ini bLoG saya puNya....

Selasa, 14 Oktober 2014

MY NEW PHASE OF LIFE....

Assalamualaikum,

Didoakan anda yang sudi menyinggah ke blog sy yang tak seberapa ni dimurahkan rezeki dan dikurniakan bahagia tiada berpenghujung.

Alhamdulillah, hari ini genap 14hari saya bergelar pegawai tadbir N41 di RISDA bertugas di bahagian paling sibuk iaitu Bahagian Komunikasi Korporat.  Sy masih baru belajar dan terlalu banyak yang perlu dipelajari sehinggakan masa berdetik menjadi terlalu pantas.

Dalam masa 14hari ini, baru semalam dan hari ini saya berada di pejabat mengadap pc. Eh eh jap...siapa kata keje gomen asek goyang kaki je??? huihuhhuhuhuhu.....lagi 12 hari tolak cuti 5 hari berbaki 7hari, sy banyak ke lapangan bertugas menjadi Pegawai Perhubungan Awam gitu... Tapi saya happy walau pun susah sbb baru pada saya nanti lama2 okay la tu....dari segi kerja Insya-Allah bukan masalah besar pada saya untuk belajar, dan dah tentu2 masalah utamanya ialah untuk menghadapi masalah daripada faktor manusia....SIKAP....

**Ya Allah, ko tabahkan lah hatiku dan kuatkan lah imanku.  Semoga urusan Hidup & Matiku dipermudahkan olehMu Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Lagi Maha Mengetahui.  Amin.

Khamis, 18 September 2014

Anak Hiperaktif...cane nak handle??

Assalamualaikum,

Entry kali ni adalah untuk mengingatkan diri sendiri.  Jika ianya berguna untuk anda dialu2kan untuk diamalkan. Jika tidak, pelisssssss jangan berfikiran prejudis pd saya...huhuhuhu...!!!

entry lepas, tiHa cuba kesan ciri-ciri anak hiperaktif adakah ianya sepadan dengan tingkah laku wafiy pada ketika ini. dan........kebanyakkannya ada pada wafiy...uhuk!! patut la, ticer dia komplen memacam, dan dia pun xreti diam walau sesaat, baru lepas nangis kena rotan pun lepas tu akan buat perangai lagi.

Maka, tiHa pun mulakan misi meneroka segala laman sesawang untuk mencari penyelesaian bagi mengawal kanak2 hiperaktif. (tiHa tak bawa jupe doktor pun...sendiri jadi doktor...hahaha..!!)

Cara2 atasi kanak2 hiperaktif :

Sudah pasti ibu bapa dan guru sama2 memainkan peranan yang sangat besar dalam menangani anak2 hiperaktif ini. Jadi antara perkara yang perlu dilakukan ialah :-

1.  Mengumpul/membaca seberapa banyak yang mungkin info berkenaan kanak2 hiperaktif untuk pengetahuan ibu/bapa/guru itu sendiri.

2.  Mengenal pasti kelebihan anak

3.  Memantau dan membantu anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya

4.  Menyediakan ruang yang bersesuaian dgn energinya

5.  Ajak anak bermain supaya dia dapat melepaskan energinya

6.  Ajak anak melakukan kerja-kerja rumah supaya energinya tersalur di tempat yang betul.  contohnya, menyapu rumah/ mengelap tingkap/ basuh kereta/ basuh pinggan.

7.  Pastikan ibu/bapa/guru sentiasa berkomunikasi dengan anak.  Sentiasa mendengar dan ambil peduli dengan apa jua cerita yang disampaikan.  Betulkan mana yang tidak kena.

Oh...banyak lagi sebenarnya...tp 'keyword' sebenar adalah pada ibu bapa/guru.  baca macam senang tp percayalah ianya tak semudah itu.  di pihak guru pula, ianya sudah pasti satu cabaran besar kerana perlu mengawal dan memantau bukan seorang murid tapi lebih 10 orang.

Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga, moga2 kami dapat menjalani ujian Allah ini sehabis baik, amin ya rabbal alamin.

Rabu, 17 September 2014

Anak Hiperaktif....musibah atau hikmah?

Assalamualaikum,

Sejak dua tiga menjak ni, guru tadika wafiy meluahkan perasaan betapa sukarnya mengawal wafiy yang semakin terserlah kenakalannya. *sigh.

Wafiy nakalnya ketika bermain. Main kasar : jenis tengah syok main tetiba sepak la, tumbuk la, terajang la.... *aduhaiii la anak bertuah.

ticer takut kalau2 ada anak2 tadika yang lain mengadu kat ibubapa mereka disebabkan 'kenakalan' wafiy.  kata ticer, ticer taknak ada aduan daripada ibu bapa, ya, secara logiknya memburukkan imej tadika sbb guru xdapat kawal anak2 muridnya.

tiHa cuba surf utk dapatkan info berkenaan anak2 hiperaktif.  Dan, tanda2 kanak2 hiperaktif ada pulak pada si wafiy...hiperaktif kah dia???

Tanda2 kanak2 hiperaktif boleh dilihat dalam 3ciri utama.

1. HIPERAKTIVITI
- susah duduk diam
- suka menggerakkan kaki/tangan di tempat duduk
- berlari  / memanjat ke sana-sini
- banyak bercakap

2. TEMPOH TUMPUAN YG KEJAP
- susah bagi tumpuan dlm kelas/ arahan
- gagal mematuhi arahan/ menyiapkan tugas/kerja sekolah
- selalu kehilangan barang (pensil/pemadam/pembaris/pensil warna)
- cepat jemu bila buat sesuatu (buat kerja sekolah/menonton tv/bermain basikal)

3.  BERTINDAK IMPULSIF (luar jangka)
- menjawab soalan yg belum lengkap diajukan
- kurang sabar menunggu giliran
- kerap mencelah ketika orang lain bercakap
- suka berbuat sesuatu tanpa memikirkan akibat

Kanak2 hiperaktif ini biasanya dihidapi oleh kanak2 lelaki dan memerlukan kesabaran bagi menangani kanak2 sebegini.  Kita sebagai ibu bapa, tidak boleh memandang negatif terhadap anak2 sebegini kerana anak2 ini sebenarnya adalah anak2 yang bijak.  Kitalah yang perlu mencorakkan anak2 ini supaya ianya menjadi sesuatu yang membanggakan.  Dalam entry akan datang, tiHa nak kongsi cara2 atasi, (bukan niat mengajar, tp peringatan utk diri sendiri).