ini bLoG saya puNya....

Rabu, 17 September 2014

Anak Hiperaktif....musibah atau hikmah?

Assalamualaikum,

Sejak dua tiga menjak ni, guru tadika wafiy meluahkan perasaan betapa sukarnya mengawal wafiy yang semakin terserlah kenakalannya. *sigh.

Wafiy nakalnya ketika bermain. Main kasar : jenis tengah syok main tetiba sepak la, tumbuk la, terajang la.... *aduhaiii la anak bertuah.

ticer takut kalau2 ada anak2 tadika yang lain mengadu kat ibubapa mereka disebabkan 'kenakalan' wafiy.  kata ticer, ticer taknak ada aduan daripada ibu bapa, ya, secara logiknya memburukkan imej tadika sbb guru xdapat kawal anak2 muridnya.

tiHa cuba surf utk dapatkan info berkenaan anak2 hiperaktif.  Dan, tanda2 kanak2 hiperaktif ada pulak pada si wafiy...hiperaktif kah dia???

Tanda2 kanak2 hiperaktif boleh dilihat dalam 3ciri utama.

1. HIPERAKTIVITI
- susah duduk diam
- suka menggerakkan kaki/tangan di tempat duduk
- berlari  / memanjat ke sana-sini
- banyak bercakap

2. TEMPOH TUMPUAN YG KEJAP
- susah bagi tumpuan dlm kelas/ arahan
- gagal mematuhi arahan/ menyiapkan tugas/kerja sekolah
- selalu kehilangan barang (pensil/pemadam/pembaris/pensil warna)
- cepat jemu bila buat sesuatu (buat kerja sekolah/menonton tv/bermain basikal)

3.  BERTINDAK IMPULSIF (luar jangka)
- menjawab soalan yg belum lengkap diajukan
- kurang sabar menunggu giliran
- kerap mencelah ketika orang lain bercakap
- suka berbuat sesuatu tanpa memikirkan akibat

Kanak2 hiperaktif ini biasanya dihidapi oleh kanak2 lelaki dan memerlukan kesabaran bagi menangani kanak2 sebegini.  Kita sebagai ibu bapa, tidak boleh memandang negatif terhadap anak2 sebegini kerana anak2 ini sebenarnya adalah anak2 yang bijak.  Kitalah yang perlu mencorakkan anak2 ini supaya ianya menjadi sesuatu yang membanggakan.  Dalam entry akan datang, tiHa nak kongsi cara2 atasi, (bukan niat mengajar, tp peringatan utk diri sendiri).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan