ini bLoG saya puNya....

Rabu, 31 Oktober 2012

tuKar dah taSka utk shifa wafiy....

salam aidiladha walaupun hari ni dah 15zulhijjah... :D

2,3 menjak ni memanG sanGat malaS nak update blog sbb runsinG seh memikiokan perihal taska anak2 ni.  retu tiHa dah citer kan paSal kawan2 di RISDA kebanyakkannya berenti taSka bondamama ampang nih, ni kira perkembangan lanjut ler nih.

akhirnya, tiada siapa dah orang RISDA yang anto anak kat situ sementelah berlaku satu kejadian yang merisaukan. pekerja lelaki diorang boleh plak bergaduh kat taska siap pegang pisau daging bagaiii...isk! selamat kew?

so, tiHa confront lagi dgn penGusaha taSka tu...dia kata dia dah berentikan pekerja tersebut. hmm...penyelesaian mudah kan? dah gitu, tiHa harap peristiwa camtu tak berulang ler, takut2 nanti lagi ramai yang berenti, tp dengan rasa sedih di jiwa tiHa, dia boleh jawab, more goes out more comes in........dia dah biasa situasi camtu......

tp, shifa wafiy masih lagi bertahan kat situ sehingga lah..............isnin baru ni, dia anto sms taSka dia tutup sbb owner rumah nak naikkan sewa dan dia tak mampu nak bayar. anak2 dipindahkan ke rumah dia yang berdekatan dgn taska lama. mujurnya isnin retu tiHa bercuti raya haji lagi....so, tiHa anto hari selasa yakni semalam dengan rasa tak selesa, rumah tu tak sesuai ditaskakan.....!

balik tiHa tanya shifa, amacam kat taska baru? shifa jawab ::::::: okay je..tp sempit sikit...hehehe kecik2 lagi dah pandai komplen kan?

tiHa tanya lagi, kakak tido kat mana? kat atas ke kat bawah? shifa jawab ::::::::: tido kat bawah meja...
uik? pelik nye jawapan...bawah meja kat mana? shifa jawab :::::::::: kat luar laaaa.... tarik nafas panjang mama ko ni nakk....mama bayor mahal2, tido kat luar jek....

maka nya hari ni, mama sudah tukar taSka baru, RAPID KL nye taska kat masjid kg. melayu tu. regenya berpatutan dan kawasan selesa. cumenya, kat situ ko main ler sampai puas xde belajar2 or nyanyi2 or lukis2 or warna2.....xdek aktiviti sangat melainkan buat bayaran taska setahun tu, tp sbb ni dah ujung tahun tiHa sabOr je le dulu biOr le anak2 main sampai puas, tawOn depan korang start belajar  pulak kay.....dua bulan je korang terperap sket kat umah tu, sbbnya diorang tak bagi budak2 main kat luOr, takut tak terpantau....hmm...xpe le shifa wafiy, korang sabor le dulu yek...dua bulan ni je....tawon depan mama sekolahkan korang........


Selasa, 23 Oktober 2012

jiwa kaCau.....

salam frenza...

a'ah...dalam kekecohan anak demam tu...ada berlaku small crisis between papa joe n me. alaaa...biasa la kan, rencah kehidupan suami isteri adakala nya gaduh2 sket, ye la antara proses menguatkan kasih sayang... :D :D :D

gadoh pasal apa tu....xyah lah cerita kat sini...cumanya tiHa nak cerita satu kisah benar yang moral of the story nya membuatkan tiHa berfikir semula untuk tidak memanjangkan masalah yang ada sekarang..ehehehe...!

masa bulan pose retu, kitorang balik kampung papa joe. masa tu minggu sebelum raya tu, so tiHa cadang nak gunting rambut shifa kasi kemas sket. kiranya rambut raya la tu....alkisahnya kat pekan beruas tu ada dua bijik je kedai gunting rambut, memandangkan yang satu tu tutup so kitorang gi ler yang satu lagi.  sebelum turn shifa, ada sepasang suami isteri dan 2 orang anak dia yang nak gunting rambut gak. errrr...yang nak gunting tu rambut anak n isteri lah. pas turn anak dia, so si isteri pun duduk kat seat gunting rambut....(tukang gunting rambut dia ada sorang tu je le) sebelum gunting dia tanya asben dia, nak gunting rambut camane? so, asben dia describe le nak cane cane kan......masa tu terus tiHa bisik kat papa joe

"tengok tu papa, somi dia siap explain lg, kalu tanya papa, mesti papa jawab suka ati mama laaa..."

and, papa joe, senyap je tak jawab apa pun sambil buat selamba dia.bila tukang gunting tu dah selesai keje dia, yg si wife ni tadi tanya balik asben dia, cane okay ke tak....asben dia siap thumb up lagi...masa tu tiHa bisik lagi kat papa joe,

"ha camtu la papa, bagi sokongan lagi...." and papa joe still buat diam dia la....tp tiba2 plak...si asben ni cakap kat anak dia,

"tengok, cantik dah ummi kan? kalu tak mcm hantu!"

erKKkk...!!!! sumpah lillah kalu tiHa jadi wife mamat tu memang tiHa kecik ati tahap cipan gaban. ramai orang wOo dalam kedai tu...mak mentua tiha pun tunggu sekali masa tu....rasa cam nak gi peluk je papa joe masa tu nak gitau yang tiHa sangat bersyukur papa joe tak kisah mama nak rambut mcm mana sekali pun, gunting ke, tak gunting ke...pendek ke panjang ke....asal yang mama selesa. ni kita nak suami yang care pasal rambut tp bila cakap terbakar jiwa....! so, papa joe, really appreciate to have u as my husband....luv u soooo much!!!

DeMaM viRuS menyeranGGGGG....!!!

assaLaMuaLaikum...

lama tiHa tak update kan....korang pun mesti jawab...ada korang kesah? hihihihihihihi

ekceli.....viRuS 'M' telah menyeranG lubuk hatiku ini.......tu pasal laa...surfing pun malas..ni plak updating...hehehehe....

terkini setakat ini...semalam tiHa berkampung di hospital ampang sbb shifa dah demam 5 hari tak baik2. bimbang2 kalu kena denggi tp disebabkan dia still aktif dan melepek hanya waktu2 tertentu...tiha tak rasa le denggi....so gi spital ampang semalam untuk mengesahkan demam apakah itu...

dari 10.30 pagi mendaftar......pukul 5ptg baru settle dan disahkan shifa kena demam virus. oleh kerana, demam dia tak le tinggi sangat so, dia tak le ditahan wad.  Kalu tak memang nak tahan juga, tp tiHa merayu le sket kat doktor untuk beri cara alternatif dan syukur doktor sangat memahami so dia kasi antibiotik dulu but in case xde perubahan, kena gak ler masuk wad.

tak dinafikan, staff di hospital ampang sangat mesra, baik dan ramah.  Shifa kena cucuk amek darah tp tak menangis pun sbb diorang pandai mengalihkan perhatian shifa dengan bersembang pasal baju raya la....kasut raya laa...ntah apa laaa....cumanya...masalah menunggu tu....kalu tengok kat board aduan tu...dari tahun 2010 sampai skrg masih tak boleh solve lagi....outpatient dia ngan jabatan kecemasan dia berkongsi doktor. so, outpatient kena tunggu kritikal kes settle baru boleh check. semalam, selama 6jam stay kat spital ada dekat 10 kes kritikal n separa kritikal. tu yang buat non-kritikal ni menunggu sama lama dengan waktu kerja...well, like it or not, kena la terima dah mcm tu keadaannya.  bersyukur sbb hospital tu sangat selesa, doktor/staff pun memberi kerjasama yang sangat baik.  layanan yang diberikan tidak mengecewakan walaupun terpaksa menunggu lama :D :D :D