ini bLoG saya puNya....

Memaparkan catatan dengan label taska. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taska. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2016

Taska / Tadika ------->> **Dilema Akhir Tahun**

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran kita...syukur alhamdulillah diberi kesempatan menconteng sesawang yg kian bersawang ini....hehe

Hari ini, teruja tiHa nak kongsi pasal pemilihan taska yang mana dari tiga, empat tahun yang lalu menjadi satu dilema kami sekeluarga.  Tiga tahun lepas, shifa empat tahun kalut dok cari tadika yang sesuai dengan anak, sesuai dengan bajet.....memandangkan shifa dan wafiy beza umur setahun je, jadi nak cari taska/tadika tu kenalah yang sama....senang nak urus betul tak.....?

Alkisah, dari Shifa umur 4 tahun hingga lah sekarang dah 7 tahun....asek bertukar2 taska/tadika... macam2 hal berlaku, cerewet kah mama? eh eh...bukan kah kita patut cerewet?? bagi parents yang bekerja, kualiti masa dengan anak2 semakin kurang....tp masa 'jaganya' lebih banyak di taska/tadika/sekolah.  Jadi, pemilihan taska/tadika ni bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Tambah pulak, wafiy ni aktif dia lain macam....ada taska/tadika yang kurang gembira menerima kanak2 seperti wafiy....jadi tiHa memilih tadika islam untuk wafiy.  Moga, dipermudahkan.  Alhamdulillah, tiHa berpuas hati dengan perkembangan Wafiy di tadika Islam ini.  Pelbagai aktiviti yang tiHa sendiri xmerasa tp diberi pendedahan kepada anak2 syurga ini.  Syukur dan terima kasih kepada TADIKA ISLAM KHALIFAH INSANIAH AMPANG WATERFRONT di atas didikan yang telah diberikan.  Tahun 2017 ini, wafiy dah Darjah 1, tiHa pilih Sekolah Agama untuk dia, ILMI Ampang supaya pendedahan yang diberi dari awal pra sekolah terus terpahat di minda dan jiwa anak di Sekolah ILMI pulak.  TiHa sajikan gambar aktiviti2 anak di sekolah.....becoz sumtime a picture give a thousand of words.


Moga anak2 soleh & solehah ini menghayati Kemerdekaan bukan sekadar pada pakaian.
Putera Puteri Merdeka 2016 sempena Hari Kemerdekaan Tadika KICDC, Ampang

Sempena musim haji 2016, Tadika KICDC turut mengadakan simulasi ibadah umrah, bagus kan??

siap ada replika kaabah...seronok anak-anak...

alhamdulillah, merasa Wafiy pakai ihram
Peluang yang sangat baik dijadikan pengalaman...


Abang Bomba, I luv U...!!

Shifa pun nak try juga....

Anak Dara jumpa Abang Bomba....

Setahun tak abis lagi cerita dia pasal lawatan ke Balai Bomba ni....hihihi...

Lawatan KICDC jumpa Abang Bomba...meriah..!!

Program Ihtifal...program wajib akhir tahun
Anak manja 3 tahun pun boleh di KICDC ni...




Persembahan lagu Bismillah (English Version)

Hafazan Surah2 lazim


Graduation gitu...tahun akhir di KICDC

Saya menyaran penuh ibu bapa untuk menghantar anak2 ke tadika Islam yang penuh dengan aktiviti2 keagamaan tp masih memenuhi keperluan arus zaman mengutamakan bahasa inggeris.  Anak2 saya tidak lah hebat tetapi alhamdulillah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Jika, tuan/puan berminat, layari lah facebook Tadika Khalifah Insaniah Children Development Center untuk maklumat lanjut.

Kebiasaannya, Perkara2 yang menjadi isu pemilihan taska/tadika ini ;
1. jarak atau laluan antara pejabat dan tadika
2. pengisian aktiviti / makan-minum / buku
3. YURAN berbaloi dengan pengisian/bersesuaian dengan bajet
4. keserasian guru dan anak2
5. Pentadbiran yang meyakinkan....(ni penting sbnrnya....)

Pemilihan taska/tadika ni tuan tuan puan puan sekalian.....mmg sangat penting untuk kita survey review ibu bapa lain....pengalaman saya macam2.....kita sambung entry lain plak ya...insya allah...

assalamualaikum.

Rabu, 18 Jun 2014

Tadika Bintang Pintar, Taman Kosas

Salam Sya'aban,

Semoga sahabat2 sekalian dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya. Amin.

Rini tiHa nak 'throwback' susah payah mencari tadika/taska buat anak2.  Alhamdulillah, sementelah setahun lebih shifa wafiy di taska/ Tadika Bintang Pintar, ianya bukan satu sesalan.

Kebiasaannya, kebanyakan owner taska/tadika mempunyai 'business oriented' yang mengutamakan 'kuantiti' pelajar daripada 'kualiti' pelajar.  tiHa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan taska ini yang setakat ini sangat2 mementingkan 'kualiti' pelajar daripada 'kuantiti'.

Tahun lepas, shifa dapat kedudukan keseluruhan no.4 daripada 10 kalau tak salah...tp markah shifa sangat2 mengkagumkan and its mean budak yang dapat no.1 mesti dapat full marks. Dan tahun ini, shifa menunjukkan kesungguhannya dengan mendapat no.1 bagi peperiksaan awal tahun retu. semua full marks kecuali satu 98%.

Wafiy pulak baru tahun ni bertadika....budak buas macam wafiy ni mama sangat tidak meletakkan harapan yang tinggi.  Tp no.4 keseluruhan...?? not bad kan...? cumanya markah wafiy tidak lah secantik markah kakak dia tp sy tidak lah kecewa kerana memikirkan berapa pulak markah budak2 lain sbb markah macam wafiy pun boleh dapat no.4........hehehe...

Apa pun, sy mengucapkan terima kasih banyak2 pada Teacher Siti di atas kemuliaan hati dan jiwa anda mendidik anak2 saya.  Bukan dari segi akademik sahaja yang meningkat, alhamdulillah, sikap dan karekter anak2 saya juga menyejukkan perut yg mengandung.  Wafiy yang dulu sangat buas (walaupun masih buas sekarang) tp sekurang2nya mahu juga mendengar kata.  Shifa yg kuat merajuk dan keras kepala (dulu) pun ada perubahan yang sangat2 baik.

tiHa berpendapat, parents and ticer perlu kerap berkomunikasi kerana anak2 kita meluangkan masa sedarnya lebih di taska/sekolah/tadika berbanding masa dengan parents.  Dan tiHa berasa sangat beruntung walaupun tiHa tak mampu nak hantar anak2 ke sekolah berjenama (little caliph, brainy bunch, smartreader etc) tp hasilnya sangat2 memuaskan.

Oleh kerana anak2 kita berada lebih lama di taska/sekolah/tadika, itu tidak bermakna kita boleh lepaskan tanggungjawab kepada guru, kita sbg ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak2....lagi pun bukan anak orang lain....anak kita jugak....kan?

p/s ::: kalau osman baku baca entry-entry tiHa mesti migrain sbb tengok bahasa bercampur2...aduss...!!!

Isnin, 10 Disember 2012

syukur...akhirnya jupe gak!

assalamualaikum...

sujud syukur gak tiHa kali ni....xsesia surf sana sini..round sana sini semata2 nak yang terbaik untuk anak2...akhirnya tiHa jupe gak taSka yang bersesuaian dgn kemampuan dan juga pelajaran anak2...

Taska Bintang Pintar
daftar : RM900
bulanan : RM540 (berdua shifa wafiy)
module : CAHAYAKU....

terima kasih rakan2 seofis yang sudi share info pasal taska ni...sangat dekat dengan rumah cumanya dia tersorok sket belah dalam taman kosas tu...tp persekitaran dia sangat selamat dan sesuai utk budak2.  part syok untuk shifa wafiy ialah....taska ni memang tak buat enrollment every year, dia xde marketing juz terima yg survey/recommendation camtu...so next year rakan2 sekelas shifa might be around 12 kids.  Berpeluang one week with children in class masa opening nanti utk tengok keadaan anak2 kat situ. okay pe, so shifa diberi perhatian untuk belajar, kalu dah ramai sangat nanti mgkn teacher sebuk dan tak sempat untuk ajar shifa kan....wafiy belum start sekolah...lagipun dia baru 3 tahun next year...tp utk playschool dia ada ler aktiviti2 mcmana kat bondamama dulu nyanyi2, assembly, sukan, 1,2,3 gitu...okay la at least dia tak boring nak ke sekolah....

syukur alhamdulillah, harap2 anak mama belajar ler rajin2....

Selasa, 4 Disember 2012

Pening juga nak taska kan anak yek......

Salam sahabat2kuz....

dua tiga menjak ni tiHa dok merOyan surf tenet sana ni, round sekeliling ampang ni nak cari taska yang sesuai buat shifa n wafiy....tetambah plak shifa tahun 2013 sok 4 tahun, dan wafiy 3 tahun.

Taska bondamama ampang yang mengalami crisis pada sept/oktober retu skrg dah stabil sket (kot) ehehhe...tu pun layan fb pengusaha dia sbb shifa wafiy kan dah pindah ke taska rapid kl. cane pun nak give a credit to taska bondamama, sbb walau pun mahal sket dari rapidkl at least ada syllabus untuk kanak2 bawah 3 tahun.  skrg shifa/wafiy di taska rapidkl diorang juz kasi main sampai letih je, xde aktiviti2 lain yang boleh mencabar minda sangat...so, tiHa mengambil keputusan untuk tukar taska diorang by year 2013 untuk menyekolahkan diorang. kat rapidkl tu ada...murah lak tu...tp tiHa merasakan suasanakan kat situ agak suram...................xde taman/xde tv......

well, tiHa survey dah beberapa tempat...

qdees(xtanya lak age brp)
RM400 semasa registration (termasuk baju & buku)
RM500 x 3 semester
RM265 sebulan

cahaya raudhah (start age 4)
RM1200 x 2 semester(termasuk baju & buku)
RM380 sebulan

brainybunch
RM1060 setahun
RM320 sebulan

As-syakirin
RM740 setahun
RM330 sebulan

Anugerah bestari
RM500 setahun (kot, xingat sbb quotation kat umah)
RM350 sebulan

rapidKL
RM700 setahun
RM250 sebulan

tulah antara2 taska yang dah disurvey area ampang....kawan2 ramai suggest PASTI sbb tahunan dan bulanan yang murah, masalah nya kat situ, start age 4 plak...takkan nak anto shifa taska lain, wafiy lak taska lain...?selagi boleh disekalikan...sekali lalu je senang.....kan? and yet, tiHa lum ada keputusan lagi nak hantar mana...rasa2nya kena round lagi bior pueh hati....berbaloi membayar..... rege2 tu sme untuk SEORANG kay...tiHa nak anto 2orang...huhuhuhu...nampak gaya nya gaji memang khas untuk anak2....xpe..janji anak2 mama belajar dan happy........


Rabu, 31 Oktober 2012

tuKar dah taSka utk shifa wafiy....

salam aidiladha walaupun hari ni dah 15zulhijjah... :D

2,3 menjak ni memanG sanGat malaS nak update blog sbb runsinG seh memikiokan perihal taska anak2 ni.  retu tiHa dah citer kan paSal kawan2 di RISDA kebanyakkannya berenti taSka bondamama ampang nih, ni kira perkembangan lanjut ler nih.

akhirnya, tiada siapa dah orang RISDA yang anto anak kat situ sementelah berlaku satu kejadian yang merisaukan. pekerja lelaki diorang boleh plak bergaduh kat taska siap pegang pisau daging bagaiii...isk! selamat kew?

so, tiHa confront lagi dgn penGusaha taSka tu...dia kata dia dah berentikan pekerja tersebut. hmm...penyelesaian mudah kan? dah gitu, tiHa harap peristiwa camtu tak berulang ler, takut2 nanti lagi ramai yang berenti, tp dengan rasa sedih di jiwa tiHa, dia boleh jawab, more goes out more comes in........dia dah biasa situasi camtu......

tp, shifa wafiy masih lagi bertahan kat situ sehingga lah..............isnin baru ni, dia anto sms taSka dia tutup sbb owner rumah nak naikkan sewa dan dia tak mampu nak bayar. anak2 dipindahkan ke rumah dia yang berdekatan dgn taska lama. mujurnya isnin retu tiHa bercuti raya haji lagi....so, tiHa anto hari selasa yakni semalam dengan rasa tak selesa, rumah tu tak sesuai ditaskakan.....!

balik tiHa tanya shifa, amacam kat taska baru? shifa jawab ::::::: okay je..tp sempit sikit...hehehe kecik2 lagi dah pandai komplen kan?

tiHa tanya lagi, kakak tido kat mana? kat atas ke kat bawah? shifa jawab ::::::::: tido kat bawah meja...
uik? pelik nye jawapan...bawah meja kat mana? shifa jawab :::::::::: kat luar laaaa.... tarik nafas panjang mama ko ni nakk....mama bayor mahal2, tido kat luar jek....

maka nya hari ni, mama sudah tukar taSka baru, RAPID KL nye taska kat masjid kg. melayu tu. regenya berpatutan dan kawasan selesa. cumenya, kat situ ko main ler sampai puas xde belajar2 or nyanyi2 or lukis2 or warna2.....xdek aktiviti sangat melainkan buat bayaran taska setahun tu, tp sbb ni dah ujung tahun tiHa sabOr je le dulu biOr le anak2 main sampai puas, tawOn depan korang start belajar  pulak kay.....dua bulan je korang terperap sket kat umah tu, sbbnya diorang tak bagi budak2 main kat luOr, takut tak terpantau....hmm...xpe le shifa wafiy, korang sabor le dulu yek...dua bulan ni je....tawon depan mama sekolahkan korang........


Selasa, 25 September 2012

dah jupe pengusaha taSka.....

salamualaik...

retu janji nak cerita....lupa plak dah..!

cadangnya nak jupe pn.latifah tu kat kedai makan....so private sket nak bincang...tp pada hari kejadian, dia kata bincang dalam kete je pun takpe....susah nak control anak2 nanti...ye tak ye gak...so kitorang discuss kat dalam kete je le...

so, tiHa berterus terang berkenaan kebimbangan rakan2 di risda yang mula mengundur diri menghantar anak kat situ...yang ada pun dah  mula cari taska lain....tp tiHa plak anak2 xde masalah pe wat pe carik lain....??? cumanya tiHa raSa bersalah pada kawan2 sbb tiHa yang beria2 promote taSka ni laSt2 tak menepati citarasa mereka....tp pada awalnya taSka ni memanG tiptOp lah...cumanya sejak akhir2 ni...taSka ni kekurangan pekerja menyebabkan ketidakpuasan hati rakan2 tiHa terhadap cara penjagaan yg merasakan anak2 mereka terabaiiiiiiiii....(pergh..ayat karangan SPM nih...)

pn.latifah cakap, staff dia berenti dulu ni sbb ada masalah attitude, so dia terpaksa berhentikan. dan buat masa ini, taska dia agak kritikal untuk hire pekerja baru lagi pun nak cari pekerja yg berkualiti sangat susah. dia seboleh2nya xmo amek indon ke myanmar ke nepal ke hape ke...walau pun gaji murah takut kualiti anak2 terganggu...betul juga....kot2 wafiy balik sekolah sembang bahasa indon payah pulak nak paham...dah le skrg ni pun dia cakap xbrp nak paham lagi...hahahahha...!!!

well, tiHa dah cuba untuk berbincang...terpulang le pada pengusaha taska nak menilainya cemana.  tiHa bukannya komplen pumpang sana sini...just nak tanya kenapa agaknya prestasi taSka ni agak menurun sampai ramai kawan2 bertukar taSka. tp apa pun, tiHa bersyukur sbb anak2 tiHa survive di situ, dan xde masalah apa pun....pendekatan yang tiHa amek...tiHa rajin bertanya pada guru perkembangan anak2...tiha amek tahu siapa guru kelas shifa wafiy, apa yang diajar di sekolah tiHa cuba tanya di rumah pulak...

aduan anak2 tiHa tapis dulu, tak percaya bulat2 dan tak juga buat xendah....jika perlu tiHa tanya balik tiCer diOrang....kalau shifa wafiy nottie denda cemana yang tiCer kenakan.....kalu belajar, di mana kelemahan anak2...so dalam sebulan tu mesti tiHa datanG taSka pada waktu kerja....untuk tengok sendiri keadaan di taSka....

setakat ini,,...belum pernah lagi la tiHa tengOk perkara yang tidak diingini mcm kena ikat ke, rotan ke, atau sewaktu dgn nya berlaku kat situ....kalu nak komplen kebersihan pun....tiHa tak ler nampak lagi benda2 kotor yang menggelikan kat situ....rajin gak tiHa gi spotChecK kat taSka anak...tuMpang tOilet diOrang, alhamdulillah tidak la mengecewakan...namun tak juga bersih sampai berkilat pulak...hehehe....