dah terkena baru nak beria..selagi tak kena ni lah nak mengelak...dah kena sok serupa "nasi dah jadi bubur"................


p/s : cerita zaman kanak2 tiHa bukannya bermaksud memburukkan mak dan bapak tiHa, mana ada mak bapak yang tak sayang anak cuma expresi sahaja yang berbeza...tiHa dah tua cani baru sedar kasih sayang mak bapak tu, tp tiha tak anggap itu dah terlambat, selagi hidup ni tiHa cuba untuk tidak menyusahkan mereka.  tiHa tak pernah luahkan rasa sayang pada mak bapak tp tak bermakna tiHa tak sayang, tiHa faham sbb mak & bapak dulu pun xpernah cakap sayang pada anak2, marah lagi ada lah...tp marah tu lah sbnrnya luahan kasih sayang mereka!


2 ulasan:

  1. tau la ko skolah dulu kena buli je... semua orang buli ko termasuk la orang gila... heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tepat sekali...dan 1 lagi...aku nak kawan dgn anak2 aku untuk pastikan dia tak berkawan dgn orang cam ko...stress!!! hahahahhahaha.....

      Padam