ini bLoG saya puNya....

Memaparkan catatan dengan label belajar di taska. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belajar di taska. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2016

Taska / Tadika ------->> **Dilema Akhir Tahun**

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran kita...syukur alhamdulillah diberi kesempatan menconteng sesawang yg kian bersawang ini....hehe

Hari ini, teruja tiHa nak kongsi pasal pemilihan taska yang mana dari tiga, empat tahun yang lalu menjadi satu dilema kami sekeluarga.  Tiga tahun lepas, shifa empat tahun kalut dok cari tadika yang sesuai dengan anak, sesuai dengan bajet.....memandangkan shifa dan wafiy beza umur setahun je, jadi nak cari taska/tadika tu kenalah yang sama....senang nak urus betul tak.....?

Alkisah, dari Shifa umur 4 tahun hingga lah sekarang dah 7 tahun....asek bertukar2 taska/tadika... macam2 hal berlaku, cerewet kah mama? eh eh...bukan kah kita patut cerewet?? bagi parents yang bekerja, kualiti masa dengan anak2 semakin kurang....tp masa 'jaganya' lebih banyak di taska/tadika/sekolah.  Jadi, pemilihan taska/tadika ni bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Tambah pulak, wafiy ni aktif dia lain macam....ada taska/tadika yang kurang gembira menerima kanak2 seperti wafiy....jadi tiHa memilih tadika islam untuk wafiy.  Moga, dipermudahkan.  Alhamdulillah, tiHa berpuas hati dengan perkembangan Wafiy di tadika Islam ini.  Pelbagai aktiviti yang tiHa sendiri xmerasa tp diberi pendedahan kepada anak2 syurga ini.  Syukur dan terima kasih kepada TADIKA ISLAM KHALIFAH INSANIAH AMPANG WATERFRONT di atas didikan yang telah diberikan.  Tahun 2017 ini, wafiy dah Darjah 1, tiHa pilih Sekolah Agama untuk dia, ILMI Ampang supaya pendedahan yang diberi dari awal pra sekolah terus terpahat di minda dan jiwa anak di Sekolah ILMI pulak.  TiHa sajikan gambar aktiviti2 anak di sekolah.....becoz sumtime a picture give a thousand of words.


Moga anak2 soleh & solehah ini menghayati Kemerdekaan bukan sekadar pada pakaian.
Putera Puteri Merdeka 2016 sempena Hari Kemerdekaan Tadika KICDC, Ampang

Sempena musim haji 2016, Tadika KICDC turut mengadakan simulasi ibadah umrah, bagus kan??

siap ada replika kaabah...seronok anak-anak...

alhamdulillah, merasa Wafiy pakai ihram
Peluang yang sangat baik dijadikan pengalaman...


Abang Bomba, I luv U...!!

Shifa pun nak try juga....

Anak Dara jumpa Abang Bomba....

Setahun tak abis lagi cerita dia pasal lawatan ke Balai Bomba ni....hihihi...

Lawatan KICDC jumpa Abang Bomba...meriah..!!

Program Ihtifal...program wajib akhir tahun
Anak manja 3 tahun pun boleh di KICDC ni...




Persembahan lagu Bismillah (English Version)

Hafazan Surah2 lazim


Graduation gitu...tahun akhir di KICDC

Saya menyaran penuh ibu bapa untuk menghantar anak2 ke tadika Islam yang penuh dengan aktiviti2 keagamaan tp masih memenuhi keperluan arus zaman mengutamakan bahasa inggeris.  Anak2 saya tidak lah hebat tetapi alhamdulillah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Jika, tuan/puan berminat, layari lah facebook Tadika Khalifah Insaniah Children Development Center untuk maklumat lanjut.

Kebiasaannya, Perkara2 yang menjadi isu pemilihan taska/tadika ini ;
1. jarak atau laluan antara pejabat dan tadika
2. pengisian aktiviti / makan-minum / buku
3. YURAN berbaloi dengan pengisian/bersesuaian dengan bajet
4. keserasian guru dan anak2
5. Pentadbiran yang meyakinkan....(ni penting sbnrnya....)

Pemilihan taska/tadika ni tuan tuan puan puan sekalian.....mmg sangat penting untuk kita survey review ibu bapa lain....pengalaman saya macam2.....kita sambung entry lain plak ya...insya allah...

assalamualaikum.

Isnin, 10 Disember 2012

syukur...akhirnya jupe gak!

assalamualaikum...

sujud syukur gak tiHa kali ni....xsesia surf sana sini..round sana sini semata2 nak yang terbaik untuk anak2...akhirnya tiHa jupe gak taSka yang bersesuaian dgn kemampuan dan juga pelajaran anak2...

Taska Bintang Pintar
daftar : RM900
bulanan : RM540 (berdua shifa wafiy)
module : CAHAYAKU....

terima kasih rakan2 seofis yang sudi share info pasal taska ni...sangat dekat dengan rumah cumanya dia tersorok sket belah dalam taman kosas tu...tp persekitaran dia sangat selamat dan sesuai utk budak2.  part syok untuk shifa wafiy ialah....taska ni memang tak buat enrollment every year, dia xde marketing juz terima yg survey/recommendation camtu...so next year rakan2 sekelas shifa might be around 12 kids.  Berpeluang one week with children in class masa opening nanti utk tengok keadaan anak2 kat situ. okay pe, so shifa diberi perhatian untuk belajar, kalu dah ramai sangat nanti mgkn teacher sebuk dan tak sempat untuk ajar shifa kan....wafiy belum start sekolah...lagipun dia baru 3 tahun next year...tp utk playschool dia ada ler aktiviti2 mcmana kat bondamama dulu nyanyi2, assembly, sukan, 1,2,3 gitu...okay la at least dia tak boring nak ke sekolah....

syukur alhamdulillah, harap2 anak mama belajar ler rajin2....

Rabu, 31 Oktober 2012

tuKar dah taSka utk shifa wafiy....

salam aidiladha walaupun hari ni dah 15zulhijjah... :D

2,3 menjak ni memanG sanGat malaS nak update blog sbb runsinG seh memikiokan perihal taska anak2 ni.  retu tiHa dah citer kan paSal kawan2 di RISDA kebanyakkannya berenti taSka bondamama ampang nih, ni kira perkembangan lanjut ler nih.

akhirnya, tiada siapa dah orang RISDA yang anto anak kat situ sementelah berlaku satu kejadian yang merisaukan. pekerja lelaki diorang boleh plak bergaduh kat taska siap pegang pisau daging bagaiii...isk! selamat kew?

so, tiHa confront lagi dgn penGusaha taSka tu...dia kata dia dah berentikan pekerja tersebut. hmm...penyelesaian mudah kan? dah gitu, tiHa harap peristiwa camtu tak berulang ler, takut2 nanti lagi ramai yang berenti, tp dengan rasa sedih di jiwa tiHa, dia boleh jawab, more goes out more comes in........dia dah biasa situasi camtu......

tp, shifa wafiy masih lagi bertahan kat situ sehingga lah..............isnin baru ni, dia anto sms taSka dia tutup sbb owner rumah nak naikkan sewa dan dia tak mampu nak bayar. anak2 dipindahkan ke rumah dia yang berdekatan dgn taska lama. mujurnya isnin retu tiHa bercuti raya haji lagi....so, tiHa anto hari selasa yakni semalam dengan rasa tak selesa, rumah tu tak sesuai ditaskakan.....!

balik tiHa tanya shifa, amacam kat taska baru? shifa jawab ::::::: okay je..tp sempit sikit...hehehe kecik2 lagi dah pandai komplen kan?

tiHa tanya lagi, kakak tido kat mana? kat atas ke kat bawah? shifa jawab ::::::::: tido kat bawah meja...
uik? pelik nye jawapan...bawah meja kat mana? shifa jawab :::::::::: kat luar laaaa.... tarik nafas panjang mama ko ni nakk....mama bayor mahal2, tido kat luar jek....

maka nya hari ni, mama sudah tukar taSka baru, RAPID KL nye taska kat masjid kg. melayu tu. regenya berpatutan dan kawasan selesa. cumenya, kat situ ko main ler sampai puas xde belajar2 or nyanyi2 or lukis2 or warna2.....xdek aktiviti sangat melainkan buat bayaran taska setahun tu, tp sbb ni dah ujung tahun tiHa sabOr je le dulu biOr le anak2 main sampai puas, tawOn depan korang start belajar  pulak kay.....dua bulan je korang terperap sket kat umah tu, sbbnya diorang tak bagi budak2 main kat luOr, takut tak terpantau....hmm...xpe le shifa wafiy, korang sabor le dulu yek...dua bulan ni je....tawon depan mama sekolahkan korang........