ini bLoG saya puNya....

Selasa, 23 Oktober 2012

DeMaM viRuS menyeranGGGGG....!!!

assaLaMuaLaikum...

lama tiHa tak update kan....korang pun mesti jawab...ada korang kesah? hihihihihihihi

ekceli.....viRuS 'M' telah menyeranG lubuk hatiku ini.......tu pasal laa...surfing pun malas..ni plak updating...hehehehe....

terkini setakat ini...semalam tiHa berkampung di hospital ampang sbb shifa dah demam 5 hari tak baik2. bimbang2 kalu kena denggi tp disebabkan dia still aktif dan melepek hanya waktu2 tertentu...tiha tak rasa le denggi....so gi spital ampang semalam untuk mengesahkan demam apakah itu...

dari 10.30 pagi mendaftar......pukul 5ptg baru settle dan disahkan shifa kena demam virus. oleh kerana, demam dia tak le tinggi sangat so, dia tak le ditahan wad.  Kalu tak memang nak tahan juga, tp tiHa merayu le sket kat doktor untuk beri cara alternatif dan syukur doktor sangat memahami so dia kasi antibiotik dulu but in case xde perubahan, kena gak ler masuk wad.

tak dinafikan, staff di hospital ampang sangat mesra, baik dan ramah.  Shifa kena cucuk amek darah tp tak menangis pun sbb diorang pandai mengalihkan perhatian shifa dengan bersembang pasal baju raya la....kasut raya laa...ntah apa laaa....cumanya...masalah menunggu tu....kalu tengok kat board aduan tu...dari tahun 2010 sampai skrg masih tak boleh solve lagi....outpatient dia ngan jabatan kecemasan dia berkongsi doktor. so, outpatient kena tunggu kritikal kes settle baru boleh check. semalam, selama 6jam stay kat spital ada dekat 10 kes kritikal n separa kritikal. tu yang buat non-kritikal ni menunggu sama lama dengan waktu kerja...well, like it or not, kena la terima dah mcm tu keadaannya.  bersyukur sbb hospital tu sangat selesa, doktor/staff pun memberi kerjasama yang sangat baik.  layanan yang diberikan tidak mengecewakan walaupun terpaksa menunggu lama :D :D :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan