ini bLoG saya puNya....

Rabu, 18 Jun 2014

Tadika Bintang Pintar, Taman Kosas

Salam Sya'aban,

Semoga sahabat2 sekalian dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya. Amin.

Rini tiHa nak 'throwback' susah payah mencari tadika/taska buat anak2.  Alhamdulillah, sementelah setahun lebih shifa wafiy di taska/ Tadika Bintang Pintar, ianya bukan satu sesalan.

Kebiasaannya, kebanyakan owner taska/tadika mempunyai 'business oriented' yang mengutamakan 'kuantiti' pelajar daripada 'kualiti' pelajar.  tiHa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan taska ini yang setakat ini sangat2 mementingkan 'kualiti' pelajar daripada 'kuantiti'.

Tahun lepas, shifa dapat kedudukan keseluruhan no.4 daripada 10 kalau tak salah...tp markah shifa sangat2 mengkagumkan and its mean budak yang dapat no.1 mesti dapat full marks. Dan tahun ini, shifa menunjukkan kesungguhannya dengan mendapat no.1 bagi peperiksaan awal tahun retu. semua full marks kecuali satu 98%.

Wafiy pulak baru tahun ni bertadika....budak buas macam wafiy ni mama sangat tidak meletakkan harapan yang tinggi.  Tp no.4 keseluruhan...?? not bad kan...? cumanya markah wafiy tidak lah secantik markah kakak dia tp sy tidak lah kecewa kerana memikirkan berapa pulak markah budak2 lain sbb markah macam wafiy pun boleh dapat no.4........hehehe...

Apa pun, sy mengucapkan terima kasih banyak2 pada Teacher Siti di atas kemuliaan hati dan jiwa anda mendidik anak2 saya.  Bukan dari segi akademik sahaja yang meningkat, alhamdulillah, sikap dan karekter anak2 saya juga menyejukkan perut yg mengandung.  Wafiy yang dulu sangat buas (walaupun masih buas sekarang) tp sekurang2nya mahu juga mendengar kata.  Shifa yg kuat merajuk dan keras kepala (dulu) pun ada perubahan yang sangat2 baik.

tiHa berpendapat, parents and ticer perlu kerap berkomunikasi kerana anak2 kita meluangkan masa sedarnya lebih di taska/sekolah/tadika berbanding masa dengan parents.  Dan tiHa berasa sangat beruntung walaupun tiHa tak mampu nak hantar anak2 ke sekolah berjenama (little caliph, brainy bunch, smartreader etc) tp hasilnya sangat2 memuaskan.

Oleh kerana anak2 kita berada lebih lama di taska/sekolah/tadika, itu tidak bermakna kita boleh lepaskan tanggungjawab kepada guru, kita sbg ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak2....lagi pun bukan anak orang lain....anak kita jugak....kan?

p/s ::: kalau osman baku baca entry-entry tiHa mesti migrain sbb tengok bahasa bercampur2...aduss...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan