ini bLoG saya puNya....

Rabu, 18 Jun 2014

Tips Pendidikan Awal Kanak-Kanak...

Assalamualaikum,

Tajuk entry hari ni macam 'gempak' je kan....ye tiHa belum layak untuk memberi tips, tp tak salah kalu tiHa nak kongsikan dengan sahabat2 sekalian apa yang tiHa cuba amalkan dan apa yang tiHa dengar....tips2 ni datangnya daripada nasihat kawan2 yang prihatin.

Mendidik anak pada zaman/era ini merupakan satu zaman yang sangat2 mencabar.  lagi maju negara kita, maka lagi besarlah cabarannya. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu mengambil berat dalam semua perkara.  Antara amalan yang boleh kita lakukan ialah....

1. Menzahirkan rasa sayang
Kita perlu beritahu anak2 kita bahawa kita sayang mereka...apabila kita mengucapkan sayang kepada mereka, dengan secara automatik akan terbina satu keyakinan diri bahawa kita sentiasa ada untuk mereka.
cth : "Kakak, mama sayangggg kakak."
       " I love U, abang.... I Love U kakak!!"

2. Memeluk anak tanpa perlu sebab
Kita tidak memerlukan sebarang sebab untuk memeluk anak.  Kita peluk anak2 kita bila-bila yang kita suka tak kira masa dan tempat. Ini merupakan salah satu cara bahasa badan untuk memberitahu bahawa kita sayang mereka.
cth : a. memeluk anak sebelum tidur
       b. memeluk anak ketika mereka sedang bermain
       c. memeluk anak ketika menonton tv
       d. memeluk ketika berselisih (mak nak ke dapur, anak bermain anak patung contohnya....)

3. Bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur
Ini selalu tiHa buat..hik hik hik...tp yang menariknya, walaupun mereka dah tidur, mereka bertindak balas spt menjawab 'hmmm..' atau pun mengangguk.  Cara ini dikatakan, bercakap terus dengan roh mereka dan percakapan kita pada waktu ini hendaklah perkara yang baik2 sahaja.
cth : "Mama nak abang jadi anak yang soleh"
       "abang kena dengar dan taat pada mama dan papa"
        "abang jadilah anak yang baik"
Kalau boleh, elakkan daripada menyebut "jangan" cthnya "abang Jangan nakal tau" sebabnya, kita perlu menggunakan ayat-ayat positif dan mengelakkan perkataan negatif dalam memberikan nasihat.

4. mengadakan musyawarah bersama keluarga
Kaedah ini tiHa 'sedang' usahakan.  Susah juga nak kumpulkan anak2 kecil dan suruh mereka duduk diam..huhuhu. Akan tetapi kaedah ini merupakan kaedah terbaik untuk kita menyampaikan pesanan, dan mendengar laporan/rintihan/aduan daripada anak2. Masing2 berpeluang untuk bercerita/mengadu hal masing-masing. Yang penting musyawarah ini hendaklah berkonsepkan komunikasi dua hala, kita bercakap mereka mendengar dan bila mereka bercakap kita mendengar. Mula2 akan susah untuk membiasakan diri, akan tetapi lama kelamaan mereka akan mula berseronok dan akan bertanya bila lagi nak bermusyawarah.  Tetapi, musyawarah ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap kerana mereka akan menjadi cepat jemu dan mula untuk tidak bercerita. Dicadangkan untuk bermusyawarah seminggu sekali, sebulan 2x...terpulang kepada masa dan keadaan.

5. Meluangkan masa berkualiti bersama setiap hari.
Oleh kerana zaman sekarang ini merupakan zaman kekurangan masa, ramai ibu bapa mengambil remeh berkenaan kualiti masa bersama anak-anak.  tiHa sedaya upaya untuk mengambil masa yg berkualiti, 'bonding time' dengan anak2 sekurang2nya 1/2 jam sehari.  Dalam masa 1/2jam itu tiHa main bersama mereka, tiHa ajak belajar bersama2, tiHa bercerita kisah sang kancil, tiha bacakan buku kisah2 nabi, tiHa ajak tengok facebook bersama-sama sbb dalam facebook ada gambar dan berita macam2 untuk dijadikan pengajaran. 1/2jam tu macam tak cukup sebenarnya, kalau dapat lagi lama lagi bagus kan.  Tp tugas sebagai ibu dan isteri pada masa yang sama bukan satu tugas yg mudah.  Maka, tiHa cuba juga untuk meluangkan masa yang berkualiti untuk anak2.

Ada lagi beberapa tips lain yang akan tiHa kongsikan bersama nanti.....kalu ada yang sudi tambah tiHa alu2kan.

Tadika Bintang Pintar, Taman Kosas

Salam Sya'aban,

Semoga sahabat2 sekalian dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya. Amin.

Rini tiHa nak 'throwback' susah payah mencari tadika/taska buat anak2.  Alhamdulillah, sementelah setahun lebih shifa wafiy di taska/ Tadika Bintang Pintar, ianya bukan satu sesalan.

Kebiasaannya, kebanyakan owner taska/tadika mempunyai 'business oriented' yang mengutamakan 'kuantiti' pelajar daripada 'kualiti' pelajar.  tiHa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan taska ini yang setakat ini sangat2 mementingkan 'kualiti' pelajar daripada 'kuantiti'.

Tahun lepas, shifa dapat kedudukan keseluruhan no.4 daripada 10 kalau tak salah...tp markah shifa sangat2 mengkagumkan and its mean budak yang dapat no.1 mesti dapat full marks. Dan tahun ini, shifa menunjukkan kesungguhannya dengan mendapat no.1 bagi peperiksaan awal tahun retu. semua full marks kecuali satu 98%.

Wafiy pulak baru tahun ni bertadika....budak buas macam wafiy ni mama sangat tidak meletakkan harapan yang tinggi.  Tp no.4 keseluruhan...?? not bad kan...? cumanya markah wafiy tidak lah secantik markah kakak dia tp sy tidak lah kecewa kerana memikirkan berapa pulak markah budak2 lain sbb markah macam wafiy pun boleh dapat no.4........hehehe...

Apa pun, sy mengucapkan terima kasih banyak2 pada Teacher Siti di atas kemuliaan hati dan jiwa anda mendidik anak2 saya.  Bukan dari segi akademik sahaja yang meningkat, alhamdulillah, sikap dan karekter anak2 saya juga menyejukkan perut yg mengandung.  Wafiy yang dulu sangat buas (walaupun masih buas sekarang) tp sekurang2nya mahu juga mendengar kata.  Shifa yg kuat merajuk dan keras kepala (dulu) pun ada perubahan yang sangat2 baik.

tiHa berpendapat, parents and ticer perlu kerap berkomunikasi kerana anak2 kita meluangkan masa sedarnya lebih di taska/sekolah/tadika berbanding masa dengan parents.  Dan tiHa berasa sangat beruntung walaupun tiHa tak mampu nak hantar anak2 ke sekolah berjenama (little caliph, brainy bunch, smartreader etc) tp hasilnya sangat2 memuaskan.

Oleh kerana anak2 kita berada lebih lama di taska/sekolah/tadika, itu tidak bermakna kita boleh lepaskan tanggungjawab kepada guru, kita sbg ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak2....lagi pun bukan anak orang lain....anak kita jugak....kan?

p/s ::: kalau osman baku baca entry-entry tiHa mesti migrain sbb tengok bahasa bercampur2...aduss...!!!

Selasa, 17 Jun 2014

Cadbury oh! Cadbury

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, tiHa berpeluang mencoretkan pengalaman dan pandangan kat laman sesawang sendiri, so dalam tahun ni takde le bersawang sangat yek...!!

tiHa terpanggil utk memberi pandangan iSu Cadbury ni, kalu dalam facebook cadbury ni dah jadi satu isu hangat sampai menggantikan makian b*b* tu kepada cadbury...alahaiiii.....

tiHa xde le merujuk mana2 blog or mana website, tp pada tiHa iSu cadbury ini sanggggaattt basic.  Kalu dah terdetik di hati "eh eh...betul ke cadbury ni ada dna babi" makanya very straight forward hukumnya Haram di makan...sebab telah timbul rasa was-was.

Akan tetapi, jika kita sangat yakin dgn berita yang diwar-warkan bahawasanya Cadbury itu sebenarnya halal dimakan, disahkan oleh JAKIM or percaya dgn menjamah cadbury beramai2 tu...atau pun yakin bahawasanya terdapat kesilapan masa KKM buat kajian tu....halal lah si cadbury itu tadiii.....

So, apa lagi nak kecoh2...?? tepuk dada tanya iman lah.....

**p/s : betapa banyak nya pilihan dalam hidup kita, kenapa pada yg itu juga kita nak nak??