ini bLoG saya puNya....

Isnin, 24 Julai 2017

SELFIE a.k.a swafoto : mengabadi kenangan ATAU melayani keterujaan....

Assalamualaikum,

Jgn ketawakan saya yg cuba mengaktifkan kembali blog yg semakin suram ini...huhuhuhu...

Topik hari ini....SELFIE a.k.a swafoto....

Sebenarnya apakah tujuan selfie ini dicipta ek??? Ada yang kata untuk mengabadikan momen2 indah...ada yang kata saja-saja untuk suka-suka....ada juga yang kata ianya salah satu fungsi untuk memberitahu kepada kawan2 apa kita buat dan ke mana kita pergi....xkurang juga yang mengatakan nak tunjukkan yang kita sangat cantik/segak malah kekal begitu *sbb tu rajin selfie* hahahha....

Apa tujuan korang?

Saya? emm...saya selfie biasanya tak tunjuk pada orang....banyak kepada simpanan sendiri... tp di sini, sy sertakan gambar2 swafoto saya yang mana...teringin juga rasa kenikmatan swafoto... hasilnya?? sorry....xde le seronok mana pun....hahahha...!!

comel...!! sy suka...yg ini swafoto yg membuat tersenyum tatkala melihatnya....

hmm...yang ini lak swafoto klasik sikit....

ni bukan swafoto...tp ini pengabadian momen manis bersama team wanita di tempat kerja saya...

okeyy...ini juga bukan swafoto...tp foto cantik team unit saya bersama Tn. Pengarah.

ye...bukan swafoto jugak! tp nak tunjuk yg saya nampak sebaya dgn adik2 muda tu...
padahal dah menuju ke angka spt kakak baju merah...huhuhu..!!

Yes...!! lupa satu lagi sebab swafoto adalah...menjadi testimoni penjualan...
sy testimoni cik adik ni yg jahit shawl sy tu...hihihi

Ini pula swafoto kenangan dgn En.Faiz mantan team saya semasa di bahagian lama.

Haaa....swafoto dgn artis...ASHA AF....bila lagi dapat peluang mcm ni kan....

Ni pula swafoto dgn team wanita bahagian sy yg juga org kuat PUSPANITA....

SHIHA Mentor....okey....nampak tak tujuannya tu? hahahha....!

Ini swafoto dengan Penari Briged Seni RISDA....
Jadi, apa pun tujuannya anda....pasti ianya memberi kepuasan pada diri sendiri....tambah2 lagi jk swafoto tersebut diletakkan di FB...beribu 'likes' pula....mgkn lagi puas kan?

Saya tahu di sini xramai pembaca...so...xperlu harapkan likes pun...tp sy suka berkongsi momen2 terbaik saya di sini...blog ni kan diari maya saya....hehehe....

Jumaat, 21 Julai 2017

FB vs BLOG...mana 1 pilihan hati?

Salam Sejahtera pada semua...

Nampaknya FB telah menjadi satu fenomena yang maha dasat ke atas umat manusia tak kira usia.  Blog/laman web/portal semakin terpinggir semenjak FB menguasai dunia.

Bagaimana pula dengan anda agaknya ya?

Rabu, 28 Disember 2016

Taska / Tadika ------->> **Dilema Akhir Tahun**

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran kita...syukur alhamdulillah diberi kesempatan menconteng sesawang yg kian bersawang ini....hehe

Hari ini, teruja tiHa nak kongsi pasal pemilihan taska yang mana dari tiga, empat tahun yang lalu menjadi satu dilema kami sekeluarga.  Tiga tahun lepas, shifa empat tahun kalut dok cari tadika yang sesuai dengan anak, sesuai dengan bajet.....memandangkan shifa dan wafiy beza umur setahun je, jadi nak cari taska/tadika tu kenalah yang sama....senang nak urus betul tak.....?

Alkisah, dari Shifa umur 4 tahun hingga lah sekarang dah 7 tahun....asek bertukar2 taska/tadika... macam2 hal berlaku, cerewet kah mama? eh eh...bukan kah kita patut cerewet?? bagi parents yang bekerja, kualiti masa dengan anak2 semakin kurang....tp masa 'jaganya' lebih banyak di taska/tadika/sekolah.  Jadi, pemilihan taska/tadika ni bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Tambah pulak, wafiy ni aktif dia lain macam....ada taska/tadika yang kurang gembira menerima kanak2 seperti wafiy....jadi tiHa memilih tadika islam untuk wafiy.  Moga, dipermudahkan.  Alhamdulillah, tiHa berpuas hati dengan perkembangan Wafiy di tadika Islam ini.  Pelbagai aktiviti yang tiHa sendiri xmerasa tp diberi pendedahan kepada anak2 syurga ini.  Syukur dan terima kasih kepada TADIKA ISLAM KHALIFAH INSANIAH AMPANG WATERFRONT di atas didikan yang telah diberikan.  Tahun 2017 ini, wafiy dah Darjah 1, tiHa pilih Sekolah Agama untuk dia, ILMI Ampang supaya pendedahan yang diberi dari awal pra sekolah terus terpahat di minda dan jiwa anak di Sekolah ILMI pulak.  TiHa sajikan gambar aktiviti2 anak di sekolah.....becoz sumtime a picture give a thousand of words.


Moga anak2 soleh & solehah ini menghayati Kemerdekaan bukan sekadar pada pakaian.
Putera Puteri Merdeka 2016 sempena Hari Kemerdekaan Tadika KICDC, Ampang

Sempena musim haji 2016, Tadika KICDC turut mengadakan simulasi ibadah umrah, bagus kan??

siap ada replika kaabah...seronok anak-anak...

alhamdulillah, merasa Wafiy pakai ihram
Peluang yang sangat baik dijadikan pengalaman...


Abang Bomba, I luv U...!!

Shifa pun nak try juga....

Anak Dara jumpa Abang Bomba....

Setahun tak abis lagi cerita dia pasal lawatan ke Balai Bomba ni....hihihi...

Lawatan KICDC jumpa Abang Bomba...meriah..!!

Program Ihtifal...program wajib akhir tahun
Anak manja 3 tahun pun boleh di KICDC ni...




Persembahan lagu Bismillah (English Version)

Hafazan Surah2 lazim


Graduation gitu...tahun akhir di KICDC

Saya menyaran penuh ibu bapa untuk menghantar anak2 ke tadika Islam yang penuh dengan aktiviti2 keagamaan tp masih memenuhi keperluan arus zaman mengutamakan bahasa inggeris.  Anak2 saya tidak lah hebat tetapi alhamdulillah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Jika, tuan/puan berminat, layari lah facebook Tadika Khalifah Insaniah Children Development Center untuk maklumat lanjut.

Kebiasaannya, Perkara2 yang menjadi isu pemilihan taska/tadika ini ;
1. jarak atau laluan antara pejabat dan tadika
2. pengisian aktiviti / makan-minum / buku
3. YURAN berbaloi dengan pengisian/bersesuaian dengan bajet
4. keserasian guru dan anak2
5. Pentadbiran yang meyakinkan....(ni penting sbnrnya....)

Pemilihan taska/tadika ni tuan tuan puan puan sekalian.....mmg sangat penting untuk kita survey review ibu bapa lain....pengalaman saya macam2.....kita sambung entry lain plak ya...insya allah...

assalamualaikum.

Selasa, 13 Disember 2016

Nafas Baru....Peluang Baru

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah diberi ingatan untuk berceloteh di sini.....

Kita cuci-cuci mata dulu kay....nak beritahu yang tiHa happy dan juga segala puji bagi Allah diberi kesihatan yang baik......dari sekeping gambar menceritakan pelbagai makna...tu sekeping..kalu berkeping2? hehehe.....
Kat kedai kunci je pun...nak tukar batteri kunci kereta....hihihi

papa dia nampak bahu pun jadi lah...kikiki

ni ladies nite....papa n wafiy gi n9..jadi gegel sme tengok wayang cerita 'rock bro' - kesimpulan : 2.5 *

bawa husna ke Lumut sempena sukan kebangsaan RISDA....ngengada je kan?

this is my team....nama pasukan sorak but give thousands of memories...thx guys for being such a strong team...
13 people but like a batallion spirit....

still on duty even suara memasing dah ngalahkan rockers...hahaha..!!

saja amek gambo ni nak test tengok muka pakai spek acane.....bole gitu? haha

shortest vacay....not a vacay pon...hahaha....pegi ke ristec ambil katil+tilam lelong pastu singgah makan
kat medan selera ikan bakar lukut...antara acara wajib ke PD...sotong goreng tepung dia sedapppppp...!!

baru balik kenduri...tp singgah giant jap...lalu kat tempat wayang ni ha...tak tengok pun haha..!!

ni latest : jadi MC sempena majlis merai Pesara RISDA 2016...
Lama tak tempek gambar kat sini...jadi sekali2 kita taramkan kan....ula la laaa.....

Integriti - Syamsul Debat

Assalamualaikum

Semoga pembaca yang menyinggah di laman sesawang ini dirahmati dan berada di bawah Lindungan Allah SWT.  Terima kasih kerana sudi membaca waima laman ini sekejap aktif se'lama' pasif.  Huhuhu....

Apa pun, tertarik yang amat untuk tiHa kongsikan bersama pengalaman menarik berseminar di Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) hari ini 1 Disember 2016.  

Wuhuuuuuuu......dapat bersemuka dgn Syamsul Debat uoLLLLLLS.....waaaaaaaaaa.... !!!!

Tau tak, tiHa punya ketawa dalam Seminar INTEGRITI sampai sakit2 kepala...melampau kan??
Biasanya bila sebut pasal INTEGRITI mmg bosan de very ye tak? Alhamdulillah, Syamsul Debat berjaya menawan hati pesertanya dgn gelak tawa tetapi padat dgn ilmu, sarat dengan mesej yang hendak disampaikan.

TiHa suka bab bila dia sebut kebahagiaan bukan berpunca dari apa yang kita ada, tetapi ianya adalah sikap kepada apa yg kita ada.  Dari ayat macam keliru, tp penerangan yang diberi memang jelas, terang lagi bersuluh....perghh...!! Mensyukuri nikmat membawa ke arah kebahagiaan.  Tak semestinya duit berlambak itu adalah kebahagiaan.  Tak semestinya naik pangkat itu kebahagiaan.  Begitu juga kalau dapat berkahwin dgn pilihan hati itu kebahagiaan tetapi cara kita mensyukuri, melayani apa yang kita ada itu adalah kebahagiaan.  Dapat isteri pilihan ibu, jika bersikap optimis, redha dan bersyukur, natijah nya adalah kebahagiaan hati.  Tak dapat naik pangkat, tapi dikurniakan masa yang berkualiti dengan anak2 dan isteri...itu juga digelar kebahagiaan.  Tapi...apa kaitan integriti dan kebahagiaan ni ek????

Integriti adalah salah satu komponen menjurus ke arah kebahagiaan.  Integriti juga sikap untuk kita bertindak ke arah kebahagiaan.....perghhh...korang kena sesekali berpeluang...pergi dengar ceramah Ust. Syamsul Debat ni....puas mendengar nya...terpulang pulak pada korang nak beramal macamana...

Kesimpulan dari Syamsul Debat tadi.... DOWNLOAD LAH SOFTWARE SYUKUR DALAM HATI, insya Allah INTEGRITI jadi sebahagian dari kehidupan. sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan mencetuskan integriti yang tinggi dan keberkatan dalam menjalani kehidupan. Wallahu Alam.




Khamis, 8 September 2016

'Guru Punca Masalah Disiplin'

Assalamualaikum,

Wow...siyes je bunyi tajuk post kali ni kan....biaq betuiii....dah la lama xupdate pastu tajuk macam nak berdebat/berpidato plak kan? kan? hihihi....

Kalau baca di FB nampak 'trending' plak pasal budak2 gadoh kat sekolah tu.  Sekali rupa2nya kes ejek-mengejek ni masih lagi berleluasa dari zaman ahkak sekolah dulu nim. Yang dalam fb dok maki2 budak yang memukul tu, mula berator mintak maaf. si mangsa plak daripada kesian terus menerus orang mengata pulak. Alahaiiii......

Tapi part yang paling best yang membuatkan tiHa terbuka hati nak taip kat sini......ada plak 'cendiakawan' negara keluarkan statement GURU PUNCA MASALAH DISIPLIN...really?????? Tu yang tetiba laju tangan nak menaip, berkobar2 jiwa nak berdebat....dah kenapa nak salah cikgu pulak??? sebelum tu nak komfemkan kat korang....SAYA BUKAN CIKGU...sapa yg baca blog ni dari dulu, tau dah apa keje saya dan di mana saya keje....so post saya ni bukan kerana saya ni cikgu tp saya sangat tidak bersetuju untuk menyalahkan cikgu di atas kesilapan ibu bapa.

Anak-anak yang dilahirkan dari benih dan rahim siapa? Dia lah yang pertama sekali perlu memikul tanggungjawab untuk mendidik anak2.  Fikir logik la sket, kita ni ada anak paling ramai secara purata pun 4-6 orang anak.  Tu pun dah buat kita pening, hangin, serabai dan sewaktu dengannya.  Kat sekolah, satu kelas 40 orang, mampukah seorang guru nak didik kesemuanya?

Dan yang pentingnya, PENDIDIKAN BERMULA DARI RUMAH...sapa ada kat rumah? setiap rumah ada cikgu ke? aiseh.....emo betullah..........hahaha!!

Kita sebagai ibu bapa adalah model kepada anak-anak.  Jadi, kita lah perlu tunjuk cara yang betul. Betul kita pernah buat salah masa kita umur seperti mereka, so, takkan kita nak anak2 kita ulang perkara yang sama.  Anak-anak nakal bukan kerana itu perangai gurunya tp itulah perangai ibu bapanya masa dulu.  eh eh...takkan itu pun tak tahu?  saya pun bukannya pandai sangat, saya sendiri ada 4 orang anak yang perlu dididik, tp tidak sekelumit rasa untuk menolak tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Bila dah jadi ibu bapa ni, pleeeeeeeaaaseeeee lah berani pikul tanggungjawab.  Jangan asek nak tuding jari kat orang, macam awak tu ma'sum plak...adoiilah....pastu mengharapkan cikgu plak yang perbetulkan anak kita....ish..xkena macam tu....anak2 kita, kita sepatutnya lagi kenal...anak2 kita dapat gen xy dari kita pe...so, kita la patutnya yang didik anak kita ke arah yg sepatutnya.......

Siyes memang saya emo.....kalau bukan kerana gen sekali pun, contohnya ambil anak angkat untuk kita bela....pastu hantar pi sekolah kata tanggungjawab cikgu plak? yang kita amek bela dia jadi anak angkat tu buat apa?

Kesian kat Guru2 ni sebenarnya, bila diorg nak didik...jentik pun xboleh, sikit2 report polis...saman bagai....bila anak jadi syaitonnirojim nak salah kan cikgu jugak...dah tu korang nak cikgu buat cemana? yg korang sebagai ibu bapa ni buat apa sebenarnya?

*****saya beri izin guru anak2 saya rotan anak saya dengan tujuan mendidik....asalkan tidak memudaratkan rotanlah asalkan anak saya jadi Manusia Yang Beriman...Manusia Yang Soleh/Solehah....tanggungjawab guru besarrrrr....BESAR lagi tanggungjawab sebagai Ibu Bapa...Guru dan Ibu Bapa patutnya kena ada chemistry yang kuat untuk sama2 pikul tanggungjawab mendidik umat Rasulullah.....pada mereka2 yang tersinggah di laman ini, jom la kita sama2 beringat dan saling mengingati bahawasanya tanggungjawab mendidik anak ini adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul dengan penuh amanah. wallahua'alam.

Jumaat, 19 Ogos 2016

Kehangatan MERDEKA dirasai...

Salam Merdeka uolls,

Tetiba terasa nak bercerita pasal Shifa nak sambut merdeka kat sekolah...

Dia minta izin nak join pertandingan pakaian merdeka.  Bila mama kata okay...dia punya suka sampai tak boleh tido malam, excited nak tunggu tarikh sambutan kat sekolah.  Nak jadi cerita, mama terlupa nak beli bendera untuk buat baju.  Tak sampai hati nak cakap kat dia...mama tau dia punya frust tu nanti...uh uh...mama gagahkan selongkar beg/almari cari bendera masa di taska dulu, dia pernah join...which was 2 years ago...errr...ada lagi ke??? huhuhu

Alhamdulillah, jupe...Ya Allah...lega hati mama, tengah2 malam tu mama jahit tangan okay..sbb xde mesin jahit....jadi la skirt bendera....pagi2 tu dia punya happy...membuatkan mama lagi happy dari dia...haha!!

So, mama nak share sket gambar2 Shifa sertai Sambutan Merdeka.


Puteri Perak Merdeka turun ke sekolah....mama dah pesan tangan tu kembangkan dapat la tengok
selendang tu...penat mama ikat kat jari...hihihi
Manis je nampaknya...mama ingat dia sorang pakai bunga segedabak kat kepala...ada geng rupanya...haha!!
Alhamdulillah, tersenarai top10 pakaian merdeka tercantik
tu diaaa...pemenang2 kena beratoq ata pentaih...
Bersama tenaga2 pengajar yang begitu sporting habaq angg..

**Nota : terima kasih kepada Cikgu Puteri yang hantar gambar2 ni...kalu xhantar...xde la kenangan mama dengan Puteri Perak Merdeka mama tu....

Ya Allahu Ya Rabbi....Mmg berSAWANG....

Assalamualaikum,

Memang bersawang le laman sesawang ni.....huhu...terima kasih kawan2 yang masih prihatin dok tanya2 kenapa lama xupdate....

Jawapannya : tiHa dah hilang minat untuk menaip.....sebok kerja tu hanyalah alasan tempelan....yang benar2nya memang dah hilang minat...apsal hilang minat??? eh eh...macam takde jawapan plak...sebab...im speechless bila member tanya macam tu....Emmm...kalu kata sebab FB lagi best?? tp tiHa xde plak rajin bebeno update status di FB...sebenarnya lagi gerun di FB...kejap je dah viral... kejap je komentar beraturrr...uh uh...ngeri!!!

okay okay....tiHa cuba untuk update...walaupun bpe kerat je yg baca...tp xpe...ini adalah diari maya saya....harap anak2 saya boleh baca luahan hati saya di sini....

im back uOlllls...!!!

Khamis, 16 Julai 2015

Esok rayaaaa....??

Assalamualaikum,

Ya Allahu Akbar, tau-tau je esok dah nak raya?? Betapa masa mencemburui kehidupan kita kan..... diam xdiam Ramadhan sekali lagi meninggalkan kita dan apakah peluang kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang....huhuhu.....

Doa terbaik tiHa pada Ramadhan kali ini, moga2 setiap kali bertemu Ramadhan ada peningkatan amalan Insya-Allah untuk tiHa buat bekalan akhirat nanti.  tiHa sedang cuba untuk membudayakan amalan sepanjang Ramadhan ini untuk tidak hanya di bulan Ramadhan tetapi juga sepanjang tahun.  Marilah aminkan doa tiHa ini agar mati kita besok adalah matinya dalam iman.  amin.

Bagaimanakah persiapan raya korang?  Alhamdulillah, tahun ini, kami sekeluarga bersederhana dalam segala benda.  Baju baru pun hanya untuk anak2 Papa sponsor baju melayu/kurung, mama belikan yang kasual dan kasut.  Mama papa dapatla sorang sepasang, jadilah buat nak beraya di kampung emak di Pahang.

Tahun ni, raya pertama turn keluarga tiHa di Sentul.  Raya ketiga nanti baru balik ke Beruas, Perak kampung Papa Joe.  Tu pun xambil cuti lama...mmg xnak ambil lama sbb nak simpan cuti sempena nak beranak ni.  Cuti tahun ni boleh di bawa ke hadapan, manalah tahu dah ada anak kecik nanti, macam2 dugaan yang kita tak jangka.

Puasa tahun ni, tiHa xmampu berpuasa selama 2hari....sebab...senak perot...dugaan ibu mengandung berpuasa....huhuhu....xpe le, nanti cari  masa sesuai ganti puasa.....sbb lepas ni akan jadi dugaan ibu menyusu berpuasa pulak.....kena get ready mental & fizikal kan.....

So, kawan2, tiHa doakan yang terbaik buat semua.  Semoga kita semua dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya dan diharapkan kita dapat lagi bersua dengan Ramadhan akan datang, Insya-Allah.

Ilal liqa' Ya Ramadhan.

Rabu, 8 Julai 2015

err...seminggu lagi raya???

Assalamualaikum,

Rasanya macam baru semalam tiHa  post pasal kejappp je dah seminggu puasa.  Hari ni bila tiHa login balik....Allahu Rabbi....lagi seminggu je puasa pastu dah raya.....betapa cepatnya masa berlalu.

Alhamdulillah, shifa wafiy dapat berpuasa dengan jayanya....tiHa kasi gak cuti hari sabtu ahad untuk tak berpuasa...tp alhamdulillah, anak-anak kental mama ni, kalu sabtu diorang xpuasa, ahad diorang puasa. Kalu sabtu berpuasa, ahad diorang cuti.

Selain puasa, tiHa ajak juga diorang solat, macam wafiy tu...nak bagi semangat sket....papa joe belikan jubah khas untuk solat.....memang 'ada mari' semangatnya tu.....mama doakan anak-anak mama jadi anak yang soleh dan solehah.  Semoga langkah kecil ini menjadi satu langkah besar anak-anak untuk menjejaki pintu syurga, Insya-Allah.

Tiha ada baca buku mendidik anak tulisan Dr. Hasan Hj. Mohd Ali.  Memandangkan wafiy ni agak hiperaktif, bermacam perkara yang tiHa cuba apply kat dia supaya dapat mengawal kehiperaktifannya itu.  Salah satu caranya ialah menyediakan kemudahan terhadap anak-anak.

Contoh, jubah tadi.....papa dia sanggup belikan asalkan si anak tahu apa kegunaannya.

Contoh lain - beli almari khas untuk pakaiannya.  Izinkan dia untuk mengemas dan mengatur pakaian mengikut kehendaknya.  Atau pun, pembelian buku.  Jika dia ingin menulis/belajar atau sebagainya, tanggungjawab ibubapa menyediakan samada beli baru atau ambil majalah/buku lama untuk anak terokai.

Tiha tak pula hebat, tp dalam proses mencuba untuk didik anak-anak sebaiknya.  tiHa sayang anak-anak dan memang mengharapkan doa mereka lah yang akan menjadi penerang kubur andai tiHa mati nanti.  Memang benar kata orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya....jadi ini lah masanya untuk didik anak-anak kita.  Tahap kesabaran perlu dipertingkatkan sehari-hari kerana anak-anak hebat ini bermacam ragamnya.  Apatah lah lagi dalam era millanium ini.

Penggunaan ayat 'siapa tak sayang anak......' macam kurang relevan sementelah pelbagai berita penderaan terpapar di facebook dan kaca tv.  Sentap..!!! makin dekat kita dengan akhirat sbb manusia sendiri dah hilang keperimanusiaannya.............

Jumaat, 26 Jun 2015

bukit tinggi..berjaya hills resort


Assalamualaikum...wbt.

Pejam celik dah seminggu Ramadhan berlalu kan....
Shifa Wafiy alhamdulillah, dapat lah 3,4 hari berpuasa penoh walaupun setiap petang merengek
dahaga....sabar je la...

Hari ni, tiHa nak cerita pasal ronda2 ke bukit tinggi, pahang...
emm...my comment....kalau nak honeymoon sesuai la kot....
kalau takat bawak anak2 macam tak ada apa aktiviti sangat...
Jadi, kat sini tiHa post gambar anak2 yang sangat gembira dapat ke bukit tinggi.
Yang seronok tu bukan sbb dapat berjalan sangat, sbb sementelah 3 minggu tak jumpa mama
sebab mamanya kursus wajib untuk pengesahan jawatan di IKPK Pahang.
So, hari menjemput mama balik, mama ajak papa singgah beberapa tempat bagi
menghiburkan hati anak-anak....nak ganti balik masa semasa mama xde....


Dah lama diorang teringin....kasi can la kan....
Si kecik ni pun nak jugak.....bagi merasa naik je le...nak tunggang awak tu kecik lagi...huhuhu
masa umor 2 tahun dia ada sejarah dengan kuda....kuda gigit dia...
skrg dah hilang fobianya......
apa laaa yang dibeleknya ntah...
apa ntah yg orang seronok sangat kat sini......setakat bangunan oversea ni...tiHa xteruja lak
ada magician jalanan.....seronok shifa wafiy minta belon
okayyy.....no komen...!! hahaha
xpenah lagi dapat ambil gambar dia dalam keadaan senyom...
mahaiiiinya la senyoman awak anakk oiii...