ini bLoG saya puNya....

Memaparkan catatan dengan label kelebihan dan kekurangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelebihan dan kekurangan. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2016

Taska / Tadika ------->> **Dilema Akhir Tahun**

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran kita...syukur alhamdulillah diberi kesempatan menconteng sesawang yg kian bersawang ini....hehe

Hari ini, teruja tiHa nak kongsi pasal pemilihan taska yang mana dari tiga, empat tahun yang lalu menjadi satu dilema kami sekeluarga.  Tiga tahun lepas, shifa empat tahun kalut dok cari tadika yang sesuai dengan anak, sesuai dengan bajet.....memandangkan shifa dan wafiy beza umur setahun je, jadi nak cari taska/tadika tu kenalah yang sama....senang nak urus betul tak.....?

Alkisah, dari Shifa umur 4 tahun hingga lah sekarang dah 7 tahun....asek bertukar2 taska/tadika... macam2 hal berlaku, cerewet kah mama? eh eh...bukan kah kita patut cerewet?? bagi parents yang bekerja, kualiti masa dengan anak2 semakin kurang....tp masa 'jaganya' lebih banyak di taska/tadika/sekolah.  Jadi, pemilihan taska/tadika ni bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Tambah pulak, wafiy ni aktif dia lain macam....ada taska/tadika yang kurang gembira menerima kanak2 seperti wafiy....jadi tiHa memilih tadika islam untuk wafiy.  Moga, dipermudahkan.  Alhamdulillah, tiHa berpuas hati dengan perkembangan Wafiy di tadika Islam ini.  Pelbagai aktiviti yang tiHa sendiri xmerasa tp diberi pendedahan kepada anak2 syurga ini.  Syukur dan terima kasih kepada TADIKA ISLAM KHALIFAH INSANIAH AMPANG WATERFRONT di atas didikan yang telah diberikan.  Tahun 2017 ini, wafiy dah Darjah 1, tiHa pilih Sekolah Agama untuk dia, ILMI Ampang supaya pendedahan yang diberi dari awal pra sekolah terus terpahat di minda dan jiwa anak di Sekolah ILMI pulak.  TiHa sajikan gambar aktiviti2 anak di sekolah.....becoz sumtime a picture give a thousand of words.


Moga anak2 soleh & solehah ini menghayati Kemerdekaan bukan sekadar pada pakaian.
Putera Puteri Merdeka 2016 sempena Hari Kemerdekaan Tadika KICDC, Ampang

Sempena musim haji 2016, Tadika KICDC turut mengadakan simulasi ibadah umrah, bagus kan??

siap ada replika kaabah...seronok anak-anak...

alhamdulillah, merasa Wafiy pakai ihram
Peluang yang sangat baik dijadikan pengalaman...


Abang Bomba, I luv U...!!

Shifa pun nak try juga....

Anak Dara jumpa Abang Bomba....

Setahun tak abis lagi cerita dia pasal lawatan ke Balai Bomba ni....hihihi...

Lawatan KICDC jumpa Abang Bomba...meriah..!!

Program Ihtifal...program wajib akhir tahun
Anak manja 3 tahun pun boleh di KICDC ni...




Persembahan lagu Bismillah (English Version)

Hafazan Surah2 lazim


Graduation gitu...tahun akhir di KICDC

Saya menyaran penuh ibu bapa untuk menghantar anak2 ke tadika Islam yang penuh dengan aktiviti2 keagamaan tp masih memenuhi keperluan arus zaman mengutamakan bahasa inggeris.  Anak2 saya tidak lah hebat tetapi alhamdulillah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Jika, tuan/puan berminat, layari lah facebook Tadika Khalifah Insaniah Children Development Center untuk maklumat lanjut.

Kebiasaannya, Perkara2 yang menjadi isu pemilihan taska/tadika ini ;
1. jarak atau laluan antara pejabat dan tadika
2. pengisian aktiviti / makan-minum / buku
3. YURAN berbaloi dengan pengisian/bersesuaian dengan bajet
4. keserasian guru dan anak2
5. Pentadbiran yang meyakinkan....(ni penting sbnrnya....)

Pemilihan taska/tadika ni tuan tuan puan puan sekalian.....mmg sangat penting untuk kita survey review ibu bapa lain....pengalaman saya macam2.....kita sambung entry lain plak ya...insya allah...

assalamualaikum.

Isnin, 30 Julai 2012

::: LELAKI SEMPURNA ::: ada ke?

Salam RamaDhan...

pertamanya, bersyukur ke hadrat Ilahi, wafiy dah sihat walafiat dan kembali 'nakal' seperti biasa...hehe

keduanya, tiba2 terlintaS di pikiran paSal LELAKI di taman hati sayer....Papa Joe laaaaa....n of coz kebanyakan iS3 akan memuji suami masing2 ye tak? so tiHa tergolong dalam 'kebanyakan is3 yang memuji' ler nih...hehehe...tiHa bukan saja2 nak puji tp sebenarnya tiHa SANGAT BERSYUKUR bersuamikan Papa Joe dan tiHa paSti kawan2 lain juga BERSYUKUR dengan paSangan maSing2........

tiHa akui Papa Joe bukanlah lelaki sempurna akan tetapi dia lah lelaki yang mewarnai hidup tiHa.  Betapa banyak kekurangan dia tp tiHa panDang kebaikan dia selama 8 tahun perkenalan.  Mungkin juga dia bukan lelaki pilihan mak dan bapak, tp restu mak bapak lah menyebabkan perkahwinan kitorang boleh bertahan sehingga sekarang dan diharapkan ianya berkekalan sepanjang hayat.

dan satu lagi, bila ada kekurangan Papa Joe, tiHa fikir semula kekurangan tiHa.  dengan fikiran mcm ni la, hubungan kami masih lagi utuh walau dah banyak dugaan/cubaan/halangan yang terpaksa ditempuhi.

siyes je bunyinya? hehehe sekali sekala siyes la plak. dan kebetulan plak ada bunyi2 cerita ceriti kat sini berkenaan pasangan masing2, itu membuatkan lagi ler tiHa bersyukur. dan ekceli, isu ni penah kami adik beradik 'terbincang'. Adik cakap bukan mak bapak tak suka kat abg joe tp mcm adik, nak cari suami kena carik la yang pandai amek hati mak bapak dah abg joe xreti sgt amek ati orang tua. hehehehe...okay, tu kelemahan asben aii, bukan ati mak bapak aii je eh dgn hati hati aii pun dia xreti.  dia bukannya tak hormat orang tua tp bab berbahasa basi dia memang fail!!!

itu yang mak bapak tiHa fikir tentang menantunya...camne agaknya mak ayah mertua plak fikir tentang tiHa?? sempurna kah?? lu pk la sendiri.........kan?

so, tiHa xmO terlalu 'demand' pada papa joe itu ini, jadi mcm ni jadi mcm tu. biarlah dia jadi dirinya sendiri dan tiHa terima seadanya selagi dia terima diri tiHa seadanya.  tiHa sanGat paSti, papa joe xkan mampu memuaskan hati mak & bapak tiHa sebagai menantu yang soleh dan dia bukanlah menantu mithali, apa pun yang bakal terjadi pada masa akan datang tiHa serahkan pada Allah kerana segala perancangan dan ketentuan datanGnya daripada Dia jua.

kepada kawan tiHa yg seorang tu, sunGGuh pun keluarga 'xberapa' nak restu perkahwinan korang, banyak2 la bersabar, pasti ada hikmahnya mengapa 'kesusahan jiwa' ini berlaku kt korang. adatlah, bila dah berkahwin ni, kita seolah2 berkahwin dgn seluruh keluarganya...dan kita perlu terima keluarga pasangan seadanya mereka....

kepada kawan tiHa yang seorang lagi, sungguhpun belum berkeluarga, bersedialah!! selagi belum berkawin, korang takkan faham peranan masing2 jadi xperlulah banyak sangat 'kalau' dalam berkata2.  belum tentu kamu akan dapat LELAKI SEMPURNA / WANITA SEMPURNA dalam hidup kamu sbb yang sempurna itu dah PUPUS.

Percayalah, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2....xkira lelaki atau pun perempuan, jadi jgn diperbesarkan kekurangan org lain sedangkan diri sendiri tidak lah sesempurna mana......ada orang yang sangat penyayang tp dia mungkin xkuat agama, atau pun mungkin dia kuat agama tp dia xpandai uruskan anak2, atau juga dia sangat cantik tp dia xde budi bahasa, atau dia orang yang bersopan santun tp malas pulak......pro & cons...biasa la kan? so, bersyukur la tanpa mempertikaikan apa2......

semoga ramadhan menenangkan hati yang lara...wasalam