ini bLoG saya puNya....

Memaparkan catatan dengan label prestasi anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prestasi anak. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2016

Taska / Tadika ------->> **Dilema Akhir Tahun**

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran kita...syukur alhamdulillah diberi kesempatan menconteng sesawang yg kian bersawang ini....hehe

Hari ini, teruja tiHa nak kongsi pasal pemilihan taska yang mana dari tiga, empat tahun yang lalu menjadi satu dilema kami sekeluarga.  Tiga tahun lepas, shifa empat tahun kalut dok cari tadika yang sesuai dengan anak, sesuai dengan bajet.....memandangkan shifa dan wafiy beza umur setahun je, jadi nak cari taska/tadika tu kenalah yang sama....senang nak urus betul tak.....?

Alkisah, dari Shifa umur 4 tahun hingga lah sekarang dah 7 tahun....asek bertukar2 taska/tadika... macam2 hal berlaku, cerewet kah mama? eh eh...bukan kah kita patut cerewet?? bagi parents yang bekerja, kualiti masa dengan anak2 semakin kurang....tp masa 'jaganya' lebih banyak di taska/tadika/sekolah.  Jadi, pemilihan taska/tadika ni bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Tambah pulak, wafiy ni aktif dia lain macam....ada taska/tadika yang kurang gembira menerima kanak2 seperti wafiy....jadi tiHa memilih tadika islam untuk wafiy.  Moga, dipermudahkan.  Alhamdulillah, tiHa berpuas hati dengan perkembangan Wafiy di tadika Islam ini.  Pelbagai aktiviti yang tiHa sendiri xmerasa tp diberi pendedahan kepada anak2 syurga ini.  Syukur dan terima kasih kepada TADIKA ISLAM KHALIFAH INSANIAH AMPANG WATERFRONT di atas didikan yang telah diberikan.  Tahun 2017 ini, wafiy dah Darjah 1, tiHa pilih Sekolah Agama untuk dia, ILMI Ampang supaya pendedahan yang diberi dari awal pra sekolah terus terpahat di minda dan jiwa anak di Sekolah ILMI pulak.  TiHa sajikan gambar aktiviti2 anak di sekolah.....becoz sumtime a picture give a thousand of words.


Moga anak2 soleh & solehah ini menghayati Kemerdekaan bukan sekadar pada pakaian.
Putera Puteri Merdeka 2016 sempena Hari Kemerdekaan Tadika KICDC, Ampang

Sempena musim haji 2016, Tadika KICDC turut mengadakan simulasi ibadah umrah, bagus kan??

siap ada replika kaabah...seronok anak-anak...

alhamdulillah, merasa Wafiy pakai ihram
Peluang yang sangat baik dijadikan pengalaman...


Abang Bomba, I luv U...!!

Shifa pun nak try juga....

Anak Dara jumpa Abang Bomba....

Setahun tak abis lagi cerita dia pasal lawatan ke Balai Bomba ni....hihihi...

Lawatan KICDC jumpa Abang Bomba...meriah..!!

Program Ihtifal...program wajib akhir tahun
Anak manja 3 tahun pun boleh di KICDC ni...




Persembahan lagu Bismillah (English Version)

Hafazan Surah2 lazim


Graduation gitu...tahun akhir di KICDC

Saya menyaran penuh ibu bapa untuk menghantar anak2 ke tadika Islam yang penuh dengan aktiviti2 keagamaan tp masih memenuhi keperluan arus zaman mengutamakan bahasa inggeris.  Anak2 saya tidak lah hebat tetapi alhamdulillah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Jika, tuan/puan berminat, layari lah facebook Tadika Khalifah Insaniah Children Development Center untuk maklumat lanjut.

Kebiasaannya, Perkara2 yang menjadi isu pemilihan taska/tadika ini ;
1. jarak atau laluan antara pejabat dan tadika
2. pengisian aktiviti / makan-minum / buku
3. YURAN berbaloi dengan pengisian/bersesuaian dengan bajet
4. keserasian guru dan anak2
5. Pentadbiran yang meyakinkan....(ni penting sbnrnya....)

Pemilihan taska/tadika ni tuan tuan puan puan sekalian.....mmg sangat penting untuk kita survey review ibu bapa lain....pengalaman saya macam2.....kita sambung entry lain plak ya...insya allah...

assalamualaikum.

Rabu, 18 Jun 2014

Tadika Bintang Pintar, Taman Kosas

Salam Sya'aban,

Semoga sahabat2 sekalian dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya. Amin.

Rini tiHa nak 'throwback' susah payah mencari tadika/taska buat anak2.  Alhamdulillah, sementelah setahun lebih shifa wafiy di taska/ Tadika Bintang Pintar, ianya bukan satu sesalan.

Kebiasaannya, kebanyakan owner taska/tadika mempunyai 'business oriented' yang mengutamakan 'kuantiti' pelajar daripada 'kualiti' pelajar.  tiHa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan taska ini yang setakat ini sangat2 mementingkan 'kualiti' pelajar daripada 'kuantiti'.

Tahun lepas, shifa dapat kedudukan keseluruhan no.4 daripada 10 kalau tak salah...tp markah shifa sangat2 mengkagumkan and its mean budak yang dapat no.1 mesti dapat full marks. Dan tahun ini, shifa menunjukkan kesungguhannya dengan mendapat no.1 bagi peperiksaan awal tahun retu. semua full marks kecuali satu 98%.

Wafiy pulak baru tahun ni bertadika....budak buas macam wafiy ni mama sangat tidak meletakkan harapan yang tinggi.  Tp no.4 keseluruhan...?? not bad kan...? cumanya markah wafiy tidak lah secantik markah kakak dia tp sy tidak lah kecewa kerana memikirkan berapa pulak markah budak2 lain sbb markah macam wafiy pun boleh dapat no.4........hehehe...

Apa pun, sy mengucapkan terima kasih banyak2 pada Teacher Siti di atas kemuliaan hati dan jiwa anda mendidik anak2 saya.  Bukan dari segi akademik sahaja yang meningkat, alhamdulillah, sikap dan karekter anak2 saya juga menyejukkan perut yg mengandung.  Wafiy yang dulu sangat buas (walaupun masih buas sekarang) tp sekurang2nya mahu juga mendengar kata.  Shifa yg kuat merajuk dan keras kepala (dulu) pun ada perubahan yang sangat2 baik.

tiHa berpendapat, parents and ticer perlu kerap berkomunikasi kerana anak2 kita meluangkan masa sedarnya lebih di taska/sekolah/tadika berbanding masa dengan parents.  Dan tiHa berasa sangat beruntung walaupun tiHa tak mampu nak hantar anak2 ke sekolah berjenama (little caliph, brainy bunch, smartreader etc) tp hasilnya sangat2 memuaskan.

Oleh kerana anak2 kita berada lebih lama di taska/sekolah/tadika, itu tidak bermakna kita boleh lepaskan tanggungjawab kepada guru, kita sbg ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak2....lagi pun bukan anak orang lain....anak kita jugak....kan?

p/s ::: kalau osman baku baca entry-entry tiHa mesti migrain sbb tengok bahasa bercampur2...aduss...!!!